BAB 3.

Romance Series 64514

REN ZENDRIK memang ingat sebab itulah dia terjerat. Dan sekarang ini, mahu atau tidak dia harus menemui Sofie langsung menandatangani tanpa banyak bicara lagi.

"Turun sekaranglah darling..." Datin Frisya masih lagi degil dengan rayuannya.

"Kejap, I actually tengah discussing dengan boss I. Can you wait for a couple of minute tak? You pun bukannya ada kerja kan? Seminar tu nanti pun ikut Dato'," sahut Ren Zendrik.

"Hmm...yelah. But cepat sikitlah. I already miss you tau," sahut Datin Frisya sedikit berubah suara bila terkena sindiran itu.

'Ikutkan hati I ni. Nak je... I naik and hug you. You ingat, I suka ke berjauhan dengan you. I terpaksa okay ikut Dato' nama pun hubby.' Gumam Datin Frisya agak sebal bila lelaki pujaan tak pernah mahu memahami.

Ren Zendrik menyimpan kembali telefon ke dalam poket sisi seluar baggy banyak koceknya itu sambil berjalan semula ke meja Sofie sedang duduk.

"Hah, sudah?" Sofie bertanya sewaktu pemuda kacak itu duduk semula. Ren Zendrik hanya tersenyum.

"So, bagaimana dengan deal tadi? Agree or not? Hope sangat you jadi joint , Ren. You the most talented upcomer male model I ever see," ujar Sofie dengan jujur sebagai mereka yang berpengalaman di bidang peragaan.

"Ya, I agree. So, about the schedule nanti you roger pada I awal sedikit because I pun ada timetable I jugak kak..." Sahut Ren Zendrik seraya mengambil pen lalu menandatangani kertas empat helai bercetak tulisan komputer itu.

Sofie merasa lega. Kini dua orang model harapannya Kyla, model perempuan yang sudah lama mencipta nama di persada pentas peragaan bersama dengan Ren Zendrik, model lelaki terbaru harapan agensi.

Setelah menandatangani perjanjian, Ren Zendrik meminta diri dari Sofie dengan menyatakan panggilan tadi ada hal kecemasan.

"Okay lah. Akak pun nak ke bilik mekap kejap ni. Okay lah, apa-apa nanti akak roger. Untung tau Ren jadi model untuk Spleandour Empire tu. Ceo dia bukan kaleng-kaleng. Nampakkan berapa payment cadangan yang tercetak tu?"

Ren Zendrik yang tersenyum, hanya mengangguk sambil bangun. Dia meminta diri dari wanita cantik itu sebelum melangkah pantas ke arah pintu keluar pabila telefon di dalam poket, kembali bergetar dek panggilan Datin Frisya.

"Lajunya where are you going?" Soal salah-seorang rakan model bila berselisih. Ren Zendrik yang tersenyum seraya menunjuk ke arah kereta.

Si rakan terangguk-angguk bila dia terlihat susuk tubuh wanita anggun berkacamata itu. Dia tahu sangat Datin Frisya.

'Jadi juga you dengan dia, ya Ren? Tak takut Dato' tangkap ke?' Getusnya di dalam hati.

Dia bukannya tak biasa dengan fenomena seperti Ren Zendrik dan Datin Frisya. Nak-nak lagi, yang mempunyai rupa paras yang menarik serta aura pesona yang mengancam.

"Honey..." Laju Datin Frisya menapak. Ren Zendrik terkejut menerima pelukan tersebut di depan bangunan agensinya. Matanya agak liar takut-takut ada yang nampak, jadi viral pula.

Haruman Dior Addict mencumbui sistem pernafasan pemuda tinggi lampai itu ketika masih berada di dalam pelukan dan menerima kucupan di pipi.

"Come we go tea time kat one kafe ni. Actually kawan honey, B. Baru sebulan bukak..." Ajak Datin Frisya sambil merangkul lengan berbisep Ren Zendrik menuju ke arah kereta Peugeot 3008 berwarna merah metalik.

