Rate

| ? | BAB 1

Romance Series 12013

" AILEEN Aleena , kesalahan datang lewat seperti kebiasaanya " tutur seorang pengawas lelaki sambil mencatat nama gadis itu . Dia memadang sekilas jam tangan nya lalu beralih memadang gadis itu .

Dia lagi .

Meskipun gadis itu tahu yang dia sudah lewat datang ke sekolah tapi gadis itu tetap berani membuka pagar sekolah walaupun sudah berkali - kali dilarang untuk tidak membuka pintu pagar setelah lonceng sekolah berbunyi .

Pengawas lelaki itu berdecit perlahan , dia mengelengkan kepala perlahaan saat melihat pakcik guard memadang gadis itu dengan riak wajah terkejut . Gadis tu tak tahu ke siapa yang sedang menjaga pagar sekolah ? .

Gadis itu hanya berjalan selamba tanpa memepedulikan tatapan tajam pengawas lelaki itu yang berdiri di depan pondok guard . Lelaki itu mengelengkan kepalanya seraya menarik perlahan beg sekolah gadis itu tepat saat gadis itu lalu didepan nya membuatkan gadis itu menjerit kecil lalu terdorong kebelakang .

" Hoi ! " Jerit kecil gadis itu . Dia terdorong kepala lalu menoleh memadang pengawas lelaki itu .

Mana tak terkejutnya kalau ada orang tarik secara tiba - tiba kalau jatuh macam mana ? .

Dengan riak biasa , pengawas lelaki itu melepaskan tangan nya dari memegang beg gadis tersebut .

" Ape hoi - hoi ? Dah la datang lewat selamba badak sumbu kau je nak lalu macam tu . Kau ingat sekolah ni bapak kau punya ? " Sindir lelaki itu dengan kasar .

" Dah tu kau nak aku buat apa ? Nak peluk kau ke ? Salam cium tangan kau pastut cakap ' tumpang lalu cik abang sayang.. saya nak masuk kelas ni ' gitu ? " Ujar gadis itu dengan intonasi suara yang dibuat - dibuat . Acah kepit .

Pengawas lelaki itu tersenyum sinis . " Boleh juga " ujar lelaki itu seraya menghulurkan tangan kanan nya kepada gadis itu .

Gadis itu mengerut dahi . " Kau nak ape sial ? " Bengang gadis itu diikuti kerutan di dahi .

Kalau nak penampar cakap .

Lelaki itu memalingkan bola matanya ke atas . " Aik.. tadi kata nak cium salam peluk bagai , ni aku dah offer free takkan taknak kot ? Ha tunggu apalagi cepat la cium " selamba lelaki itu . Dia dekatkan tangan nya ke arah wajah gadis itu .

Dia masih lagi setia menunggu gadis itu menyalam tangan nya . Cepat - cepat gadis itu mengeleng laju seraya menolak tangan lelaki itu menjauhi wajah nya .

" Gile ke ? Dah la kau bagitahu je aku apa denda yang kena aku buat hari ni " tutur gadis itu dengan pasrah . Malas dia nak gaduh lama - lama dengan mamat kerek batak jawatan ni . Boleh naik muak dia .

Lelaki itu senyum puas , dia menurunkan tangan kanan nya . " Ha kan bagus kalau kau cakap awal - awal haih , kau ni harap nama dan muka je cantik tapi otak lembab kalah siput babi " kutuk lelaki itu . Pedas .

Terbuntang biji mata gadis itu . Dia menuding tepat ke wajah nya . Lelaki itu turut memadang gadis itu  " Ini dia kata aku lembab ? Excuse me ? Lembab - lembab macam ni kalau bab menyelit keluar dari sekolah , huh celah gigi je " ujar gadis itu . bangga .

Pengawas itu membuat gaya ingin muntah mendengar kata-kata merapu gadis itu . Dia ingin gadis itu ingin memuji kepandain diri sendiri tak pun kehebataan dalam sukan , ini tak bab - bab ponteng juga dia nak puji .

Nasib kau la aileen aleena .

aileen yang merasa kesal melihat pegawas kerek batak jawatan itu dengan tatapan malas . Bukan nya dia tak tahu lelaki ini memang suka mencari kesalahan nya lebih - lebih lagi kalau dia dah ponteng sekolah huh satu sekolah dia nak sebarkan yang dirinya itu ponteng .

dah nak namanya batak jawatan memang macam ni baik lenyap je kat muka bumi ni .

" kau nak ape lagi batak ? kau dah tahu yang aku ni lewat datang sekolah kau nak suruh aku masuk kelas pukul berapa ? pukul 4 petang ? " sindir aileen dengan geram . dah nak 15 minit dia tercegat berdiri disini macam tiang bendera .

lelaki itu menjeling tajam seraya menghulurkan surat saman kepada aileen . aileen merampas kertas itu lalu melihat berapa bayaran denda yang perlu dia bayar .

" WOI ! 25 RINGGIT ? kepala hotak kau ? kau ingat kau tu polis ke ape ha ? " alangkah terkejut nya gadis itu saat melihat harga denda itu . 25 ringgit ? ni dah melampau niii. tak pernah - pernah lagi pelajar di denda dengan harga semahal ini .

lelaki itu hanya tersenyum sinis . " kalau aku kata aku polis macam mana ? " soal lelaki itu sambil tubuhnya mendekati gadis itu , wajah gadis itu yang separas dada nya itu dilihat perlahan .

baru saja aileen ingin menolak tubuh lelaki itu menjauh dari dirinya . tiba - tiba suara menyapa kedua belah telinga mereka membuatkan mereka menoleh serentak .

happy reading everyone and have a nice day ♡ sekiranya anda mempunyai wattpad boleh la follow author sekali ❀ . ( syasyalien ) link : https://www.wattpad.com/user/syasyalien

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience