Nadh menyusun barang-barang miliknya yang harus dibawa pulang ke Malaysia. Buku-buku lama dan baju yang tidak dipakai lagi dibungkuskan dan diletakkan di depan rumah untuk diberikan kepada rakan sepejabatnya nanti. Sepanjang 15 tahun menetap di Jakarta, Indonesia akhirnya sudah tiba masa untuk Nadh pulang ke rumah bertemu keluarga. Masih teringat lagi peristiwa 15 tahun yang lalu yang menyebabkan Nadh tekad untuk keluar dari rumah keluarganya. Adakah itu salah dirinya? Nadh mengeluh perlahan.
"Untuk apa aku berdendam lagi dan terus membenci keluarga sendiri ? Aku rindukan mereka" -- Nadh bermonolog seorang diri sambil mengesat air mata. Kesedihan seorang diri terhenti apabila kedengaran bunyi kereta masuk ke halaman rumahnya.
"Ohh Iekin. Aku ingatkan kau jemput aku lambat." --Nadh
"Orang nak balik ke Malaysia, mana boleh lambat-lambat. Aku lagi dua tahun baru dapat balik sana tau" -- Iekin meluahkan rasa kecewa kerana harus menghabiskan khidmatnya sebagai pegawai tadbir lagi dua tahun di Indonesia. Selepas selesai makan Nadh dan iekin menangkat barang-barang dan diletakkan di dalam kereta. Iekin merangkap rakan baik Nadh di Jakarta menawarkan diri untuk menghantar Nadh ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan ke sana, mereka sibuk berborak mengenai urusan kerja dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka sepanjang berkhidmat untuk Malaysia di Indonesia.
"Kau da bersedia nak jumpa family kau?"
Pertanyaan Iekin yang cuba menukar topik perbualan mereka menyebabkan Nadh tergumam. Bukan apa, Nadh malas hendak menjawab soalan yang rasanya sudah malas hendak diungkit lagi.
"Kin, pasal kisah tu aku da lama lupakan. Aku da maafkan ayah dan ibu. Kini giliran aku pula untuk memohon maaf sebab da lama tak balik jenguk ayah dan ibu"
Nadh membalas sambil tersenyum hambar. Diharapkan jawapan itu dapat membuat iekin mengerti bahawa dia sudah ikhlas memaafkan dan rasanya iekin tidak perlu tanya berulang kali kerana Nadh sudah rimas dengan soalan seperti ini. Wajahnya dipalingkan ke cermin kereta, terimbas kembali saat dia pertama kali menjejakkan kaki di Indonesia Iekin tidak berhenti-henti memujuk Nadh untuk pulang bertemu keluarga. Namun hati yang pedih memyebabkan Nadh membuat keputusan untuk tinggal dan bekerja di Indonesia.
"Oi, jauh nau termenung. Kita da sampai ni"
Lamunan Nadh terhenti. Nad tersenyum lalu turun dari kereta dan mengambil barang-barang di bonet kereta. Mereka bersalaman dan berpelukkan. Persahabatan yang terjalin antara mereka terbina sejak kecil lagi meyebabkan Nadh selesa berkawan dengan Iekin.
Nadh melambai iekin sebelum berpisah dengan rakannya itu.
Share this novel