Berdetak-detak sepatu tumit tinggi Christian Loubutin yang dipakai oleh wanita golongan atasan itu kala menuruni tiga anak tangga simen untuk sampai ke aspal jalanan.

Bau haruman berjenama mewah itu masih lagi bergentayangan di lokasi mereka sedang berada. Terbuka saja pintu, pasangan itu pun naik untuk ke destinasi yang di idamkan.

Pemandu peribadi kepada Datin Frisya memang sudah terbiasa dengan sikap manja wanita cantik itu dengan Ren Zendrik.

Dia juga sudah menerima bayaran 'tutup mulut' agar tidak membocorkan rahsia hubungannya dengan model kacak di sebelahnya itu.

"Rindulah dekat you. You tak rindukan I ke, B. Why you diam je ni. Hmm..." Tegur Datin Frisya yang mendongak dari atas bahu kiri Ren Zendrik sambil jari telunjuknya, pula mencuit-cuit bawah dagu pemuda berambut terikat sanggul ala-ala wolf cut itu.

"Nothing, honey. B penat sikit sebab tadi terpaksa repeat shoot untuk iklan syampu tu..." Jawab Ren Zendrik.

"B... bila you nak bermalam dengan I? Kita dah lama bersama. Tapi sekali pun you tak tidur dengan I. Tak seksi ke I. Hmm, darling?" Datin Frisya berbisik pada anak ikannya itu.

Manalah dia tak hairan sedangkan jikalau wanita lain pasti akan dibelai manja oleh 'toy boy' mereka. Ren Zendrik ni terbalik pula.

Bukanlah dia berkira pada bayaran yang dia ikhlas bagi tapi dia dahagakan belaian lelaki. Dato' Tajul selalu sangat sibuknya. Dia jemu hadap malam-malam sepinya itu.

Ren Zendrik tertelan air liur. Dia lelaki bila seringkali di goda dengan bisikan-bisikan sebegitu. Dia yakin, pasti terjatuh juga dalam dakapan perempuan.

"Betul you nak kita bermalam? Tapi I ada satu permintaan. I harap you boleh bantu I..." Bisik Ren Zendrik pula di tepi telinga Datin Frisya sambil matanya pula merenung cermin.

Pemandu peribadi yang curi-curi dengar itu pula, cepat-cepat menunduk dan memusatkan pandangan ke arah jalan.

"Apa dia sayang? Hmm..." Datin Frisya semakin bersuara manja bila mendapat persetujuan model kacak itu. Jari-jemarinya pula kian nakal dari membelai-belai paha si teruna kini bergerak-gerak pula di buah halkum, Ren Zendrik.

Datin Frisya tersenyum nakal saat anak mata berkanta lekap kelabunya itu, terpanah pada pergerakan turun naik buah yang di beri gelaran 'Adam's apple' itu.

Kemudian pipi itu dikucupnya lagi. Ren Zendrik sudah habis fikir. Dia tidak ada cara lain lagi untuk menyusup masuk ke dunia korporat dan elit.

"Malam nanti I akan beritahu. By the way, di mana pertemuan kita tu nanti?" Bisiknya sekali lagi. Sekali ini, dia pula mengucup pipi Datin Frisya.

Datin Frisya semakin teruja serta tidak sabar-sabar lagi mahu menanti ketibaan malam. Nasiblah ada sang pemandu, jika lah tadi dia yang memandunya.

Sudah pasti, sekarang juga dia mahu menikmati tubuh sasa itu. Dan dia juga mahu pemuda itu juga menikmati keseksian tubuhnya juga.

"I will drive and fetch you, darling. I really want tonight will be enchanted night between us, B... I really want to feel you and you feel me. Hugs you. Kiss your lips, hardly..." Bisik Datin Frisya sengaja merangsang.

Jari nakalnya pula membuat pergerakan turun naik atas paha Ren Zendrik. Ren Zendrik sesekali terpejam matanya juga. Dia mulai terasa sesuatu.

Setelah beberapa minit Datin Frisya menyeksa batinnya. Wanita kenamaan itu kembali rebahkan semula kepalanya di bahu Ren Zendrik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience