Bab 4

Romance Series 109173

?Cousin-in law, baru nak balik rumah ambil barang? Biarlah saya yang hantarkan. Tak payah nak susahkan orang lain,? celah Emir yang masih tegar dengan identiti palsunya sebagai Luth. Dia melangkah menghampiri dengan senyuman selamba yang cukup menjengkelkan.

Belum sempat Nadira membuka mulut untuk membantah, lengan sasa lelaki itu sudah melingkari bahunya, seolah-olah mereka adalah sepupu yang sangat akrab. Nadira tersentak. Dia segera menepis kasar lengan itu.

?Tak payahlah. Saya boleh pergi sendirilah!? Nadira menjeling tajam, dadanya turun naik menahan geram.

Dia benar-benar buntu. Bukankah lelaki ini yang bermati-matian menghina penampilannya semalam? Kenapa hari ini tiba-tiba berubah watak menjadi 'sepupu' yang prihatin? Apa sebenarnya permainan yang sedang dirancang oleh lelaki bernama Luth ini?

?Jom,? ajak Emir lagi, seakan tidak terkesan dengan tepisan itu.

?Saya kata saya tak perlukan awak, faham tak?? Nadira menegaskan suaranya
. Emir hanya memandang tanpa sedikit pun rasa tersinggung. Sebaliknya, dia semakin berminat melihat reaksi 'mangsa' baharunya ini. Dia sengaja memberi isyarat mata kepada Bang Zul.

?Err... Puan,? Bang Zul berdehem, cuba memecah ketegangan sambil mengerling ke arah majikannya. ?Saya rasa... lebih baik Tuan Luth yang hantarkan Puan.?

Bang Zul menekankan perkataan 'Luth' itu dengan anggukan kecil yang penuh makna tersirat. ?Sebab saya... saya kena standby kat sini. Manalah tahu Tuan Muda Emir panggil saya tiba-tiba nanti.?

Bang Zul membulatkan matanya sedikit, seolah-olah memberi amaran kepada Nadira supaya tidak membantah. Emir tersenyum kecil. ?Bagus Bang Zul, kau memang faham tugas kau.?

Wajah Nadira berubah hampa. Dia mendengus geram, namun tidak punya pilihan selain akur.

Kereta hitam mewah itu meluncur laju menuruni bukit Andara. Di dalam kabin kereta, suasana terasa begitu tegang. Nadira duduk kaku di sebelah Emir, tubuhnya tegak seolah-olah sedang duduk di atas kerusi elektrik.

Nadira langsung tidak mahu memberikan sekelumit perhatian kepada lelaki di sebelahnya. Matanya dipakukan ke luar tingkap, memerhati apa sahaja yang bergerak, kereta yang memotong, pokok-pokok yang berlari mundur, malah papan tanda jalan yang membosankan pun nampak lebih menarik daripada wajah Luth.

Dia tidak mahu bercakap. Dia tidak mahu menoleh. Dia tidak mahu memberi walau sedikit ruang untuk Luth rasa yang dia selesa dengan kehadiran lelaki itu.

Emir yang sedang memandu hanya memerhati dari ekor mata. Senyum nakal menghiasi bibirnya.

?Semalam ada chemistry... kau ingat tak?? bisik Emir tiba-tiba, sengaja merapatkan wajahnya ke arah telinga Nadira.

Nadira hampir terlompat dari tempat duduknya. ?Saya... saya tak ingat apa-apalah!?

Dia menelan air liur yang terasa kesat. Bohong jika dia kata dia tidak ingat. Dia masih dapat merasakan kehangatan nafas lelaki itu, bauan maskulin yang mahal pada kulitnya, dan ancaman yang bersalut godaan semalam. Semuanya masih segar dalam ingatan.

Emir ketawa perlahan. ?Baiklah. Kalau kau nak mula dengan berlakon lupa... kita boleh main macam tu.?

Nadira memeluk tubuh, cuba mengumpul kekuatan. ?Apa sebenarnya tujuan awak ha? Kenapa awak layan saya macam... macam permainan??

