BARU sahaja elbiena mahu melabuhkan punggung kesofa elbiena mula memandang ke arah arfaaz yang baru keluar dari lif dengan berpakaian baru.
"You nak pergi mana lagi? You baru je balik takkan nak keluar lagi?
Tegurnya dan mula berjalan menghampiri lelaki itu, yang seperti ingin keluar semula.
Arfaaz tidak mengendahkan sebaliknya lelaki itu memandang sekilas ke arah nya sebelum meneruskan langkah nya pergi dari situ.
"hal apa lagi ha? You tau tak mama dengan papa nak datang rumah kejap lagi...takkan you nak biarkan i sorang je yang sambut mama and papa? nanti kalau papa tanya pasal menantu mereka i nak jawab apa?"
Ucapnya lagi cuba untuk menghalang suaminya itu dari pergi, dahlah kejap lagi kedua orang tuanya akan datang
"That's your parents, not me, aku busy"
Ucapnya mendatar sebelum berlalu pergi dari situ tanpa mempedulikan nya.
"Tapi mama dengan papa el parents you juga! Arfaaz tunggu!"
Jeritnya dan mula mengejar langkah lelaki itu yang sudahpun memasuki kereta sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan tempat itu.
Sedangkan elbiena mula meraup kasar wajahnya dan berlalu pergi dari situ, sakit pulak hatinya bila lelaki itu pergi tanpa mempedulikan nya, penting sangat ke kerja luar itu dibanding rumah tangga nya?
* * *
SETIBANYA arfaaz dengan arxie dari hospital, arxie mula memandang pelik akan lelaki itu, siapa yang sakit? Kenapa lelaki itu mahu ke hospital bukannya ke office?
"Eh Darwish! Apa kau buat sini? Dah jadi doktor pulak ke? Hahaha"
Tegur arxie sedari melihat lelaki itu juga ada disitu dan berdiri dari luar bilik seperti menunggu seseorang, sedangkan arfaaz hanya memandang pelik ke arah Darwish, Bukankah dia menyuruh lelaki itu untuk menjaga Kayla?
"Diam ah! Memekak je kau!"
Geram Darwish sedari melihat arxie sudah menertawakan nya, seronok eh kenekan orang, siap kau kejap lagi!
"Kayla mana? Aku suruh kau jaga dia kenapa kau berdiri dekat luar?"
Celah arfaaz yang sejak dari tadi diamkan diri memandang ke arah mereka.
"Oh Kayla ada dekat dalam tengah rehat, dia suruh saya tunggu luar sebab taknak saya ganggu dia tidur"
Terang nya pada lelaki itu, sedangkan arfaaz hanya mengangguk sebelum berlalu memasuki bilik rawatan gadis itu.
"Taknak ganggu dia ke? Atau kau nak ngorat doktor perempuan dekat sini?"
Ucapnya lagi sengaja mahu menyakat lelaki itu, yang sudah memerah menahan amarah nya.
"Kau jangan sampai tangan aku ni melekat dekat muka kau baik kau diam!"
Amarah nya sambil cuba menunjukkan telapak tangannya yang mahu saja dilayangkan pada wajah lelaki itu.
"Hahaha, amboi marah, aku gurau je! Tak sekarang ni kenapa kayla masuk hospital? Apa dah jadi?"
Tanyanya pada lelaki itu, pelik juga..takkan lah kayla masih syok atas kepergian ayahnya?
"Menyibuk je nak tahu! Dahlah kau jaga kejap aku nak pergi tandas dulu! "
Katanya dan terus meminta diri pergi sebentar dari situ.
"Lepasni kau bagitau aku apa dah jadi!"
Pekiknya pada Darwish yang sudah berlalu pergi dari situ, sedangkan Darwish hanya membuat isyarat tangan tanda okey padanya sebelum Darwish berbelok ke kanan.
jeda-
Arfaaz yang sibuk melihat telefon miliknya mula terganggu akan gadis itu yang tidur sambil mengeliat membetulkan posisi tidurnya
Baru sahaja arfaaz berdiri dari duduk nya, ingin membetulkan rambut gadis itu yang terjuntai menutupi wajahnya, membuat kan Kayla perlahan lahan membuka matanya apabila sentuhan terasa menyentuh di wajahnya.
"Uncle buat apa dekat si..sini?"
Tanya Kayla sedikit terperanjat apabila melihat lelaki itu sudah berdiri di hadapan nya sebelum Kayla bangun dari perbaringannya,
"Asal tengok muka aku macam kau nampak hantu?"
Tanyanya pelik sedari melihat wajah gadis itu sudah mula pucat dan terbeliak mata memandang ke arah nya.
Kayla tidak memberi respon sebaliknya dia hanya mengeleng perlahan sambil tundukkan wajah nya, memang seram pun, lagi seram dari hantu.
"Muka aku dekat sini, bukan kat situ!"
Terjahnya lagi sedari melihat gadis itu hanya menundukkan pandangan nya, tanpa ingin memandang ke arah nya.
Kayla yang sedikit terkejut mula mendongak memandang ke arah lelaki itu dan mata mereka saling berlaga sebelum dekat cepat kayla mengalihkan pandangan nya sambil berdehem.
"Uncle buat apa datang sini lagi?"
Tanyanya sengaja mahu memecahkan kesunyian diantara mereka.
"Sejak bila hospital ni tak bagi aku datang sini?"
"Satu lagi!..kau kenapa panggil aku uncle? Do i look like an old man?"
Tanyanya pula tidak puas hati dan hanya mengendahkan pertanyaan gadis itu, sekarang ni apa yang penting kenapa gadis itu memanggil nya uncle? Dah tua sangat ke dia?
Sedangkan kayla sedikit terkelu dengan pertanyaan lelaki itu..salah ke apa dia cakap? dah kira okey apa dia panggil uncle? Adalah penghormatan tu sikit.
Lama arfaaz menunggu jawapan dari gadis itu, sebelum arfaaz hanya pasrah dan membiarkannya saja..cakap dengan budak tu dah macam cakap dengan patung.
Sebelum tiba-tiba saja bunyi perut kayla mula berkeroncong dan cukup didengari lelaki itu membuatkan nya sudah merona merah menahan malu.
"Haih perut time macam ni lah kau nak bunyi!"
Gumamnya sambil cuba tersenyum nipis pada lelaki itu sedari arfaaz dari tadi hanya memandang serius padanya,
"Kau tak makan ke pagi tadi?"
Tanyanya sedikit mendatar pada gadis itu, haih lapar pun tak bagitau, ni kalau mati kebuluran ni tak tau lah nak cakap apa.
Sedangkan kayla hanya mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan lelaki itu,memang perut dia sudah sangat sangat lapar tak makan dari semalam.
"Susah sangat ke kau nak bercakap? "
Tanyanya tidak puas hati pada gadis itu, sekali dua kali boleh lagi sabar, sekarang ni dia bagaikan cakap dengan tunggul..tak pernah dibuat orang lagi.
"Ka...kayla minta maaf"
Tuturnya perlahan sambil cuba memandang ke arah wajah lelaki itu yang sibuk menekan layar telefon nya seperti ingin menghubungi seseorang.
Sedangkan arfaaz hanya menoleh sekilas pada gadis itu sebelum arxie dipanggil nya melalui panggilan telefon.
"Masuk kejap!"
Arahnya sebelum mematikan panggilan dan kembali memandang ke arah gadis itu, yang sudah terkedu takut akan padanya.
Sedangkan arxie terus membuka pintu bilik rawatan itu dan datang menghampiri kedua nya.
"Ye tuan? Ada apa?"
Tanya arxie sambil memandang kedua mereka itu silih berganti, pelik pula bila dua dua asyik nak berpandangan sesama sendiri.
"Aku nak kau sediakan makanan untuk dia" arahnya pada lelaki itu
"Dia nak makan apa?" soal arxie semula
Arfaaz mula berpikir sejenak sebelum menjawab, sempat arfaaz mengerling sekilas ke arah gadis itu sebelum memilih kan makanan untuk nya, nak tunggu budak tu pilih sampai kesudah nak diam.
"Bagi dia makanan berkhasiat sikit, lagi satu dia tak suka susu sangat, so aku nak kau bagi dia hot coklat "
Arxie hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk pergi dari situ, sedangkan arfaaz hanya mengangguk mengiyakan dan hanya memandang kepergian lelaki itu, sebelum arfaaz kembali berpaling ke arah kayla yang dari tadi memandang ke arah nya.
Sedangkan kayla mula tersentak sedari lelaki itu berdehem membuatkan nya yang tadinya termenung memandang wajah lelaki itu mula merona merah malu akan diri sendiri.
" I know I'm handsome, tapi mata mata tu jangan lah sampai nak terkeluar tenung muka aku"
Tegurnya sambil tersengih kecil sedari melihat gadis itu sudah menahan malu.
Sedangkan kayla kembali menundukkan wajahnya semula, entah bila masa pula muka orang tua ni handsome tah, padahal dia hanya sedikit terkejut bila dimana lelaki tua tu mengetahui minuman kesukaannya.
* * *
Sedari mendapat panggilan dari pengawal rumah itu, memberitahu nya ada yang datang, elbiena dengan pantas turun ke bawah melihat siapa gerangan orang itu.
"Mama..Papa..bila sampai? Tak cakap pun nak datang awal, kalau tak boleh el sediakan makanan "
Ucapnya sedikit terkejut sedari melihat kedua orang tuanya sudah duduk di situ, sebelum elbiena datang mendekati mereka, sempat elbiena memeluk kedua orang tuanya itu sebelum duduk di sebelah datin elina
"Kan papa dengan mama dah cakap nak datang sini, yang engkau ni nak terkejut sangat dah kenapa? ni suami kau mana? Takkan kau tak bagitau dia papa dengan mama nak datang harini?"
Ujarnya dan mula melilau mencari kelibat menantunya itu, sebelum kembali bertanya pada anak perempuan nya.
"Abang...kita baru je sampai ni, abang dah sibuk tanya pasal menantu abang tu, cubalah tanya khabar anak sikit"
Celah datin elina sedari melihat suaminya lebih mengutamakan menantu nya dibanding anaknya.
"Ish dahlah..Papa dengan mama tunggu dulu, el nak pergi dapur kejap eh..nak cari bibik kejap"
Datin elina dan dato halim hanya mengangguk sebelum mengekori dengan mata kepergian anak mereka yang menuju ke dapur, sebelum datin elina menepuk peha suami nya.
"Apa!"
"Abang ni lah! Datang datang je dah tanya pasal menantu kesayangan abang tu, abang ni tak sayang anak ke ha?"
Bebel datin elina sambil menjeling tajam ke arah suami yang hanya beriak seperti biasa.
Sedangkan elbiena sudah mula panik dan mendail number suaminya.
"Mana dia ni? Cepatlah angkat fon! "
Bebelnya sendiri dan mula menghubungi suaminya berulang kali, tapi sama saja tiada jawapan di dalam talian
"Ye hello? Ada apa puan?"
Jawap orang dalam pejabat yang merupakan pekerja suaminya,
"Tunku arfaaz ada kat office tak? Boleh bagi kejap dekat dia saya nak cakap something"
Arahnya pada zayn yang merupakan pembantu peribadi suaminya
"Oh maaf puan, tunku arfaaz tak masuk office harini"
Balasnya di dalam talian, sedangkan elbiena hanya mengerutkan dahinya, habistu kalau tak pergi office, dia pergi mana?
"Oh okey takpe..nanti kalau dia masuk office, you suruh dia call i back okey"
Ucapnya pada lelaki itu, sedangkan zayn hanya mengangguk sebelum panggilan dimatikan.
"Kalau dia tak pergi office, dia pergi mana? Takkan dia lupa yang i cakap, mama dengan papa nak datang?"
Peliknya sebelum kembali keluar dari situ mendekati kedua orang tuanya, nak taknak dia kena tadah telinga jela nak kena dengan omelan dari ayahnya mengenai perkahwinan nya.
* * *
Sedangkan arfaaz hanya terkebil-kebil melihat gadis itu melahap kesemua makanan yang ada di situ, membuatkan nya pelik budak ni tak makan setahun ke apa?
"Tak payah gelojoh sangat, tak ada siapa nak ambik pun makanan kau"
Ucapnya mendatar sedikit mengejutkan gadis itu, hingga buatkan kayla yang mengunyah makanan terdesak dan mula meneguk air coklat panas sebelum tersembur keluar semula dan mengenai lelaki itu.
Kayla mula membolak mata terkejut sedari melihat wajah lelaki itu habis basah terkena semburan air coklat nya tadi, dan dengan pantas kayla mendekati lelaki itu sebelum wajahnya di lap dengan selimut yang ada disitu.
"Ka...kayla tak sengaja"
Ucapnya sedikit gagap takut akan tatapan tajam lelaki itu, sambil tangan nya yang masih cuba mengeringkan wajah nya.
"Dah tahu hot coklat tu panas kenapa minum?..nah ambik air kosong ni "
Ucapnya sedikit tegas sebelum memberikan air putih pada gadis itu sedari melihat lidahnya mula melecur, sebelum dia menanggalkan jaket nya yang terkena tadi.
