BAB 8

Romance Completed 15267

Semakin hari, aku semakin sado. Yeah, tayang body sana-sini. Setiap hari sebelum mulakan hari aku yang busy penuh dengan class, aku makan ubat yang will bekalkan. Tapi aku juga tak lupa ambil vitamin yang mama dah bekalkan.

"Ajim, keluar lagi? Kau ni tak reti nak duduk rumah diam-diam ke?" Tak menghiraukan pertanyaan adam, aku terus melangkah keluar.

Malas aku nak layan adam tu. Asyik membebel je. Rimas betullah. Macam tak ada kerja lain je nak buat.

"Will mana?" Soalku kepada salah seorang anak buah will. Suasana yang bingit membuatkan aku menghayunkan badan serba sedikit. Enjoylah, apa lagi kan?

"Ajim, kau datang. Ubat kau dah habis ke?" Soal will sambil memelukku. Ubat telah selamat diselukkan ke dalam poket seluarku.

"Nah, duitnya. Aku nak lepak-lepak dulu dekat sana dengan rania." Aku menunjuk ke arah seorang bergaun merah. Warna merah buat abang ghairah. Fuh, merecik sungguh.

"Yelah,jangan enjoy lebih-lebih."aku tersengih sedikit. Aku bergerak menuju ke arah rania.

Gadis berambut ikal mayang perang ini betul-betul buat aku gila. Ditambah lagi dengan haruman keluaran victoria secret tu, okay mama aku suka beli perfume tu. Rania memang cantik.

"You dah kenapa tenung I macamtu?" Soal rania sambil memaut leherku.

"Tak ada apa-apa. You cantik, tu yang I tenung" balasku sambil tersenyum. Tanganku memaut pinggang rampingnya.

"Jomlah, pergi menari." Aku menarik tangannya dan kami pun menari macam orang gila. Bunyi bingit tak lagi kedengaran. Apa yang aku nampak ialah rania yang seronok menari sambil tersenyum gembira.

"Ajim, apa nak jadi dengan kau ni?" Suara adam mengejutkan aku.

"Apa dia? Aku penatlah." Aku memeluk kembali bantal peluknya.

"Kau kata apa? Kau ambil ubat apa ni, hah? Ni mesti kerja omar kan?" Mataku terbuntang. Di tangan adam ada bungkusan ubatku.

"Mana kau dapat ubat aku tu?" Soalku sedikit malu dan geram. Sedap dia je nak selongkar barang aku.

"Eh,mana aku dapat tak penting. Yang penting, ni ubat apa? Ni ke yang buatkan badan kau sado?" Soal adam lantang.

"Haah. Kau kalau nak sado, baik kau pergi jumpa omar." Aku mengajak adam beriya-riya. Yelah, tak adalah dengar dia membebel lagi kan?

"Ish, kau ni memang betul-betul tak pandai cari kawan betullah. Dulu paan, sekarang omar? Kau ni gila ke berkawan dengan orang-orang yang tak betul?" Aku mendiamkan diri. Tak tahu nak membalas apa.

"Dahlah, aku nak keluar. Kau duduk diam-diam dekat rumah ni." Adam krluar dari bilikku. Ubatku juga dicampak ke arah katilku.

"Tak guna kau omar, apa kau dah buat dekat ajim? Kau dah rosakkan dia dengan bahan terlarang kau tu." Adam mencengkam kolar baju omar. Kesemua pengunjung gym menoleh ke arah mereka.

"Buat apa ni?" Soal omar sedikit tak bersalah. Padahal, dia memang tahu apa yang adam maksudkan.

"Kau sengaja buat-buat tak tahu kan? Kau sengaja nak rosakkan dia. Sekarang kau dah puas hati sebab dah dapat rosakkan dia." Omar hanya tersenyum sinis.

"Kau tak payah berlagak alimlah. Kau tahu tak, tu bukan kehendak aku pun. Tu kehendak ajim. Ajim yang nak, aku cuma tunjukkan jalan je." Tangan adam ditepisnya.

"Tak guna kau omar. Kalau aku tahu, aku takkan biarkan kau rapat dengan ajim. Sebab kau dengan nama kau sama-sama memalukan. Amar konon, muka kau yang setaraf kampung tu tak layak untuk nama tu." Sempat lagi adam meludah.

"Woi, adam." Sergah ajim entah dari mana.

"Kau nak apa, ajim? Nak cari pasal juga?" Soal adam. Kemarahannya meluap-luap.

"Kau buat apa dengan omar?" Soal ajim sambil merapati omar.

"Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuba tolong kau je, ajim. Kalau kau nak tahu, omar ni"

"Kawan aku sekarang" celah ajim tiba-tiba. Terkedu adam mendengar kata-kata ajim.

"Ajim? Kau serius ke?" Soal adam tidak percaya.

"Aku serius. Kau, bukan kawan aku lagi" malas aku nak hadap drama air mata terus aku berpaling.

"Omar, huh. Lantaklah. Kau kalau susah, jangan cari aku. Carilah kawan setan kau ni" aku dapat dengar derap langkah adam menjauh.

"Dahlah tu, ajim. Jom, pergi kelab?" Aku mengangguk dan membontoti omar menuju ke kelab milik will.

Setelah berminggu-minggu aku pergi kelab tu, baru aku tahu tu kelab will. Itupun selepas aku tengok muka will ada merata-rata dekat kelab tu. Lepastu, aku pun tanya dekat anak buah dia.

Sewaktu nak keluar dari kotak parkir tu, aku nampak kelibat adam dengan kereta dia. Nampak tegang gila muka dia. Marah sangat kot. Lantaklah dia, ajim oi.

"You okay tak?" Soal rania setelah menyedari aku tak melayan dia seperti biasa. Baru dia meletakkan tanganku ke pinggangnya, aku dah menepis.

"I okay je." Balasku malas sambil meneguk sedikit air coke. Rania yang monyok cuma duduk disebelahku.

"Rania, bukannya I tak nak layan you. Tapi, I tak ada mood. I bergaduh tadi dengan housemate I, adam." Aku menggenggam erat tangan Rania. Dia saja yang boleh buat aju hilang keruan.

"Tak apa, I faham. Take your time, okay? I nak pergi menari." Aku mengangguk mengizinkan. Aku memerhati Rania menari dengan penuh minat.

"Tequila satu" satu suara memesan. Aku buat tak endah saja biasanya tapi suara ni dengar familiar sangat.

"Aida?" Gadis tersebut menoleh. Dan sangkaanku memang tepat. Gadis yang pernah memiliki hatiku berada di depan mataku.

"Ajim? Buat apa dekat sini?" Soal aida sambil meneguk araknya. Tak tahu pula dia ni jenis yang minum.

"Stress ke?"soalku. Air coke diteguk sikit.

"Hmm, yelah. Sejak dah bercerai dengan paan ni. Serabutlah kepala aku." Aku terkejut dengan berita yang dia sampaikan.

"Bila? Aku tak tahu pun?" Soalku.

"Hm, sebulan yang lepas. Aku ada contact adam." Tak semena-mena rasa geram main bermaharajalela terhadap insan yang bernama adam ni.

"Patutlah aku tak tahu. Kau kenapa tak call aku?" Dia cuma tersengih.

"Malas aku, adam kata kau busy. Aku pun tak naklah benda ni ramai yang tahu." Dan malam tu aku pun termenung sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience