Bab 64

Romance Completed 1263900

Ameena terlebih gelisah, dia tidak tahu bagaimana harus menjawab semua message Syed Arman yang bertanya Nurlisa. Dia tahu Nurlisa sudah tidak mengaktifkan teleponnya, dan tidak mungkin dia akan mengacau Nurlisa, walaupun dia tahu Nurlisa bersama Eusoff sekarang.
Sudahlah dia baru sampai rumah, terkejar kejar kerana perlu ke rumah Nurlisa, menukar password condonya. Dia tidak tahu apa yang berlaku antara mereka berdua, tapi yang dia tahu, Syed Arman sangat menyintai Nurlisa, dan Nurlisa juga sangat menyintai Syed Arman.
Dia juga tidak tahu apa kandungan surat perjanjian antara yang di buat lawyer mereka, walaupun dia yang membawa surat itu untuk Sharifah Sakinah menandatangi. Walaupun selepas perjanjian termaktub, dia selalu nampak Sharifah Sakinah update status dengan video call mereka, selalu update berkenaan Syed Arman yang merinduinya.
Sudahnya, dia mendapat arahan daripada Sharifah Teha untuk menyekat Instagram Sharifah Sakinah daripada di lihat oleh Nurlisa. Eusoff juga sudah diberitahu supaya tidak menceritakan apa apa perkembangan Syed Arman kepada Nurlisa.
Dia sendiri tidak mahu Nurlisa terluka, dia sendiri tidak mahu Nurlisa meletak jawatan daripada syarikat walaupun beberapa kali Nurlisa menyuarakan hasratnya untuk berhenti, kerana dia sudah tiada hati untuk bekerja.
Bunyi deringan teleponnya itu menakutkannya, apatah lagi tertera nama Syed Arman di situ. Dia tidak terus menjawab, tapi menarik nafasnya kuat, menarik semua kesabarannya.
“Ameena, mana Nurlisa, I nak you buat online meeting dengan dia sekarang. No excuses. I nak within 30 mins, Nurlisa in the meeting with me. Kalau tak, I akan cari dia sampai dapat, jangan ingat I tak tahu dia ada kat mana,”
Tiada salam, tiada juga ucapan terima kasih, apatah lagi penutup kata, Syed Arman memutuskan talian dan membuatkan Ameena terngangga.
Ameena mendail number Sharifah Teha dan berharap Sharifah Teha akan dapat menolongnya.
“Teha, I need your help, suka atau tak you kena tolong I, abang you dah meroyan cari Cik Lisa, aku seganlah nak call Cik Lisa kat rumah Eusoff, i segan sangat lah Teha,”
“Can you help me to call En Eusoff, can him ask to call me, please..please..,”
“Ok ok, I promise tak akan cakap Cik Lisa kat mane? I pun dah janji dengan dia kan? I pun nak protect dia, jangan risau,”
Ameena berasa lega, dia sangat malu untuk menghubungi Eusoff, dia perlu bercakap dengan Nurlisa untuk setkan meeting online sekejap, untuk menutup mulut bossnya yang sedang meroyan.
Tidak sampai 10 minit, Nurlisa menghubunginya menggunakan telepon Eusoff. Dia tahu Nurlisa sangat komited dengan kerja, dan dia tidak akan sesekali menyusahkan pekerjanya.
“Sorry Cik Lisa, Boss dah beberapa kali call me, text me, nak minta I arrange jugak online meeting, Cik Lisa ok ke?,” Bahasa Ameena sangat teratur, kerana dia tahu dengan cara bossnya berkerja. Dia tahu budi baik Nurlisa.
“Boleh Ameena, I on my laptop sekejap ya, add in Danish sekali. I already ask Danish to update Project status, and work in progress. You ask boss dulu, if he only me, ask Danish to email me the details. Later I update sendiri,”
“One more things Ameena, only voice meeting ya, no video meeting sebab I dah ready nak tidur. Inform dia dulu, I akan off video,”
Nurlisa harus berkata begitu kerana dia harus tegas dengan Syed Arman. Lagipun dia berada di rumah Eusoff, dia tidak mahu berlaku kekecohan kerana Syed Arman.
“Thanks Cik Lisa, I really appreciated it,” talian di putuskan kerana Ameena perlu menyiapkan meeting invitation and call Danish for assistance
Nurlisa terus keluar daripada biliknya dan mengembalikan telepon kepada Eusoff. Eusoff hanya tersenyum menyambutnya dan memahami apa yang di lalui oleh Nurlisa.
“Maaf kalau kacau Mommy dengan Daddy pulak, Lisa nak makan kek lagi. Sedap sangat,” Nurlisa mahu kedapur dan perlu melintasi ruang tamu yang terlihat pasangan suami isteri yang baik hati itu sedang menonton TV.
“Ada lagi kek tu, nanti mommy minta maid buatkan coffee untuk Lisa. Andy inform tadi Lisa ada meeting ya, no need pergi dapur, nanti Mommy minta maid sediakan,” Puan Norlia bangun dan membetulkan ikatan rambutnya.
“Tak apa lah Mommy, Lisa boleh ambil sendiri, Mommy ni manjakan Lisa sangat, nanti naik lemak pulak,” Nurlisa terduduk di sofa apabila kedengaran Bibik Yati berlari lari anak ke dapur.
“Cik Lisa istirehat, biar bibik buat,” Bibik yang berbadan sedikit gempal itu terus kedapur, menyiapkan keperluan Nurlisa.
“Thanks Mommy, Lisa naik dulu, Mommy sambunglah tengok movie, esok boleh story kat Lisa,” Nurlisa menyalami tangan mommy Eusoff dan berlalu pergi. Kelihatan Daddy Eusoff memandang Nurlisa dengan penuh kasih sayang.
Tanpa sesiapa tahu, dia sedang menyiasat siapa Nurlisa sebenarnya, dia dapat merasakan sesuatu tentang Nurlisa, sesuatu tentang hubungan Nurlisa dengan kisah silam Syed Arman.
Selepas 30 minit, Nurlisa menekan pautan meeting dan masuk ke dalam meeting online itu.
“Cik Lisa, meeting another 5 minits, only Cik Lisa and boss. Danish dah hantar update slide to your email just now. Danish inform to call him if any enquiry. Lepas tu Danish takde update on Mesir visitation. Dia minta Cik Lisa yang update,” Nurlisa mendengar suara Ameena yang tidak selesa dengan arrangement meeting yang menggangu waktu sekang Nurlisa.
“Ok Ameena, I faham. Nanti I update pasal meeting tu, you boleh left dulu, I tunggu boss masuk,” Nurlisa tidak mahu Ameena merasai apa dia dia akan dengar, dia tidak mahu Ameena banyak tahu kisah dia dengan Syed Arman.
“Cik Lisa, apa yang susah sangat nak meeting dengan you. Last time meeting sampai malam pun boleh. Sekarang liat pulak,” Syed Arman masuk dengan tidak memberi salam dan terus melepaskan amarahnya.
“Maaf Boss, I ada hal tadi. I dah ada all the info if regards to all project. You nak I share screen ke? ,” Nurlisa cuba mengawal suaranya.
Belum sempat dia mendengar suara Syed Arman, dia mendengar ketukan daripada luar. Tanpa meminta izin daripada Syed Arman, Nurlisa terus bangun dan membuka pintu.
“Excuse me,” Nurlisa melihat Eusoff tersengih di muka pintu.
“Princess, bibik minta I hantarkan your coffee dengan kek. You nak I teman you meeting ke? I boleh baring kat sofa,” kenyitan mata daripada Eusoff mengundang sesak di dada Nurlisa.
Dia tahu pasti Syed Arman mendengar semua kata kata Eusoff dan memang itulah sebenarnya tujuan Eusoff.
“Ok kalau gitu, lepas meeting kita tengok movie eh? This time you yang pilih. Nanti I tunggu kat bawah,” Eusoff sekali lagi mengenyitkan mata dan suaranya di kuatkan.
Nurlisa hanya tersenyum dan terus menutup pintu. Dia tidak mendengar suara Syed Arman, dia tahu Syed Arman mendengar semuanya.
“Boss, maaf tadi ada gangguan, I share screen la ya, I start with Project Arau dulu,” Nurlisa memulakan meeting apabila Syed Arman masih mendiamkan diri. Dia tidak mendengar langsung suara daripada bossnya.
“We start with Project Arau ya, for this Project, we divided to 4 stages and I brief stage one first. For your kind info, we already completed stage one. From workshop with working level and up to management, approval on the concept, approval on the budget and tender. All process completed,”
Nurlisa terus beralih kepada slide ke dua, dia tidak mendengar suara Syed Arman.
“Stop there, on Monday I nak you with Danish update me on the Project Arau, now I nak you on the camera, sejak bila kita meeting only dengar suara, I need you see your face,” suara itu garau dan tegas.
Tiada sekumit pun kelembutan di dalam suaranya. Tiada juga manis, tiada juga lemak, Cuma suara kasar yang lebih kepada membuli. Dia tahu ini bukan waktu bekerja, dia juga tahu waktu sudah menunjukkan pukul 10 malam.
“Maaf Tuan Syed, i tak pakai memakai tudung, kalau kita perlu sambung on Monday, I akan minta Ameena plan for online meeting sebab i cuti on Monday. Ada family matter i kena uruskan. I’m sorry,” Nurlisa bertegas walaupun jiwanya meronta ingin mendengar panggilan sayang daripada Syed Arman.
“Bila I dah balik, cuti you I yang akan approve, so on Monday you kena kerja. No annual leave. I nak you on your camera first, you hear me or not?,” suara itu bertambah kasar.
Nurlisa hampir menitis air mata. Sekiranya Syed Arman melembutkan suaranya, dia pasti akan bertolak ansur. Dia mengosok dadanya perlahan, dia harus bersabar.
“Sorry boss, I tak pakai tudung,” suaranya bergetar, dia hampir menyerah dengan jiwanya.
“Sejak I takde, you dah jadi perempuan murah ke? Boleh bermalam rumah orang lain sesuka hati, lepas tu biarkanlah lelaki lain pegang you, takkan you semurah tu?,” tiada lagi kemanisan didalam suara itu.
“Kenapa? You desperate nak jantan ke? Any lelaki pun takpe? You ingat I tak tahu apa yang buat sepanjang I takde. Lepas tu expect I buta tuli, tak nampak apa yang you buat?,” suara itu semakin menekan jiwanya.
Nurlisa menekan button mute, dia meremaskan semua tangisannya. Kata kata Syed Arman sangat kejam, sangat zalim untuk dia resapkan di dalam jiwanya.
“Dari dulu I nampak something pasal you, baru kenal tak berapa lama, you allow me to touch you, kiss you and kononnya you sakit, kononnya you depression. You ingat I percaya?,”
Nurlisa sudah mengigil di bilik itu, dadanya sudah sesak, dia sudah hampir lemas dengan semua tuduhan Syed Arman.
“Dengar sini perempuan, I nak you balik ke rumah you malam ni, tidur kat rumah you. Kalau I pergi nanti, you takde kat rumah, you and me done, no more abang and sofea, only boss and the stupid staff. I give you 2 hours from now. I nak you balik now, you jangan ingat I tak berani heret you dari rumah Eusoff and bawak balik to condo. Dengan Eusoff sekali kena dengan I nanti,” Nurlisa tidak percaya Syed Arman boleh berkata dengan bahasa yang kesat begitu.
Dia teringat apa yang terjadi kepada ibu mertuanya. Adakah karma kerana dia menerima nasib yang hampir sama.
“Luckily I have Sakinah yang tak macam you at all. And now I knew pilihan family tu always pilihan tepat. Now I tahu kenapa umi I tak suka you,” Syed Arman masih berkata dengan suara yang sama, suara yang penuh dengan dendam.
“I repeat again, balik now now, if I tak jumpa you kat rumah you, I akan terus ke rumah Euosff. Kalau you tak nak uncle and Aunty tahu apa yang terjadi, better you move now, if not you jangan menyesal kalau I malukan you nanti,”
“unmute your speaker, I nak dengar suara you. I bukan cakap dengan dinding. Takkan you takde suara nak menjawab, dah best sangat ke jadi perempuan murahan?,” Nurlisa sudah lemas dengan airmatanya. Dia sudah tidak boleh bangun dari sofa itu. Dia sudah hampir tewas dengan jiwanya.
Beberapa kali dia menarik nafasnya, sudah puas juga dia cuba untuk tidak melayan dan menggangap Syed Arman cuba untuk sakiti hatinya kerana cemburu, tapi jiwanya menghasutnya untuk bertindak.
Dia masih mendiamkan diri, walaupun mendengar desakan Syed Arman untuk membuka speakernya. Dia tidak mahu Syed Arman menang dalam cerita mereka.
Dia perlu kuat, seperti kata kata mereka yang sayangkannya.
“I tunggu you buka speaker Lisa, you jangan cuba nak naikkan darah I pulak. You tahu kan apa yang I boleh buat kalau I marah,” Nurlisa tersentak, ini adalah Syed Arman yang dia kenal 6 tahun dulu.
Syed Arman yang dia kenal 6 tahun dulu adalah suka menghina, suka mendesak, suka menengking dan dia akan pastikan lawannya jatuh terduduk dan mengakui kekalahannya.
Nurlisa mencapai tas tangannya, dia perlu menelan ubat agar jiwanya berkerjasama. Beberapa kali dia mengucap, menyebut nama Allah, agar Allah menolongnya.
Tangannya mengigil mencari ubat di tas tangannya. Tapi tidak sempat untuk menelan kerana jiwanya berjaya mengatasi kemahuannya.
Tangannya sudah pun menekan button unmute dan bibirnya mula bertindak.
“Abang, kalaupun abang benci kat Sofea kerana Sofea bercakap dengan lelaki lain, abang tak perlu menghina Sofea. Abang lupa Sofea adalah isteri abang yang sah. Kita dah berkahwin pun abang, kita dah sah jadi suami isteri,”
Suara yang keluar dari bibir berserta dengan tangisan itu jelas, dan Syed Arman mendengar satu persatu.
“This time I takkan percaya semua drama you lah perempuan,” Syed Arman mencelah dengan suara yang sedikit kuat.
Dan bibir itu menyambung percakapannya.
“Sofea bukan perempuan murahan, dan Sofea tidak akan jadi perempuan murahan. Kalau abang tak suka Sofea, abang boleh lepaskan Sofea. Talak kat tangan abang. Itu perjanjian kita masa kita kahwin, abang boleh lepaskan Sofea anytime. Sofea akan handle sakit Sofea after abang tinggalkan. Abang tak perlu hina Sofea,” Nurlisa menangis semahunya. Dia tidak sedar kata kata yang telah keluar dari bibirnya, tapi dia dapat merasakan jiwanya sedikit tenang, dia tidak rasa terlalu berat untuk bernafas.
“Lepas tu you nak kata yang you dah pernah bersuami sebelum ni, and I assumed yang you bekas orang lah ni,” suara itu seperti mengejek, dia bibir itu berkata lagi.
“Selamat tinggal abang, terimakasih untuk semua kasih sayang abang walaupun sekejap, Sofea faham Sofea hanya gundik halal abang. Sofea hanya tempat abang lepaskan nafsu dan amarah abang. Sofea gagal, Sofea undur diri,”
Dah Nurlisa menekan button merah itu, dan official meeting itu berakhir. Sepanjang dia bercakap, dia menutup telinganya daripada mendengar suara daripada Syed Arman.
Semua selesai, jiwa Nurlisa mengarahkan tangan untuk menelan ubat bersama dengan coffee di atas meja itu.
Ubat itu menguasai Nurlisa, dalam beberapa minit, dia terasa di awangan, dia tertidur dengan airmata yang masih sarat, dengan sebak yang masih bersisa, dengan jiwanya yang penuh dengan kelukaan.
********************************
Syed Arman gelisah di biliknya, dia tidak tahu apa yang merasuknya. Dia perlu berjumpa Nurlisa, dia perlu tahu apa yang terjadi pada Nurlisa.
Dia melihat jam di tangannya, pukul 11 malam. Dia harus keluar mencari Nurlisa, dia harus selesaikan apa yang dia tangguhkan.
Dia mengosok kepalanya yang tidak gatal.
Sejak akhir akhir ini jiwa amarah datang kembali, dia merasakan dia perlu melepaskan semuanya amarahnya kepada seseorang apabila teringat akan kezaliman uminya terhadapnya.
“Adik, datang bilik abang sekejap, I have something to talk about, datang now now dik, abang rasa nak meletup dah ni,” dia menaip text itu dan menghantar ke mobile Sharifah Teha.
Syed Awaludin dan Syed Adam masih di Singapore kerana menghadiri Business Conversions yang berlangsung selama seminggu. Mengikut Mak Zah, mereka akan pulang pada selasa hadapan, dan kepergian mereka adalah sesuatu yang baik untuk Syed Arman. Dia tidak bersedia untuk berdepan dengan mereka.
“Kenapa abang, adik penat sangat ni, adik need rest. Apa lagi….?,” dia memandang sepi kepada Sharifah Teha yang sudah berada di hadapannya.
“Teman abang pergi rumah Lisa, I need her, abang nak pergi sekarang jugak, sebab kalau abang pergi seorang, abang takut umi dan Kinah salah faham. Please adik,” dia berbisik ke semasa bercakap kerana tidak mahu perbualan mereka didengari oleh uminya.
“Alaaa, abang pergilah sorang, adik penat lah, bukan semua orag tahu yang abang memang gilakan Lisa kan? Apa yang salah fahamnya? Kelakar la abang ni, apa yang ada dalam fikiran abang? Abang nak puaskan hati mereka dengan korbankan Lisa? Lisa tu ada hati dan perasaan, abang jangan lupa tu… Adik nampak dia dah nak move on dah, abang lepaskan dia. Dia boleh cari bahagia dia sendiri,” Sharifah Teha terlepas cakap kali ini dan dia nampak kedutan di wajah abangnya.
Muka abangnya berubah bengis, dia tahu abangnya marah.
“Adik minta maaf kalau adik lukakan perasaan abang, tapi apa yang adik cakap itu betul. Last 2 weeks, adik nampak Lisa makan bersama dengan seorang lelaki, handsome and rupa mat saleh macam abang, rasanya handsome that guy lagi kot. Mereka ketawa, bahagia sangat. Walaupun adik sakit melihat ketawa Lisa kerana adik nak sangat dia jadi kakak ipar adik, tapi adik bahagia for her. Dia berhak bahagia abang. Lepaskanlah dia..adik merayu..,” Sharifah Teha terlepas cakap lagi, dan kali ini membuatkan Syed Arman bangun daripada sofa di biliknya.
Dia menyinga, dan amarah itu tersangat jelas, terlihat dia mengigit giginya, dengan tangannya sudah mengeras untuk melepaskan amarahnya.
“Abang jangan nak pukul adik pulak, adik cuma nak abang tahu situasi yang sebenarnya. Abang bersikap zalim pada dia. Dia bukan sesiapa pada abang, bukan isteri atau kekasih abang. Abang cuma cerkam hidup dia macam gangster, tak nak dia, tapi tak nak lepaskan dia,” Sharifah Teha berlalu pergi, dia penat untuk melayan kerenah abangnya.
Syed Arman sudah tidak keruan, dia tahu tentang lelaki yang dekat dengan Nurlisa itu, kerana ada yang menghantar gambar padanya. Tetapi apabila adiknya bercerita, dia tidak boleh terima.
Sumpah dia tidak boleh terima.
Syed Arman sudah seperti cacing kepanasan. Marahnya membuak buak seperti bara api. Dia sudah beberapa kali menghubungi Nurlisa, tetapi teleponnya di tutup. Dia pasti Nurlisa sengaja menutupnya agar dia boleh bersukaria dengan Eusoff.
Syed Arman mengambil jacketnya, dia perlu keluar untuk melepiaskan amarahnya. Dia perlu mencari Nurlisa. Nurlisa perlu di beri amaran agar dia tahu siapa Syed Arman yang sebenarnya.
Dalam setengah jam, kereta sudah memasuki kediaman Nurlisa. Dia pasti Nurlisa sudah kembali ke condonya, kerana dia tahu gadis itu sangat menyintainya.
Dia akan memujuk gadis itu, dia akan memeluk gadis itu, sebelum dia harus memberi amaran agar Nurlisa tidak sesekali menyerah hatinya kepada sesiapa.
Setelah menyerahkan lesen memandu kepada kaunter pendaftaran dia di condo, dia bergegas ke lift untuk naik ke tingkat 30. Dia tidak sabar untuk membuat perhitungan dengan Nurlisa.