Sedangkan kayla hanya mengangguk dan meraih air kosong itu sebelum diteguknya rakus tanpa melihat ke arah lelaki itu, dan lah jantungnya tidak berhenti berdegup kencang, takut akan dimarahinya.
* * *
Sedangkan arxie dan darwish hanya menadah telinga mendengar perbualan di dalam bilik itu sambil keduanya memandang sesama sendiri.
"Wish! Kau dengar apa apa tak?"
Tanya arxie pada darwish yang masih fokus mendengar perbualan arfaaz dan gadis itu.
"Kau diam boleh tak! Jangan ganggu aku!"
"Kau dengar apa? Aku tak dengar apa apa pun, Ke kau saja je ni? Dah tak payah nak curi dengar sangat lah malu kat orang lalu lalang kat sini"
Arxie mula menarik lengan lelaki itu dari bersandar di depan pintu, haih dahlah bilik tu tak tembus pendengaran, tak dapat lah mereka berdua mahu mencuri curi dengar.
"Woi jadi betul lah apa kau cakap pasal tuan dengan budak tadi?"
"Pasal apa? Aku ada cakap apa apa ke?"
"Kau ni dah nyanyok ke? Kau baru je cerita dekat aku tadi, pasal tuan ambik berat kat budak tu "
Ucapnya lagi, sedari mendapat tahu dari darwish mengenai kejadian malam tadi bila dimana arfaaz yang membawa kayla untuk balik dari situ, sedari gadis itu tidak mahu balik
Darwish hanya mengangguk mengiyakan saja apa yang dikatakan lelaki itu, dan sudah tentu lah mereka sendiri pelik bila dimana lelaki itu mahu menyelamat kayla dan menjaga gadis itu.
Tapi ada betul nya juga, sebab hanya arfaaz saja yang diamanahkan harith untuk menjaga anaknya, dan sudah pasti arfaaz rasa bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga gadis itu.
* * *
Sedangkan elbiena mula makan malam bersama kedua orang tuanya tanpa adanya suaminya disitu, tak pasal-pasal tadinya dia terpaksa menipu yang suami sibuk berkerja.
"Ni papa nak tanya ni, perut kamu tu dah berisi ke? Dah berapa tahun kau kawin tapi tak ada anak lagi?
Tanya dato halim tiba tiba sedari mereka semua berkumpul anak beranak, sedangkan elbiena yang baru sahaja menyuap nasi kemulut nya mula tersedak
" apa abang ni! Tanya soalan macam tu kat anak kita , tanya lah menantu kesayangan abang tu"
Sampuk datin elina dan mula mengusap belakang elbiena yang dari tadi terbatuk-batuk.
"Abang tanya je, anak kau ni dah lama kahwin, tapi tak beranak-pinak lagi "
Jawab dato halim sambil menyuap makanan kemulut nya.
"Papa..tak ada rezeki lagi nak buat macam mana, nanti el dengan az cuba usahakan lagi"
Celahnya cuba untuk menjelaskan kepada kedua orang tuanya, padahal hakikatnya sepanjang perkahwinan nya arfaaz belum pernah menyentuhnya.
"Ni lagi satu, suami kau mana? Dah lewat malam macam ni tak balik lagi. Kau dah bagitau dia ke mama dengan papa nak datang ni?"
Elbiena hanya mengangguk kepala mengiyakan, memang dari tadi dia dah cuba hubungi suaminya, tapi sama sahaja suaminya itu tidak menjawab panggilan nya.
"Maybe, abang az banyak kerja dekat office.. Takpela papa nanti el bagitau abang az ye"
Balasnya, baru sahaja dato halim mahu bersuara, datin elina terus memotong percakapannya.
"Dah abang tak payah nak tanya macam macam dekat anak kita, abang tanya menantu kesayangan abang tu. el makan lah tak payah pedulikan papa el tu"
Celah datin elina cuba untuk menyebelahi anak nya yang dari tadi disoal suaminya.
"Abang cakap je, suami kalau dah tak ada masa nak duduk rumah adalah tu kat luar sana yang bersama dia"
Ujar dato halim sebelum berdiri dari duduknya dan beredar dari situ meninggalkan anak bininya..
"Mama..tengok papa tu!"
Rengek elbiena dan mula memeluk lengan ibunya, dia takut apa yang ayahnya katakan itu betul, dahlah dari tengah hari tadi suaminya tak dapat dihubungi.
"Dah biarkan je papa kamu tu,jangan didengar sangat"
Pujuk datin elina sambil menepuk-nepuk bahu anaknya sebelum kedua mereka menyambung menghabiskan makanan.
* * *
Sedangkan kayla yang baru sahaja keluar dari bilik air, mula terkejut sedari melihat lelaki itu masih saja berada di situ, tak ada rumah ke ha?
" uncle tak balik ke malam ni?"
Tanya sebelum mengorak langkah menuju ke atas katil nya.
"halau ke?"
"Ta..tak mana ada..kayla tanya je"
Bidasnya dan kembali menundukkan kepala tidak mahu memandang ke arah lelaki itu yang dari tadi merenung ke arah nya.
"Do I look old?"
Tanya nya tiba-tiba hingga buatkan kayla mendongak memandang pelik ke arah nya.
Kayla hanya mengangkat bahu tidak tahu, nak kata tua takdelah tua sangat, dah kenapa pulak dia tanya macam tu?
"Then? Why call me uncle? I'm not your uncle"
Ucapnya lagi sedikit geram, sebab panggilan tu dah macam mengelarkan dia tua,
Sedangkan kayla hanya diamkan diri tidak memberi respon akan pertanyaannya, sebab dia sendiri pun tidak tahu harus menjelaskan apa lagi.
Sedari gadis itu hanya diamkan diri dan mengabaikan pertanyaannya, arfaaz terus berdiri dari duduknya dan mendekati kayla yang juga duduk di atas katil
Sedangkan kayla hanya terkebil-kebil dan mula sedikit memundurkan tubuhnya agar tidak begitu rapat dengan lelaki itu, sedari jarak diantara mereka hanya tinggal sejengkal.
"Aku salah cakap ke?" gumamnya sedikit takut
Dengan jantung nya mula berdegup kencang sedari mata mereka berdua saling bertatapan, dan jelas kelihatan kelopak mata lelaki itu yang agak lain dari biasanya, seperti mata seringala?
Sedangkan arfaaz hanya tersenyum sinis sebelum mendekatkan lagi wajahnya pada wajah gadis itu dan jelas terasa nafas gadis itu membuat kan kayla menekup wajahnya takut padanya
"Jangan takut, aku nak bau haruman kau je"
Katanya sebelum menjauhkan diri dari nya dan terus berlalu keluar dari situ meninggal kan nya yang masih terpinga-pinga.
Sedangkan kayla mula membuka matanya sebelum memandang kepergian lelaki itu, haih buat sakit jantung je uncle serigala ni.
Jeda-
Sedangkan arfaaz yang baru sahaja mahu membuka pintu itu mula memandang kedua pengawal nya itu yang hanya duduk di situ menunggu nya
"Darwish! Aku nak malam ni kau jaga kayla"
Arahnya pada lelaki itu, sedangkan Darwish hanya mengangguk akur akan arahan lelaki itu. Sedangkan arxie terus berdiri dari duduknya sebelum mengikuti kepergian arfaaz dari situ.
* * *
Sedangkan elbiena yang menunggu kepulangan suaminya, mula menoleh sedari mendengar bunyi tapak kaki memasuki villa itu, membuat kan elbiena bangun dari duduk nya dan berjalan mendekati arfaaz yang baru saja memasuki rumah itu.
"Dah lewat malam macam ni baru balik? You pergi mana ha? You tau tak mama dengan papa lama tunggu you balik!"
Tanya terus pada lelaki itu sebaik mendekati nya, geram pulak dia bila suaminya itu hanya beriak seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.
Sedangkan arfaaz hanya diamkan diri langsung tidak menjawab pertanyaan perempuan itu, sebelum arfaaz kembali mengorak langkah meninggalkan nya.
"Arfaaz! You dengar tak apa i cakap ni!"
Ucapnya sambil menahan lelaki itu dari meneruskan langkah nya.
Sedangkan arfaaz mula menarik nafas, geram akan perempuan itu, haih tak faham bahasa betul perempuan ni.
"Dah! Tak payah nak memekak, aku tak ada masa nak layan kau!"
Ucapnya dingin sebelum menepis kasar tangan elbiena dari menyentuh lengannya, dan terus berlalu dari situ tanpa memandang ke arah nya.
"Arfaaz! I tak habis cakap lagi! You pergi mana ha! Zayn bagitau i you tak pergi office pun hari ni! "
Pekiknya pada arfaaz yang sudah pun berlalu meninggalkan nya disitu.
Sebelum air mata yang ditahan nya tadi jatuh perlahan menuruni pipi nya dan dengan pantas elbiena mengesat air mata nya dari keluar, dia tidak akan menyerah macam tu je, dia akan pastikan lelaki itu akan pandang dirinya.
* * *
AWAL pagi lagi kayla mula bangun dari tidur nya dan terus menuju ke bilik air ingin membuang air kecil, baru sahaja kayla mahu keluar dari bilik air kayla mula terkejut sedari melihat satu tubuh badan lelaki berbaring di atas tempat tidurnya.
Dengan perlahan kayla melangkah mendekati lelaki itu sebelum wajahnya dilihat, dah rupanya itu adalah lelaki semalam. yang mengaku dirinya sebagai Darwish.
Kayla mula mengejutkan tubuh lelaki itu dengan perlahan lahan, sebelum Darwish yang tadinya nyenyak tidur mula terjaga dari tidur nya, dan terus memandang ke arah kayla yang sudah berdiri di samping nya.
"Kayla!..sorry abang wish tertidur dekat sini"
Ucapnya sebelum bangun dari perbaringannya dan memisat misat matanya.
"Abang wish penat ke?"
Tanya kayla sedikit kesian pada lelaki itu, sedari melihat nya seperti kekurangan tidur. Mestu semalaman lelaki itu berjaga.
Darwish hanya menggeleng kepala sebelum menuruni kat itu dan mempersilakan kayla untuk menaiki katil.
"Kalau abang wish nak rehat, abang rehatlah"
Arah kayla mempersilakan lelaki itu untuk tidur semula.
"Takpelah, nanti lepasni abang tidur lah, ni kayla nak discharge dah kan?"
Kayla hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan lelaki itu sebelum kayla menaiki katil semula, sedari melihat Darwish sudah pun duduk di kerusi.
"Ni kayla dah tak takut dengan abang ke?"
Tanya Darwish semula, sedari melihat kayla seperti sudah mahu bercakap dengan nya.
"Nape pulak kayla kena takut dengan abang wish? Abang bukan nya hantu" jawabnya selamba.
Sedangkan Darwish hanya tersengih kecil mendengar apa yang dikatakan gadis itu,
"Kayla jangan cakap macam tu tau, nanti abang betul betul jadi hantu macam mana? Tak pasal pasal abang terkam kayla terus"
Ucapnya sambil tergelak kecil, kayla yang mendengar turut tertawa, sebelum Darwish terus terusan menyakat gadis itu membuat kan kayla tidak berhenti dari ketawa.
Jeda-
BEBERAPA jam menunggu, kayla yang masih dengan sisa tawanya cuba untuk menahan perut sedari tergelak dari tadi dengan usikan Darwish padanya membuatkan nya kering gusi dari tadi bergelak tawa dengan lelaki itu.
"Abang wish! Dah kayla tak boleh tahan dah! "
Ujar kayla sambil cuba menahan tawanya menyuruh lelaki itu berhenti menyakatnya lagi, dan tanpa disedari mereka arfaaz dan juga arxie sudahpun memasuki bilik itu, dan berdiri memandang ke arah mereka
Arfaaz sedikit pelik melihat kedua mereka itu, bila masa pulak gadis itu rapat dengan Darwish? Bila dengan dia tak ada pula kayla suka macam tu.
Sedangkan Darwish yang perasankan kedatangan kedua lelaki itu mula berhenti menyakat kayla dan memandang ke arah kayla yang masih dengan sisa tawanya
Kayla yang masih tidak tahu akan kedatangan kedua lelaki itu, mula memandang pelik ke arah Darwish sedari lelaki itu tiba-tiba diamkan diri, sebelum kayla menoleh ke belakang melihat siapa yang datang.
Dan serta merta senyuman di bibir gadis itu semakin memudar sedari uncle serigala sudah berdiri di belakang nya sambil menatap ke arah mereka.
"Dah cepat siapkan barang dia"
Arah arfaaz sebelum berjalan menuju ke arah sofa yang terletak tidak jauh dari situ sementara menunggu arxie dan Darwish menyiapkan barang barang kayla.
Sedangkan arxie dan Darwish, hanya mengangguk sebelum mengeluarkan barang gadis itu dan segera keluar dari situ.
"Nak terjegat sampai bila dekat situ?"
Tegur nya sedari melihat gadis itu hanya berdiri diamkan diri disitu tanpa berganjak dari tempat nya, sebelum arfaaz mengorak langkah keluar dari situ.
Sedangkan kayla hanya menarik nafas panjang sebelum ikut keluar dari situ mengekori kepergian uncle serigala tu, haih tak boleh ke nak cakap elok sikit?
Share this novel