"Mak, jemput..." Maya menyua sudu yang berisi nasi goreng ke mulut Mak Ayu.
"Eh, Maya makanlah. Mak makan nanti kat belakang."
"Kalau mak sayangkan Maya, mak makan yang Maya suapkan ni..."
"Tapi..." Maya meletakkan sudu yang berisi nasi goreng di tepi pinggan.
"Maya takde mak sejak Maya sekolah rendah. Maya rindu sangat nak rasa pelukan, belaian seorang ibu. Bila Maya dapat berkenalan dengan mak, Maya rasa terharu sangat. Seolah-olah Maya dapat bertemu semula dengan arwah mak Maya." Ada mutiara jernih membasahi wajah mulus Maya.
"Maya rindu dengan arwah mak dan ayah Maya..." Esakan kecil mula kedengaran. Mona sendiri sebak dengan pengakuan Maya.
"Sudah tu. Tak payah nak menangis bagai. Mak ada kat sini. Ya, mak makan. Takmu menangis..." Mak Ayu mengesat air mata Maya yang mengalir diwajah mulusnya. Mak Ayu menarik sudu dipegangan tangan Maya lalu disuakan ke mulutnya sendiri.
"Mak makan ni. Sudah tu. Nanti mak pulak yang menangis." Ujar Mak Ayu sambil mengusap air mata Maya yang masih bersisa.
"Terima kasih, mak. Terima kasih izinkan Maya dan Mona menumpang kasih mak. Kami terhutang budi pada mak..." Rintih Maya dengan air mata yang masih mengalir lesu di wajah mulusnya.
"Kau ni, sudahlah. Habis make-up aku, tau..." Seloroh Mona cuba mengubah suasana. Bimbang Mak Ayu akan turut sama berduka.
"Ish, kau ni. Make-up kau yang kau hebohkan..."
"Sudah tu. Makan dulu. Tadi menangis, ni asyik tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Sejuk tak sedap nasi goreng tu nanti..."
"Hihihi... Sorry, mak..." Dari celahan, Arman tersenyum melihat gelagat kedua-dua gadis itu melayan ibunya. Mata Arman tertumpu pada Maya. Bukan kerana kejelitaan yang Maya miliki. Tetapi, keperibadian Maya.
"Intai siapa?"
"Takde siapa." Arman terus mengalihkan pandangannya bila ditegur Alim.
"Abang Man pandang Kak Mayakan?"
"Mana ada..."
"Eleh. Alim tahulah. Kak Maya tu cantik, baik hati. Walaupun, Kak Mona tu pun cantik dan baik macam Kak Maya, Alim tetap pilih Kak Maya."
"Kenapa?"
"Entahlah. Tapi, ada sesuatu yang menarik perhatian Alim sejak berkenalan dengan Kak Maya."
"Contohnya..."
"Err, Kak Maya tu lebih concern, lebih prihatan. Dia macam tahu kita ni ada masalah. Kak Maya sangat menjaga hati orang yang dia kenal. Macam mak dan Alim. Kami dah kenal lama... Kami macam keluarga. Cara layanan Kak Maya tu berbeza sangat. Kekadang, Alim rasa, Kak Maya tu keluarga kita bukannya kenalan."
"Kak Mona..."
"Kak Mona lebih kurang je dengan Kak Maya. Tapi, macam yang Alim cakap, Kak Maya ni ada tarikan dia tersendiri. Alim lebih sayang Kak Maya tu..."
"Amboi..."
"Alim cakap benda betul. Kalau Abang Man kahwin dengan Kak Maya, Alim orang pertama yang akan buat sujud syukur."
"Mengarut je Alim ni..." Ujar Arman sebelum berlalu. Namun, jauh di sudut hati Arman, ada degupan yang membuatkan Arman rasa rindu pada empunya diri bernama Maya. Bagaikan ada sesuatu yang membuatkan Arman tersenyum bila nama Maya disebut. Alim tersengeh-sengeh melihat gelagat Arman bagaikan orang sewel tersenyum simpul seorang diri.