Emir hanya diam. Siku kanannya bertenggek santai pada stereng. Di sebalik diamnya, satu senyuman misteri terukir. Nadira Sofea, wanita yang dianggap 'sampah' oleh keluarga sendiri, namun diamnya penuh dengan duri yang mampu melukakan.

?Mulai hari ini, aku nak tahu sejauh mana kau boleh lawan aku, Nadira?? bisik hati kecil Emir.

Kereta itu akhirnya berhenti tepat di hadapan pagar sebuah banglo dua tingkat. Rumah yang pernah dipanggilnya 'syurga', namun kini terasa seperti monumen luka. Belum pun sampai 24 jam dia pergi, namun Nadira rasa seolah-olah dia sudah tidak punya tempat lagi di situ.

Binaan besar itu menyimpan seribu memori, namun tiada satu pun yang meraikan kehadirannya. Di sinilah dia membesar sebagai bayang-bayang kepada Maya. Rumah ini penuh dengan kasih sayang, tetapi tiada sekelumit pun untuknya.

Nadira berdehem, cuba mengusir rasa sebak yang mula menghimpit dada. Dia tidak mahu lelaki di sebelahnya ini menghidu kelemahannya.

Nadira baru sahaja mahu menekan butang untuk melepaskan tali pinggang keledar apabila tiba-tiba Emir membongkok ke arahnya. Tubuh lelaki itu condong terlalu dekat, sehingga hembusan nafasnya menyapa pipi Nadira.

Klik.

Jari-jemari Emir yang panjang menekan klip tali pinggang itu, membebaskan tubuh Nadira. Walaupun hanya satu bunyi kecil, namun jantung Nadira berdegup kencang seperti mahu meletup. Wajah mereka hanya sejengkal.

Wajah Luth yang sempurna dan tegas itu mampu menggoda mana-mana wanita, tetapi bagi Nadira, setiap kali dia melihat wajah itu, dia teringat akan layanan buruk semalam. Rasa jijik dan benci mula meluap-luap.

Nadira menegakkan badan, bersandar sejauh mungkin sehingga tubuhnya rapat ke pintu kereta, cuba merungkaikan diri daripada gelombang aura berbahaya yang dipancarkan lelaki itu.

?Saya... saya nak turun,? ujarnya perlahan sambil menolak bingkai kacamata tebalnya. Suaranya hampir tidak terkeluar, tersekat di kerongkong yang terasa kering.

Emir hanya memerhati. Matanya mengecil, dan aura gelap itu muncul semula, tanda bahawa pemangsa sedang mengintai peluang. Sebelum sempat jemari Nadira menyentuh tombol pintu, tangan Emir lebih pantas menghalang. Dia membongkok lagi, memerangkap Nadira di celah tempat duduk.

?Kau ni memang tak ada adab ke? Orang dah hantar, sepatutnya ucaplah terima kasih dulu,? tegur Emir, nadanya rendah namun kedengaran berautoriti.

Nadira tunduk, tidak berani menentang renungan itu. ?T... terima kasih,? balasnya, hampir tidak kedengaran.

Emir memerhati bibir Nadira yang sedikit menguncup, mungil dan berwarna merah jambu halus. Terlalu manis untuk wajah yang selama ini dianggap hambar oleh dunia. Renungannya menjadi semakin dalam dan gelap.

?Apa tu? Cakap terima kasih tak ikhlas langsung,? gumamnya dengan suara yang menurun penuh maksud. ?Biar aku tunjuk cara ucap terima kasih yang betul.?

Bagi lelaki lain, wajah polos Nadira mungkin dianggap biasa-biasa sahaja. Namun bagi Emir, bibir itu cukup untuk membuatkan naluri lelakinya menjerit. Apatah lagi setelah mengetahui wanita di hadapannya ini masih suci. Dia bukan jenis lelaki yang penyabar, dan statusnya sebagai suami sah memberikan dia segala 'hak' yang dia mahukan.

Tanpa memberi ruang untuk Nadira berfikir, Emir merapatkan wajah dan bibirnya terus memaut bibir Nadira.

