Series
109173
?Kau nak tahu satu rahsia keluarga kami??
Luth bersuara rendah, namun nada tenangnya itu menusuk lebih tajam daripada sebilu jeritan. Dia melangkah setapak lagi, seolah-olah ingin memastikan setiap aksara yang keluar dari bibirnya jatuh tepat ke dasar hati Nadira.
?Dalam keluarga Ilhan ni kan...? Satu senyuman nipis, hampir tidak kelihatan, muncul di bibirnya. ?Lelaki macam Emir tu cuma dianggap beban. Macam sampah yang kitorang cuba sumbat jauh-jauh supaya tak membusukkan nama keluarga.?
Dia menekan perkataan 'sampah' itu dengan sengaja. Nadanya sarat dengan penghinaan yang tidak berselindung. Wangian maskulin yang tajam dan mahal mula menampar deria bau Nadira, memenuhi ruang udara sehingga Nadira terasa sesak dan lemas.
Nadira bergerak ke tepi dengan gelisah. Walaupun fikirannya bercelaru, dia mula percaya bahawa lelaki di hadapannya ini memang benar-benar darah daging keluarga Ilhan yang digeruni itu. Aura angkuhnya tidak boleh ditipu.
?Tak baiklah awak cakap macam tu,? Nadira akhirnya bersuara, cuba mencari sisa ketenangan. ?Walau apa pun, dia tetap abang sepupu awak, kan? Darah daging awak juga.?
Nadira memberanikan diri menentang mata gelap itu. ?Janganlah panggil dia sampah.?
Langkah Luth terhenti. Keningnya terangkat sedikit, seolah-olah baru sahaja mendengar jenaka yang paling pelik dalam hidupnya.
?Abang sepupu aku?? Dia ketawa perlahan, bunyi tawa yang dingin. ?Dalam dunia bisnes, siapa yang tak reti nak jalan sendiri, memang tak layak dipanggil lelaki. Dunia ni tak ada tempat untuk orang lemah.?
Nadira menggenggam jemarinya erat. Dia tidak tahu kenapa dia perlu membela lelaki yang tidak pernah ditemuinya, namun rasa kasihan terhadap 'mangsa' yang dibuang keluarga membuatkan dia nekad.
?Kalau dia sakit, cacat, atau trauma sekalipun... itu bukan lesen untuk awak nak pijak maruah dia. Tak kisahlah awak rasa awak hebat mana pun.?
Sekelip mata, sesuatu bergetar di dasar pandangan Luth. Dia tidak menyangka wanita yang dianggap 'hodoh' di hadapannya ini mampu melontarkan kata-kata sebegitu, kata-kata yang sepatutnya tidak keluar daripada mulut seorang pengantin ganti yang dibuang keluarga sendiri.
Luth memerhati lagi. Dari rambut kusut yang menutup wajah, kacamata tebal yang menenggelamkan mata, sehinggalah ke baju outdated yang menyembunyikan bentuk tubuh. Makin dipandang, memang makin menyakitkan mata.
?Hodoh,? fikirnya sinis.
Namun, ada sesuatu yang aneh. Bagaimana wanita yang penampilannya hanya layak disembunyikan di belakang tirai ini masih mampu memiliki simpati setinggi itu?
?Kau... kesian kat dia?? Luth bertanya, nada suaranya seolah-olah sedang menguji.
Nadira menjungkit bahu sedikit. ?Kalau betul apa yang orang cakap pasal dia, hidup dia mesti susah. Semua orang mengata, semua orang menghina. Tak cukup lagi ke penderitaan macam tu??
Luth terdiam. Dalam hatinya, ada sesuatu yang mula bergejolak. Kebanyakan wanita yang mendekati keluarga Ilhan hanya nampak duit dan pangkat. Tetapi Nadira? Dia bercakap tentang simpati untuk lelaki yang dilabel 'aib' oleh dunia.
?Menarik,? Luth berbisik tanpa sedar.