Dengan penuh keyakinan, dia menekan password pintu itu dan pintu itu tidak terbuka kerana password yang dia tekan itu salah. Seingatnya itu password yang Nurlisa share dari dulu and tidak pernah Nurlisa update tentang perubahannya. Dia menekan lagi sehinggakan systems memberi arahan untuk menekan lagi selepas 30 minit.
“Kenapa salah? Selama ni memamg itu password yang aku guna,” Syed Arman bermonolog sendiri. Dia mula gelisah.
Teleponnya berdering dan dia bertambah marah apabila melihat nama pemanggilnya.
“Yes, you nak apa? I dah cakap esok jer jumpa kan? I penat tahu tak? Berapa jam I kat dalam flight, boleh kasi I rest tak malam ni,” suara Syed Arman tegang apabila melihat nama yang tertera di teleponnya.
“I kat luar, takkan I nak keluar kena report kat you, you ingat I ni apa?,” sekali lagi suara itu menjurus kea rah tengkingan.
“I tahu, I tak lupa, I dah cakap kan? Sabarlah, boleh kasi ruang kat I tak? Yer, sebab sayanglah I nak kahwin dengan you. Bukan sebab umi yang paksa. I dah buang dia dari hidup I, dah lama I buang, tolong percaya kat I,” Syed Arman melembutkan suaranya apabila mendengar tengkingan Sharifah Sakinah.
Tanpa dia tahu, butir bicaranya di dengar dari dalam rumah. Satu persatu masuk masuk ke telinga Nurlisa.
Dia baru masuk ke dalam kondonya beberapa minit yang lepas. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga Eusoff kalau betul betul Syed Arman akan datang ke rumah mereka. Sesungguhnya deritanya biarlah dia tanggung sendiri.
Dia bersyukur kerana Ameena menelefon Eusoff untuk bercakap dengan dirinya, kalau tidak mungkin dia melanjutkan lenanya selepas memakan ubat itu.
Dia juga bersyukur kerana jiwanya sudah pergi, mungkin jiwanya sudah berpuas hati. Sebelum membuat keputusan untuk balik, dia melihat kembali rakaman meetingnya bersama Syed Arman.
Baru pertama kali dia melihat jiwanya tegas, baru pertama kali dia melihat jiwanya tersentuh dengan perlakuan Syed Arman. Dia berpuas hati dengan perkembangan jiwanya, dia pasti jiwanya akan pergi dan tidak akan kembali selepas ni, dia tunggu saat itu.
Selepas berbicara dengan Mommy Eusoff dan memberi alasan yang keluarga akan datang, mereka melepaskan dia balik, dengan syarat Eusoff akan hantar dia sampai ke rumah. Dia perlu cepat balik, sebelum pukul12, dia harus berada di dalam rumah.
Syed Arman buang dirinya?
Sudah lama?
Ya..dia faham kedudukan dia sekarang. Dia faham apa yang perlu dia buat. Dia faham Allah menunjukkan jalan untuk dia membuat keputusan.
‘Selamat tinggal abang, terimakasih sebab pernah jatuh cinta dengan Sofea, pernah beri kenangan yang paling manis dalam hidup Sofea, pernah buatkan Sofea percaya cinta itu wujud. Selamat berbahagia abang, Sofea sayang abang, sayang sangat’
Dia masih di tepi pintu itu, dia terduduk di lantai, meratapi kepergian Syed Arman, meratapi kisah dukanya.
Dia mendengar pintu rumahnya ke ketuk kuat, selepas cubaan membuka pintu kali kedua gagal. Dia bernasib baik kerana akalnya menyuruh Ameena menukar password, kalau tidak dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepada dirinya.
BERSAMBUNG

Share this novel

aliaakma_
2021-12-12 20:25:09 

author, novel ni dah complete chapter ke? awal2 macam boring.. ingatkan cliche, tapi lebih pada best, sedih, romance sy suka sgt gaya cerita author ni ❤️

anace
2021-02-10 07:35:15 

kapanlah derita lisa hilang ni. more please

Fatin Nur Amalina
2021-02-09 22:59:28 

more please..


NovelPlus Premium

The best ads free experience