BPJ - BAB 3 - MIA @ MAYA

Romance Series 18772

"Maya..." Tegur Mona sebaik mereka melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu rumah teres setingkat itu.

"Yap."

"Kau perasan tak masa kita kat kedai makan tadi, aku rasa macam ada orang yang perhatikan kita."

"Ala, apa yang nak diherankan. Tadikan, kita marahkan si Lan sebab kacau kita. Sebab tu ramai pandang kita."

"Bukan tulah. Aku dapat rasakan ada mata yang memerhatikan pergerakan kita. Aku dapat rasakan."

"Itu mungkin perasaan kau je kot."

"Mungkin juga."

"Eh, aku tengok kau termenung sejak balik dari kedai Alim. Kenapa?"

"Takdelah. Aku teringatkan abang si Alim tu. Tak sangka ujian dia macam tukan? Wife dan anak sama-sama pergi meninggalkan dia. Kesian pulak aku dengar..."

"Kan? Aku pun terfikir gak tadi. Macamanalah dia boleh hadap semua tukan? Kalau aku, aku rasa, aku dah separuh gila dah."

"Kau nak tahu tak, setiap kita dah tersedia ujian dari sang pencipta. Sedangkan sehelai daun yang gugur pun dan ditentukan Allah. Inikan pula kita yang banyak dosa ni..." Ujar Maya.

"Maya, kau tak terasa ke nak berubah? Maksud aku, berubah ke arah yang lebih baik?"

"Bohonglah kalau aku tak fikir semua tu. Aku dah berusaha untuk berubah. Tapi, aku tak mampu. Mungkin, aku belum dapat berubah. In shaa Allah, aku percaya, aku, kau akan pulang ke pangkal jalan. Cuma, keadaan dan masa yang menentukannya."

"Ya, Maya. Aku pun terfikir perkara yang sama. Bagi aku, takkan selamanya aku nak buat kerja kotor ni. Aku pun nak rasa ada keluarga sendiri. Nak ada anak sendiri. Aku nak nikmati kebahagiaan hidup selagi masih bernafas."

"Aku faham, Mona. Itu yang aku selalu fikirkan. Apa yang berlaku pada kita, aku anggap satu ujian dari Allah swt. Tak semua orang bernasib baik. Tak semua orang mampu mengecap bahagia selagi tidak diizinkan sang pencipta." Ujar Maya.

"Kenapa kau tersengeh-sengeh macam kerang busuk ni?"

"Aku suka bila kau berbicara sebegini. Macam ustazah..."

"Ish, kau ni. Kan aku cakap aku bekas pelajar sekolah agama."

"Kau pandai, baik, pandai mengaji, Maya. Kenapa kau pilih jalan begini?"

"Mona, aku rasa kau tahu apa yang dah aku laluikan? Aku akui, aku rasa bersalah, berdosa. Aku tak salahkan orang tua aku. Mereka dah didik aku sebaik-baiknya. Tapi, bila mereka tiada, aku alami kesakitan dan kepahitan hidup yang tiada siapa yang sanggup hadapinya."

"Aku faham. Aku minta maaf, ya?"

"Sudahlah. Pergi tidur. Aku malas nak ungkit cerita ni. Nanti, aku menangis je."

"Sorry, ya Maya. Aku tak sengaja."

"Sudah tu. Pergi tidur. Esok nak kerja."

"Yes, mam!" Mona memberi tabik hormat. Pecah gelak Maya melihat gelagat Mona.

"Anyway, thanks Maya belanja aku makan."

"No sweat, dear. Aku masuk tidur dulu. Pintu tu jangan lupa kunci..."

"Yes, mam..." Tergeleng-geleng kepala Maya dengan perangai Mona. Maya menghenyakkan tubuhnya di atas tilam empuk. Lengan diletakkan di atas dahi sambil membayangkan segala kenangan pahit yang menghantui kehidupan sehingga dia terjebak dalam kancah maksiat ini.

Mengingatkan kembali peristiwa lama, cukup mengerikan buat empunya diri, yang diberi nama Siti Samiah, dengan panggilan di kampung Mia, terpaksa menukar namanya kepada Maya, lantaran tidak mahu dikenali. Malah, Maya turut menukar penampilannya agar tiada orang kampung tidak mengenali siapa Maya yang sebenar.

Bohonglah jika Maya tidak merindui suasana kampung yang telah ditinggalkan lebih dari tujuh tahun. Namun, peristiwa pahit yang dia alami selama ini tidak mampu dilupakan begitu saja. Hampir setiap malam, Maya bermimpi benda yang sama.

Mona atau lebih dikenali dengan nama Maslinda Mahzan, menjadi manusia pertama yang tahu rahsia yang menimpa Maya. Monalah tempat Maya melepaskan segala kesakitan dan keresahan sehinggakan tiada rahsia antara mereka berdua.

Namun, bukan Mona yang mengajak Maya ke lembah kehinaan ini. Maya sedar, dia tidak berpelajaran walaupun hakikat sebenarnya, Maya merupakan pelajar yang bijak pandai. Kematian kedua orang tuanya ketika Maya menginjak remaja, membuatkan Maya terpaksa tinggal bersama atok dan nenek yang hanya mengusahakan perniagaan warung di kampung.

Berapa sen sangatlah pendapatan atok nenek ditambah lagi mereka terpaksa menanggung pak cik Maya dan dua orang anak lelakinya, yakni adik kepada arwah ayahnya, yang menumpang di rumah atok dan nenek selepas kematian mak cik akibat penyakit kencing manis.

Maya terpaksa melupakan alam persekolahan lantaran kesusahan yang dialami dan enggan menyusahkan atok nenek. Maya memberi laluan kepada dua orang sepupunya untuk bersekolah dan membantu atok dan nenek berniaga di warung kopi yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu demi kelangsungan hidup.

Keluhan dilepaskan. Mengingatkan atok dan nenek cukup membuat rindu yang tersarat mencengkam jiwa. Maya cukup kasihan bila mengingatkan atok dan nenek yang terpaksa bekerja keras demi membela nasib pak cik dan anak-anaknya yang hidup bagaikan biawak hidup.

Pak cik Samad, lelaki berusia empat puluh sembilan tahun ketika menumpang di rumah atok nenek, seorang sihat dan bertubuh sederhana. Hidup pak cik berubah seratus peratus bila isteri kesayangannya, Maimunah, meninggal dunia akibat penyakit kencing manis dan sekaligus membuatkan pak cik kehilangan mata pencarian.

Sejak berkahwin dengan arwah mak cik, pak cik membantu isterinya berniaga di kedai makan mereka yang terletak di hujung kampung. Perniagaan pak cik dan mak cik maju sehinggalah pak cik mula bermain cinta dengan salah seorang pekerja di kedai makan mak cik sehingga mak cik terpaksa memberhentikan pekerjanya yang berbangsa Indonesia.

Pak cik diberi amaran agar tidak bertemu lagi dengan pekerja mak cik atau mak cik akan menghalau pak cik. Ternyata kedegilan pak cik memakan diri apabila kegiatan jahat pak cik dapat dihidu dan akhirnya mak cik terpaksa mengadu pada jabatan agama islam dan membuatkan pak cik ditangkap berkhalwat di rumah wanita itu.

Bermulalah episod pak cik dihalau dari rumah kelaminnya dan terpaksa duduk merempat di rumah atok dan nenek. Malah, anak-anak lelaki pak cik turut menumpang disitu selepas mak cik meninggal dunia. Bertambahlah bebanan atok dan nenek yang terpaksa menampung kehidupan pak cik dan anak-anak. Apatah lagi, keengganan pak cik mencari kerja dan membantu atok dan nenek mencari rezeki menyukarkan lagi keadaan.

Melihat keadaan atok dan nenek, membuatkan Maya mengambil keputusan untuk berhenti dari alam persekolahan walaupun ditentang hebat oleh guru-guru di sekolah. Malah atok dan nenek turut membantah keputusan Maya. Tapi, Maya tetap dengan keputusannya. Bagi Maya, cukuplah atok dan nenek tampung kehidupan dan makan minum Maya. Maya tak mahu menyusahkan nenek dan atok lagi.

"Ampunkan aku, Ya Allah..." Ucap Maya di dalam doa sebelum melelapkan mata. Gambar atok dan nenek sempat direnung sekilas bagi menghilang rasa rindu pada kedua mereka yang jauh dari Maya.

*********************

"Maya?"

"Sorry, siapa ni?"

"Hai, Maya..."

"Err, hai. Tapi, siapa ni? Macamana you tahu nombor I?"

"Sabar, sayang. Relaks..."

"No! I tak boleh relaks bila orang yang I tak kenal, tiba-tiba call I. I tak fikir I kenal you..."

"Ya, sayang. You tak kenal I. Tapi, I kenal you, Maya."

"Sorry, I nak letak phone..."

"Maya, nanti!" Terhenti jari Maya dari menekan ikon merah bagi mematikan talian.

"Apa lagi yang you nak?"

"Maya, please. Bagi I peluang. I nak kenal you dengan lebih dekat."

"Sorry. I tak kenal you..."

"Tapi, I kenal you, Maya. I dah jatuh cinta pada you, Maya. I tulus, ikhlas Maya..."

"Oh please. Jangan sebarangan cakap pasal cinta kat I. I tak sesuai untuk you. I'm sorry."

"Maya, wait!" Maya terlebih dahulu mematikan talian telefon.

"Siapa pulak yang call aku ni? Mana dia dapat nombor telefon aku? Ni, nombor personal aku. Ah! Pedulikanlah..." Omel Maya sendiri.

"Apa yang kau bebelkan tu, Maya?"

"Ni, hah. Entah siapa call cakap dia kenal aku. Dia dah jatuh cinta kat aku."

"Wow!"

"Takde maknanya nak wow bagai. Aku kenal dia pun tidak. Tiba-tiba cakap dah jatuh cinta kat aku. Giler ke!"

"Dia gilerkan kaulah tu..."

"Ah, mengarut. Tapi, yang peliknya, dia call aku guna nombor personal aku. Nombor tu takde siapa yang tahu melainkan kau..." Maya memincingkan mata ke arah Mona.

"Ala, kau ni. Janganlah pandang aku macam tu. Sumpah! Aku tak bagi sesiapa pun."

"Kalau macam tu, dari mana dia dapat nombor personal ni?"

"Mana aku tahu? Demi Allah, doh. Aku tak pernah bagi nombor kau kat sesiapa pun walaupun dorang mintak, tau..."

"Takpelah. Aku bukan nak marah kau pun. Tapi, tak sukalah bila call, cakap sukakan aku, cintakan aku. Giler. Aku kenal pun tidak..."

"Dahlah. Lupakan je. Kau ingat benda tu, buat sakit kepala je..."

"Hurm... Aku laparlah. Jom makan kat kedai mak..."

"Kedai mak?"

"Ala, warung makan Mak Ayu, mak si Alim..."

"Lar... Aku ingat kedai manalah tadi. Aku memang nak ajak kau makan kat sana pun. Aku malas nak masaklah. Barang mentah pun takde. Jomlah."

"Kalau macam tu, esok kita cari bahan mentah. Malam ni kita makan kat kedai mak dulu."

"Kau macam seronok je nak ke kedai makkan?"

"Apa pulak tak seronoknya? Macam biasalah. Lagipun, kita dah tujuh tahun dengan Mak Ayu. Tekak aku dah sebati dengan masakan Mak Ayu. Sebab tu, aku ajak kau ke sana."

"Yelah. Aku tahu. Statement kau sama jekan dari dulu..."

"Dah tu, kau nak aku cakap apa? Lainlah kau..."

"Eh, apa pulak aku?"

"Yelah. Kotlah kau nak ke sana sebab nak skodeng duda..."

"Hahaha... Itu kau, bukan aku. Aku dah cakapkan, sebolehnya aku tak nak dengan duda-duda ni. Aku memang tak nak. Lainlah kau..."

"Dah aku pulak..."

"Ah, sudahlah. Aku lapar. Kang aku telan kau kat sini..."

"Hihihi... Jomlah..."

"Assalammualaikum, mak..."

"Eh, waalaikumussalam. Ya Allah, Maya, Mona. Mak ingat siapalah tadi. Duduk nak. Duduk..."

"Ya, mak. Mak seorang?"

"Ada Alim dengan Arman..." Mona dan Maya mengerutkan dahi.

"Allah, mak lupa. Arman tu, abang si Alim. Anak sulung mak..."

"Oh..."

"Maya, Mona nak makan apa?"

"Err, Maya nak nasi goreng ayam ngan limau ais, satu."

"Mona?"

"Mona nak nasi goreng kampung, teh o ais satu."

"Yelah. Sekejap ya. Mak masakkan."

"Terima kasih, mak..."

"Sama-sama..."

"Mak nak buat apa?"

"Nak masak untuk anak angkat mak tu."

"Anak angkat?"

"Ha'ah. Dah lama dorang tu dengan mak."

"Mana satu?"

"Tu yang kat depan tu. Dua orang perempuan yang pakai skirt labuh tu. Sorang tu Maya, seorang lagi Mona..."

"Hurm... Mehlah, Man masak. Mak rehatlah."

"Boleh ke Man?"

"In shaa Allah, mak..."

"Nasi goreng jangan pedas sangat ya..."

"Ya, mak... Mak buatkan air untuk dorang. Man masak nasi goreng."

"Yelah..."

"Mona, Maya, minum dulu. Sekejap lagi Arman hantarkan nasi goreng."

"Ya, mak. Terima kasih."

"Mak, duduklah dulu."

"Mak memang nak duduk pun. Rasa penat pulak hari ni."

"Duduk, mak. Rehat sekejap."

"Yelah." Mak Ayu melabuhkan punggung di kerusi plastik bersebelahan Maya.

"Mak nampak penat sangat."

"Biasalah, Maya. Tak bekerja, tak berasap dapur mak..."

"Err, mak..."

"Hah, dah sampai pun nasi goreng Maya ngan Mona. Terima kasih, Arman..." Arman angguk kepala sebelum berlalu.

"Terima kasih hantarkan nasi kami." Ujar Maya sebelum Arman meninggalkan mereka bertiga.

"Tu, anak sulung mak. Duda. Baru kehilangan isteri dan anak dalam kandungan."

"Alim ada cakap hari tu. Kesian Mona tengok."

"Nak buat macamana. Dah takdir tuhan."

"Yelah, mak. Setiap orang, ujiannya tak sama."

"Betul tu, Mona. Allah uji sebab Dia sayang. Dia tahu tahap kemampuan hambaNya..."

"Apa perasaan dia sekarang ya, mak?"

"Alhamdulillah. Mula-mula tu memang berat. Mak risau tengok keadaan anak mak tu. Tapi, sekarang, alhamdulillah. Dia dah dapat terima takdir Allah..."

"Alhamdulillah." Maya memerhatikan langkah Arman sehingga hilang dari pandangan.

Another free reading chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience