Beberapa hari lagi ujian SPM akan segera selesai. Hari ini Izara pulang ke rumah seperti biasa. Selepas Izara menukar baju sekolahnya kepada baju biasa ia keluar dari rumah menuju ke arah motornya. Izara menghidupkan enjin motornya lalu menungang motornya itu ke arah bengkel Pak Ngah.
Izara dah habis fikir,hari ini dia kena bagitahu juga pada Pak Ngah. Dan harap Pak Ngah akan bantu dia untuk memikat pujaan hatinya si Pak Cik Haziq. Atau mungkin Pak Ngah boleh berbincang dengan ayahnya supaya tidak membiarkan dirinya di kahwinkan hanya kerana ingin membayar hutang. Lagi pun Pak Ngah adik pada Kamal ayah Izara. Mungkin ayahnya akan mendengar nasihat dari adik kandungnya sendiri.
Lebih kurang dalam sepuluh minit kemudian Izara sampai di bengkel motor Pak Ngahnya. Izara melihat hari ini tidak berapa ramai pelangan. Izara masuk ke dalam bengkel untuk memcari Pak Ngah.
"Amir mana Pak Ngah?" Tanya Izara pada Amir pekerja Pak Ngah yang sedang membuka tayar motor untuk mengantikan tayar tubeless yang baru.
"Pak Ngah keluar pergi kedai spare parts. Kau tunggu la tak lama lagi balik la Pak Ngah tu" Kata Amir.
"Ya la ,aku akan tunggu sampai Pak Ngah sampai sebab ada hal penting aku nak bagitahu pada Pak Ngah ni" Kata Izara sambil ia melabuhkan pungung di sebuah kerusi yang ada di dalam bengkel Pak Ngah.
"Ada hal penting apa, yang sampai tak sabar nak jumpa Pak Ngah sangat ni?" Tanya Amir pada Izara.
"Ada la, hal antara anak saudara dan bapa saudara. Orang lain tak boleh tahu" Kata Izara pada Amir sambil tersenyum.
"Ala bukannya aku nak ambil tahu pun. Saja je tanya mungkin aku boleh tolong ke" Kata Amir.
"Hal ni kau tak boleh tolong. Hanya Pak Ngah je yang boleh tolong" Kata Izara sambil matanya memadang pada luar bengkel. Untuk melihat jika Pak Ngah sudah sampai atau belum.
Lebih kurang dalam setengah jam juga la Izara menunggu,baru la Pak Ngah sampai. Pak Ngah sampai dengan keretanya.
Sampai sahaja Pak Ngah di depan bengkel. Pak Ngah memarkir keretanya dan mematikan enjin kereta. Lalu Pak Ngah pun keluar dan membuka bonet kereta. Pak Ngah pun mengeluarkan barang-barang spare parts lalu di letakkan di dalam bengkelnya. Izara berjalan ke arah kereta Pak Ngah untuk membantu mengambil barang-barang yang Pak Ngah bawa.
"Izara kau buat apa dekat sini? Ujian SPM kau dah habis dah ke?"Soal Pak Ngah pada anak saudaranya.
" Minggu ni selesai la ujian SPM. Minggu depan Izara dah boleh mula kerja balik dengan Pak Ngah...Pak Ngah ada hal sikit la Izara nak bincang dengan Pak Ngah ni."Kata Izara sambil memadang pada Pak Ngah.
"Nak bincang pasal apa pula ni?Penting sangat ke tu?" Tanya Pak Ngah pada Izara.
"Penting la Pak Ngah. Hanya Pak Ngah je yang boleh tolong Izara" Kata Izara penuh harapan.
"Cakap la apa dia hal yang penting sangat tu" kata Pak Ngah.
"Dekat bengkel ni tak boleh nanti ada orang lain dengar. Perkara ni hanya Pak Ngah je boleh dengar. Lagi pun pelangan Pak Ngah tak ramai hari ni." Kata Izara lagi.
"Kalau macam tu kita pergi belakang bengkel ni je la. Belakang ni ada bangku dan orang dalam bengkel ni tak akan dengar la kalau Izara cakap kuat-kuat pun" Kata Pak Ngah sambil berjalan menuju ke arah belakang bengkel. Izara pun mengekori Pak Ngah dari belakang.
Sampai di belakang bengkel Pak Ngah melabuhkan pungungnya di sebuah bangku. Izara pun duduk di bangku sebelah Pak Ngah.
"Sekarang cakap la" Kata Pak Ngah bila melihat Izara sudah duduk di bangku sebelahnya.
"Macam ni...ayah nak kahwin Izara dengan kawan dia,tapi Izara tercakap dekat ayah yang Izara dah ada pilihan sendiri. Jadi ayah nak jumpa dengan pilihan Izara tu lepas Izara habis ujian SPM ni"Kata Izara pada Pak Ngah.
"Apa masalahnya bawa je la pilihan kau tu jumpa ayah kau Izara".Kata Pak Ngah.
" Tu la,masalah sekarang ni lelaki pilihan Izara tu tak tahu yang Izara suka dekat dia"Kata Izara sambil tangannya mula mengaru kepalanya yang tidak gatal. Adui macam mana nak cakap dekat Pak Ngah ni yang pilihan aku tu Pak Cik Haziq.
"Izara luahkan la pada dia yang Izara sukakan dia". Kata Pak Ngah.
" Tu la Pak Ngah kena bantu Izara,supaya Izara boleh luahkan perasaan dekat lelaki pilihan Izara tu"Kata Izara sambil tersengih pada Pak Ngah.
"Apa kena-mengena dengan Pak Ngah pula dah" Kata Pak Ngah tidak berapa faham dengan apa yang di katakan oleh Izara.
"Sebab lelaki pilihan Izara tu kawan Pak Ngah, Pak Cik Haziq" Kata Izara tanpa berselindung lagi.
"Izara kau ni biar betul...Adui dah kenapa la kau pergi cakap dekat ayah kau yang pilihan kau tu Haziq kawan Pak Ngah" Kata Pak Ngah agak terkejut.
"Sebab Izara memang suka dekat Pak Cik Haziq. Pak Ngah tolong la supaya Izara dapat luahkan perasaan Izara ni dekat Pak Cik Haziq. Kalau Pak Cik Haziq tolak perasaan Izara ni. Izara akan terima je kawan ayah tu" Kata Izara dengan nada yang agak lemah.
Maaf Pak Ngah sebenarya Izara tak cakap pun siapa lelaki pilihan Izara pada ayah,bisik hati Izara.
"Ayah Izara nak kahwin Izara dengan kawan dia mesti sebab kawan ayah Izara tu nak bantu bayarkan hutang la ni" Kata Pak Ngah sambil mengelengkan kepalanya.
"Ya,lebih kurang macam tu la. Sebab tu Izara tak nak,lagi pun kena jadi isteri kedua pula tu...Tak nak la Izara." Kata Izara.
"Kalau macam tu Pak Ngah bagi nombor telefon Pak Cik Haziq. Izara cakap la sendiri dengan Pak Cik Haziq tu. Nak luahkan perasaan pun boleh juga...Cuma Pak Ngah tak jamin la dia nak jumpa ayah Izara tu." Kata Pak Ngah pada Izara.
"Pak Ngah tak nak tolong ke Izara pikat hati Pak Cik Haziq tu" Kata Izara.
"Pak Ngah dah tolong bagi nombor telefon Pak Cik Haziq. Yang lain tu Izara pandai-pandai sendiri je la" Kata Pak Ngah sambil mula bangun dari duduknya untuk masuk ke bengkel kembali.
Tak lama kemudian telefon pintar Izara berbunyi. Izara melihat skrin telefon pintarnya dan ada Whatsapp dari Pak Ngah. Pak Ngah menghantar nombor telefon Haziq melalui aplikasi Whatsapp kepada Izara. Bila melihat Pak Ngah sudah masuk ke dalam bengkel. Izara mula melangkah kakinya ke arah motornya. Lalu Izara menungang motornya pulang ke rumah.
Pulang ke rumah Izara terus masuk ke dalam biliknya. Izara asik membelek telefon pintarnya.Hatinya berbolak-balik untuk menghantar pesanan Whatsapp pada Pak Cik Haziq. Izara juga terfikir-fikir ayat apa yang patut ia gunakan. Akhirnya Izara hanya memberi salam dan menyatakan dirinya adalah Izara nak saudara Nordin.
Izara:Assalamualaikum... Saya Izara anak saudara Nordin. Saya dapat nombor ni dari bapa saudara saya.
Selepas menghantar Whatsapp pada Pak Cik Haziq,Izara terus menutup telefon pintarnya. Dan hati Izara berdebar-debar menunggu balasan dari Pak Cik Haziq pujaan hatinya.
Macam mana kalau Pak Cik Haziq tak mahu balas ni. Entah-entah dia ingat aku ni perempuan gatal tak tahu malu. Sedangkan aku kalau boleh nak tunjuk sikap malu-malu aku. Tapi nampaknya aku kena terus terang dan luahkan isi hati aku ni daripada aku pendam sendiri,bisik hati Izara.
Izara tidak berani hendak melihat telefon pintarnya. Kerana ia merasa risau jika Pak Cik Haziq hanya sekadar bluetick tidak mahu membalas pesanan Whatsappnya.
Nak tengok tak ni,agaknya Pak Cik Haziq dah baca belum pesanan Whatsapp aku tadi,bebel Izara.
Jam sudah pukul 11.00 malam,mata Izara mula merasa mengantuk dan ingin terlelap. Tiba-tiba telefon pintar Izara berbunyi dan Izara mengambil telefonnya lalu melihat di skrin. Kelihatan ada satu pesanan Whatsapp dari Pak Cik Haziq. Izara terkejut sampai terlepas telefon pintar dari tangannya.
Bersambung...
Share this novel