Nadira terpaku. Tubuhnya kaku seperti disambar petir. Panas, terkejut, dan marah bercampur-baur menjadi satu rasa yang menyesakkan. Dia cuba menolak dada Emir, namun lelaki itu dengan cekap menangkap kedua-dua pergelangan tangannya, mengunci segala pergerakan.

Dunia sekeliling seakan terhenti. Yang tinggal hanyalah detak jantung yang menggila dan rasa marah yang membakar maruah. Nadira tidak percaya, selepas dipaksa berkahwin, kini dia dicium secara paksa oleh lelaki yang tidak sampai 24 jam dikenalinya.

Emir menarik diri beberapa inci, melepaskan pautan itu namun wajahnya tetap dekat, seolah-olah mahu terus mencuri sisa nafas Nadira yang masih terkesima dengan mata membulat. Reaksi 'blur' Nadira itu memberikan kepuasan yang tidak terhingga buat Emir.

Dengan sebelah tangan, dia menanggalkan kacamata Nadira, mendedahkan sepasang mata jernih yang selama ini tersembunyi.

?Mulai sekarang... jangan pakai benda ni lagi. Menyakitkan mata aku nak tengok,? katanya perlahan sambil menyimpan kacamata itu ke dalam dashboard. ?Kalau aku nampak kau pakai lagi...?

Dia berhenti sejenak, matanya melingkari wajah Nadira seperti pemangsa sedang menandakan mangsanya.

?Aku akan cium kau setiap kali aku nampak. Not bad untuk first time, kan? Manis? macam ceri.?

Darah Nadira terasa mendidih. Lelaki keparat ini memang sudah melampau! Mahu sahaja dia menerajang jantan sial ini keluar. Adakah dia sudah lupa yang Nadira ini isteri kepada sepupunya sendiri? Berani-beraninya dia berbuat terkutuk di hadapan rumah keluarganya!

Namun, belum sempat Nadira menghamburkan makian, satu suara yang sangat dikenalinya menyapa.

?Eh?! Nadira?! Kamu buat apa kat sini??

Nadira berpaling. Tengku Maria berdiri tegak di depan pagar dengan mata yang terbeliak melihat anaknya berada di dalam kereta mewah bersama seorang lelaki asing. Wajahnya berkerut seribu.

?Kenapa kamu kat sini? Turun sekarang!?

Nadira menelan liur. Panik mula mencengkam sehingga tangannya terketar-ketar. Dia cepat-cepat membuka pintu kereta, namun belum sempat tubuh kecilnya keluar sepenuhnya, Tengku Maria sudah menarik tangannya dengan kasar. Pintu pagar dihempas kuat sehingga hampir putus engselnya.

Emir memerhatikan sahaja Nadira yang tiba-tiba berubah menjadi 'dungu' di hadapan ibunya. Di hadapannya tadi, bukan main tajam lagi taringnya, tetapi di hadapan Tengku Maria, Nadira kecut seribu bahasa.

?Cousin-in-law! Aku tunggu kat sini tau! Jangan lama sangat!? jerit Emir sengaja, sambil mengelap bibirnya menggunakan ibu jari dengan senyuman sinis yang ditujukan tepat kepada Tengku Maria.

Nadira menoleh sekilas. ?Luth ni memang nak aku mati agaknya! Celaka!? jerit hati Nadira.

Tengku Maria mendengus kuat, memandang Nadira dengan renungan yang mampu membunuh. ?Kau memang nak cari nahas, kan?!? bentaknya.

Perlahan-lahan, Nadira rasa dunianya mahu runtuh. Untuk kesekian kalinya, dia merasa lumpuh setiap kali berhadapan dengan wanita yang melahirkannya itu. Dia tidak punya cara lain selain menurut, merelakan dirinya dicucuk hidung seperti lembu yang pasrah menuju ke tempat penyembelihan.

Share this novel

yahitam.wakputih@gmail.com
2026-05-16 08:59:14 

macamana nak teruskan

nara
2026-04-04 18:05:18 

macam mana hendak teruskan

zai
2026-03-26 11:06:48 

saya dah beli coins tapi macam mana nak guna


NovelPlus Premium

The best ads free experience