********************
"Lepaslah, Raz! You ni kenapa? Lepaskan I!"
"Kenapa you jual mahal sangat dengan I, Maya?"
"Eh! You yang buang I. You buang I sebab Shasha..."
"Shasha? Ah! Pedulikan dia. Dia tak mampu bahagiakan I, Maya. I need you, Maya..."
"Ah!" Tangan Maya direntap kasar dari cengkaman Ku Raz a.k.a Tengku Razman.
"I mampu, Maya. I mampu nak miliki you dan Shasha." Maya jongketkan keningnya.
"Jangan mengarut, Raz. Mona, you nak letak mana?"
"Mo...Mona?"
"You ingat I tak tahu yang you sukakan Mona? You lafazkan kata sayang, cinta, rindu kat Mona. Sekarang ni, you nak I pulak. Buat apa?" Ku Raz menggosok tengkuk yang tidak gatal.
"You dah buang I sebab Shasha. Jangan disebabkan you, I dengan Mona bergaduh. I hormatkan Mona. I dah anggap Mona macam keluarga I sendiri. So, jaga Mona baik-baik."
"Tapi, I sayangkan you, Maya."
"Hah! Pergi jahanam dengan sayang you. I tak fikir dengan Shasha dan Mona je yang jadi mangsa you. Tentu ada lagi ramai kat luar sanakan, Tengku Razman Raffi?"
"Maya, dorang tak sama dengan you, Maya. I tak bahagia dengan Shasha. I tak mampu lupakan you..."
"Bullshit! Dah berbulan-bulan you tinggalkan I, baru hari ni you cakap you tak bahagia dan tak mampu lupakan I?" Ku Raz angguk laju.
"Persetanlah dengan you punya tak bahagia. I lebih rela hadap lelaki lain dari lelaki kejam macam you." Ujar Maya sambil menggosok pergelangan tangannya yang merah akibat cengkaman kuat Tengku Razman.
"Maya, apa yang berlaku?"
"Ni! Jantan bengong ni. Dia nak aku kembali pada dia..."
"Raz?"
"I..."
"I, apa? Cakaplah yang you tak bahagia dengan Mona..."
"Raz? Apa yang Maya cakap ni?"
"Tak. I tak cakap macam tu. I hanya cakap I tak bahagia dengan Shasha. Bukan dengan you..."
"Jadi, kenapa you nak I kembali pada you? Cakaplah. Biar Mona dengar sendiri. I tak nak Mona fikir I yang terhegeh-hegeh nak kembali pada you."
"I'm sorry, Maya. I tak bermaksud macam tu. Mona, I sayangkan you. I tak sengaja nak cakap macam tu pada Maya. I tahu you dengan Maya kawan baik."
"Next time, jaga pertuturan you. I tak nak sebab you, I dengan Mona berbalah. Mona, aku blah dulu."
"Maya, kau nak ke mana?"
"Jangan risaukan aku. Tahulah aku nak jaga diri aku sendiri. Aku chow..."
"Maya!" Maya terus berlalu.
"Apa yang you dah buat, Raz?"
"I'm really sorry, Mona. I takde niat pun. I tak sengaja..." Ujar Tengku Razman. Mona melepaskan keluhan sambil mata masih tidak dikalihkan dari memandang Maya yang melangkah laju.
"Jauh mengelamun..."
"Eh, you. Taklah. Saja nak lepaskan lelah. I suka tengok pantai. Rasa tenang dan damai. Lagi-lagi waktu malam. Bunyi ombak tu menenangkan I."
"I perasan, you akan ke sini kalau you cari nak ketenangan."
"Mana you tahu I cari ketenangan?"
"Maya, I bukan baru hari ni kenal you, Maya. Sejak dari kali pertama you jejakkan kaki ke tepi pantai ni, I dapat rasakan sesuatu tentang you."
"Hahaha. You ni macam ahli nujumlah..."
"Well, I ni bukan sesiapa pun. Tapi, kalau nak berkongsi cerita, in shaa Allah, I okey je..."
"Thanks a lot, Zill. Sejujurnya, I senang berkawan dengan you. Tapi, untuk bercerita tentang masalah I, tak semudah itu..."
"Kenapa? You masih sangsi dengan I? Tak percayakan I?"
"Ini bukan soal sangsi. Tapi, diri I sendiri. I susah nak percayakan orang. Apa yang I lalui sebelum ini, cukup memeritkan. Sebab tu, I terlalu berhati-hati nak meluahkan sesuatu."
"Jadi, dengan I pun you susah nak luahkan?"
"Sejujurnya, ya. I minta maaf. In shaa Allah, mana tahu sauatu hari nanti, terbuka pintu hati I, I akan cari you untuk I luahkan ya..."
"Promise?"
"Promise. Eh, you takde order ke?"
"Takpe, kawan I ada. Dia ganti I masak."
"Curi tulang eh?"
"Takde istilah curi tulang, sayang oi. I take five ja..." Maya melorek senyuman.
"Zill, I tanya sikit, boleh tak?"
"Nak tanya banyak pun boleh, Maya. Tanyalah. Kalau I boleh jawab, I jawab..."
"Err, you ada ijazah dalam kejuruteraan. Kenapa you pilih berniaga makanan?"
"Hurm... I dapat apa kalau I jawab soalan you?"
"You sengaja nak ambil kesempatankan?"
"Ala, relakslah. I usik je. Sebenarnya, I dulu memang kerja dengan sebuah company yang berkaitan dengan bidang yang I belajar. Tapi, I takde kepuasan. Lepas kes covid dulu, ramai diberhentikan kerja sebab company tak mampu nak tanggung kerugian dan I salah seorang dari mereka." Nafas digali dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.
"I okey lagi sebab masih ada duit simpanan. Ada kawan-kawan I yang lain, yang alami kesempitan hidup. I ni, sebatang kara. Ada kat kampung pun, pak cik mak cik je. Kehidupan dorang alhamdulillah. Jadi, I bantu kekawan I yang mana memerlukan."
"Sampai satu tahap, I terfikir I nak berniaga makanan dan dalam masa yang sama I dapat bantu mereka yang ada masalah kewangan untuk makan. Sebab tu, I akan sediakan satu bekas untuk mereka yang nakkan nasi dan lauk percuma. Yang penting, dorang tak menipu. Kena jujur."
"Baiknya, you..."
"I tak baik mana, Maya. I pernah rasa susah. Sebab tu, bila tengok orang lain susah, I tak sampai hati."
"Tapi, you tak rugi ke tak nak bekerja?"
"Berbanding berniaga sendiri dan bekerja, I prefer bekerja sendiri. I tak suka diarah sebenarnya. I nakkan kepuasan diri sendiri. Bekerja dengan orang dengan bekerja sendiri, sama je cabarannya. Tapi, I cabar diri I. Sebab I nak berjaya sendiri tanpa lupakan kewajipan I pada Yang Esa." Ujar Zill jujur.
"Ada masanya, bila terlalu sibuk dengan kerja, kita lupa pada Yang Satu. Nak solat pun kena sekat. Jadi, bila bekerja sendiri, kita boleh manage masa kita sendiri. Bila nak cuti, bila nak rehat. Yang penting, waktu solat tu tidak terganggu." Maya tersenyum mendengar bebelan Zill yang sudah dia kenali sejak enam tahun lalu.
"You tersengeh-sengeh kenapa?" Maya masih tersenyum sambil memandang ke arah Zill.
"Maya?"
"Ish, you ni. Garang betullah..."
"You ni, tersengeh sorang-sorang. I tanya, you tak nak jawab. You kenapa?"
"Hihihi... I suka dengar you bila berbicara, Zill."
"Hai, I bercakap pun, you suka?"
"Yap! I suka dengar bila you berbicara. Maksud I, berbicara soal pengalaman hidup. I gemar dengar pengalaman hidup orang..."
"Mengarut je you ni..."
"Yelah. Betul apa I cakap. You macam pakar motivasi."
"Yelah tu. Sukakan usik I..."
"I cakap betullah. I suka dengan you bercakap. Sambunglah lagi." Zill jongketkan kening.
"Dahlah. I surrenderlah..."
"Ala, Zill. Janganlah macam tu. I bukannya selalu datang sini. Kalau I betul-betul free, baru I datang sini..."
"You, bukannya jauh pun Kuala Lumpur ke Port Dickson ni. Tak sampai empat puluh lima minit pun. Silap haribulan, dengan cara pemanduan you yang macam kat litar lumba tu, confirm setengah jam you dah sampai sini..."
"Hihihi... You ni, macam tahu-tahu je..."
"Maya, kita dah kenal hampir enam tahun tau. Bukan enam bulan tau... Kalau orang kahwin, dah ada tiga orang anak dah..."
"You ni, janganlah cakap macam tu. You tahukan I macamana?"
"Yelah. I minta maaf. I nak gurau je..."
"Nasib baik you pujuk cepat..."
"Hai..." Suara seseorang menyapa pendengaran Maya. Maya dan Zill menoleh.
"Sorry, you tegur I ke?"
"Yap! I, Mikha..." Tangan dihulurkan ke arah Maya sebelum disambut Maya.
"I, Maya..."
"You dengan brother ni ke?"
"Eh, tak. Kami kawan baik..." Jawab Zill bagi pihak Maya.
"Oh, I see. Emm, boleh I pinjam Cik Maya sekejap?"
"Sure. Maya, I nak masak. Nanti apa-apa, roger I kat kedai."
"Okey. Thanks, Zill." Zill melorek senyuman sebelum berlalu. Dalam hati terselit sedikit rasa cemburu melihat Maya disapa lelaki yang jauh lebih hebat dari dirinya. Sebaik tiba di warung makannya, Zill sempat menoleh ke belakang. Semakin membengkak hati melihat lelaki tadi berbual sambil bergelak ketawa.
'Maya bukan untuk kau, Zill...' Gumam Zill sebelum menyambung tugasnya memasak.
"Berani you tegur I?"
"Well, I, gentleman."
"So, apa yang buatkan you berani nak tegur I?"
"I tertarik dengan you. I rasa I dah nampak you dua tiga kali kat sini. That's why, I beranikan diri untuk tegur you..." Berkerut dahi Maya.
"Dua, tiga kali?"
"Yap..."
"First time I nampak you, you dengan brother tadi..."
"Zill..."
"Sorry?"
"Nama kawan I tadi tu, Zill. Zill Zafran..."
"Oh. Okey, okey. I selalu nampak you dengan Zill. I sekadar nak say hi. Kot-kotlah, nasib I baik dapat kenal dengan you..."
"Hahaha. You ni kelakarlah. I memang selalu ke sini. Saja nak release tension."
"You orang sini?"
"Tak. I orang selatan. Cari rezeki di negeri orang."
"Takpe. Rezeki tu ada di mana-mana sahaja. Yang penting, usaha..."
"You? You orang sini?"
"Tak. I orang Penang..."
"Kerja kat sini?"
"Emm, I bantu papa I uruskan hotel kat sini?"
"Uruskan? Meaning, you owner hotel kat Port Dickson ni?"
"Lebih kurang macam tu. Tapi, I hanya bantu je. Bukan pemilik. Papa I pemilik hotel."
"Samalah tu. By the way, apa yang buat you tiba-tiba berani nak tegur I?"
"Well, I tertarik dengan you."
"Tertarik? Dari segi apa? Apa yang buat you tertarik kat I?" Mikha melorek senyuman.
Okey guys, last chapter for free reading. Bab seterusnya sehingga tamat, akan dilock. Maaf ya... enjoy reading kesayangan
Share this novel
terbaik
mantap