Namun, seolah-olah bosan dengan sisi lembut yang cuba menyusup masuk, dia kembali mempamerkan taring serigalanya. Luth menyandarkan sebelah tangan pada dinding, betul-betul di sebelah kepala Nadira, memerangkap wanita itu di antara tubuhnya dan almari.
?Kalau kau rasa dia patut dikasihani... apa kata kau fikir pasal diri kau dulu? Cuba tengok diri kau yang lagi layak kena kesian ni.?
?Apa maksud awak?? Nadira cuba berundur, namun belakangnya sudah rapat pada bucu katil.
?Maksud aku, Nadira Sofea binti Alexander...? Luth menyebut nama penuh itu dengan meleret, membuatkan bulu roma Nadira meremang.
?Tak logik tau, perempuan yang dihantar sebagai pengganti ni selalunya bukan orang yang dihargai. Senang cakap, kau ni anak yang tak disayangi, kan? Sebab tu mak kau senang-senang je 'buang' kau kat sini.?
Tajam. Tepat mengenai sasaran.
Hati Nadira terasa seperti dihiris-hiris. Dia sedar hakikat itu, namun apabila orang asing meluahkannya dengan begitu selamba, lukanya terasa lebih dalam dan berdarah kembali.
?Ya, memang saya bukan pilihan sesiapa. Memang tak ada orang sayang saya pun,? Nadira mengangkat dagunya sedikit, melawan dengan sisa maruah yang masih ada.
?Tapi itu tak bermakna awak ada hak nak pijak saya macam saya ni tak ada harga diri. Awak tak kenal saya, jadi jangan pandai-pandai nak label saya macam-macam.?
Luth mengukir senyuman nipis yang cukup menyakitkan hati.
?Harga diri?? Dia merendahkan suaranya, merapatkan wajah sehingga Nadira dapat merasakan kehangatan nafasnya yang berbau maskulin.
?Kau sedar tak, kau ni cuma perempuan yang keluarga sendiri sanggup jual demi nak selamatkan saham? Kena paksa naik pelamin jadi pengganti sebab kakak kau tu 'bernilai tinggi' sangat untuk dikahwinkan dengan lelaki cacat yang memalukan keluarga??
Luth mendekat lagi, suaranya kini seakan bisikan maut.
?Kalau ada piramid heirarki pembuangan manusia dalam dunia ni, kau tahu tak kat mana tempat kau? Kau kat paling bawah sekali, Nadira. Ranking paling corot.?
Dia menjeling Nadira dari atas ke bawah, satu pandangan yang cukup menghina, seolah-olah sedang melihat sehelai kain buruk yang tidak berharga. ?Jadi, kau masih yakin kau ada harga diri??
Sepasang mata Nadira mula membara. Rasa terhina itu akhirnya bertukar menjadi satu keberanian yang nekad.
?Dengar sini. Saya mungkin tak ada banyak pilihan, tapi saya tak datang sini untuk jadi permainan awak. Saya tak hamaklah nak dengar awak hina saya sesuka hati! Peduli apa saya dengan piramid atau hierarki mengarut awak tu? Saya tak peduli langsunglah apa pandangan buruk awak pasal saya!?
Nadira cuba menolak dada Luth dengan sekuat hati, namun lelaki itu langsung tidak berganjak. Tubuh Luth yang tegap dan tinggi itu terasa seperti dinding konkrit yang mustahil untuk diruntuhkan.
Bibir Luth menguntum senyuman sinis. ?Tahu tak, bila aku tengok kau ni... aku nampak sesuatu.?
?Apa?? Nadira mencabar, nafasnya turun naik menahan amarah.
?Anak baik yang tak pernah disentuh sesiapa,? Luth membisik tepat ke telinga Nadira. ?Dengan gaya 'skema' macam ni, aku berani jamin kau ni masih suci. Betul, kan??
Pipi Nadira serta-merta berbahang panas. ?Saya takkan jawab soalan bodoh macam tu!?
?Tak payah jawab pun tak apa,? balas Luth selamba. ?Sebab aku dah tahu jawapannya.?
Dalam sekelip mata, Luth menolak bahu Nadira sehingga tubuh gadis itu terundur dan tersandar ke atas katil. Jantung Nadira bagaikan mahu tercabut.
?Woi!? Nadira cuba bangun, namun Luth sudah pun menunduk, kedua-dua tangannya menekan bahu Nadira ke tilam dengan kemas.
?Tak ada orang lain kat sini,? suara Luth merayap dingin. ?Tak payah nak berlakon sangatlah. Kau kahwin dengan nama Ilhan, kau tahu kan apa yang dunia harapkan daripada kau??
?Lepaskan sayalah!? Nadira meronta, cuba menepis cengkeraman itu. Panik mula menjalar ke seluruh urat sarafnya.
Luth hanya memerhati setiap inci ekspresi wajah Nadira dengan mata yang gelap. ?Kau mungkin tak pernah ada sesiapa sebelum ni. Aku boleh jadi lelaki pertama yang...?
PLAK!
Satu tamparan padu hinggap di pipi Luth, bergema kuat di dalam bilik yang sunyi itu. Tamparan yang datang daripada kemarahan seorang wanita yang sudah hilang sabar.
Luth terhenti. Buat pertama kalinya, lelaki itu terkelu.
?Jangan sentuh saya sesuka hati!? Suara Nadira bergetar hebat, namun kedengaran cukup lantang. ?Saya mungkin bukan anak kesayangan, tapi saya bukan barang kotor yang awak boleh buat eksperimen! Baik awak keluar sekarang sebelum sepupu awak sampai. Saya akan lupakan apa yang jadi malam ni, tapi tolong... jangan muncul depan saya lagi!?
Nadira menolak dada Luth dengan sisa kekuatan yang ada. Kali ini, Luth melangkah ke belakang, bukan kerana terpaksa, tetapi kerana dia benar-benar terkejut. Pipi kirinya terasa panas, namun matanya tertumpu pada sesuatu yang lain.
Dalam pergelutan tadi, kacamata tebal Nadira terjatuh ke lantai.
Buat pertama kali, Luth melihat wajah itu tanpa sebarang penghalang. Sepasang mata yang besar, dengan bulu mata hitam yang melentik, sedang bergetar menahan tangis dan takut. Wajah itu mungkin tidak secantik model antarabangsa, tetapi ada satu daya tarikan yang cukup untuk mengganggu fokus Luth.
Luth terpaku. Ada sesuatu yang menyentak tangkai hatinya. Bukan simpati, tapi satu kesedaran yang menampar egonya lebih kuat daripada tamparan tadi. Perempuan ini bukan boneka. Dia bukan 'barang gantian' yang boleh dipijak-pijak.
?Tak ada perempuan yang pernah berani angkat tangan kat aku,? Luth bersuara perlahan, nadanya sudah berubah.
?Tahniah,? celah Nadira sinis, walaupun tangannya sendiri sedang menggigil hebat. ?Anggaplah saya yang pertama... dan harapnya yang terakhir.?
Lelaki lain mungkin sudah meletup marah, tetapi Luth sebaliknya ketawa kecil. Ketawa yang kedengaran sinis namun ada nada kagum yang tersembunyi. Dia membetulkan kolar sutnya dengan tenang.
?Bagus.? Luth memandang Nadira buat kali terakhir. ?Teruskan pertahankan 'maruah' perkahwinan kau ni. Kita tengok nanti, kalau betul Emir tu lelaki, dia datang cari kau ke tak.?
BAM!
Pintu dihempas kuat. Sebaik sahaja kelibat Luth hilang, Nadira terus melepaskan nafas panjang yang terasa sesak di dada. Lututnya terasa lembik, seolah-olah hanya maruah yang memegang tubuhnya daripada jatuh terduduk.
Dia menggenggam hujung lengan bajunya, cuba menahan gigilan.
?Gila...? gumam Nadira dengan nafas tercungap-cungap. ?Satu keluarga ni memang dah gila!?
Share this novel
menarik sunggu ceritanya.
lanjut
cerita ni best sgt² sampai saya tak nak berhenti membaca