Lelaki bernama Junyoung

Mature Content Series 55

❖ Bahagian 1: JiSoo

Ruang tamu itu sunyi walaupun lampu-lampu kristal di siling menyala terang. JiSoo berdiri di tengah ruang dengan dada turun naik. Dia menggenggam sampul surat berisi bukti ugutan — gambar-gambar, pesanan suara, dan emel ancaman.
Tangannya sedikit bergetar. Tapi malam ini dia sudah tidak tahan lagi.

Junyoung baru sahaja pulang, masih berjaket kulit, wajah letih. Namun sebaik melihat wajah adiknya, dia tahu ada yang tidak kena.

“Oppa…” JiSoo bersuara perlahan.

“Apa lagi?” tanya Junyoung pendek, terus menuju ke bar kecil di sudut ruang.

“Orang itu… dia datang lagi. Dia ugut aku semula.”

Langkah Junyoung terhenti. JiSoo membuka sampul dan menghulurkannya.

“Aku dah bayar dia... dua kali. Pertama, tiga bulan lepas. Tapi sekarang dia datang balik. Dia tahu lebih banyak, oppa. Dia tahu... tentang kita.”

Wajah Junyoung berubah. Perlahan, dia mengambil fail itu dan duduk.
Dia meneliti satu persatu gambar — tangkapan dari kamera tersembunyi, emel dengan permintaan jumlah besar. Tangannya mengeras ketika membaca nama pengirim: Seo Changbin.

“Kau bayar?” soalnya perlahan.

“Ya.”

“Tanpa tanya aku?”

JiSoo tunduk. “Aku takut, oppa. Aku tak tahu nak buat apa…”

Sunyi mengisi ruang. Kemudian Junoung bangun — tak berkata sepatah pun. Dia berjalan naik ke tingkat atas, membiarkan JiSoo terpinga-pinga di bawah.

Dia tidak marah dengan teriakan. Tapi sunyi seperti itu… lebih menyakitkan.

---

❖ Bahagian 2: Junyoung & Jungkook

Beberapa jam kemudian, Junyoung berdiri di bilik bawah tanah — ruang peribadinya yang tidak diketahui ramai. Dinding konkrit, lampu malap, dan satu meja kayu besar penuh dengan fail sulit dan alatan elektronik.

Di hujung bilik, Jeon Jungkook sedang menelaah fail yang sama yang diberikan oleh JiSoo tadi.

“Dia bukan main-main,” kata Jungkook perlahan. “Maklumat yang dia ada... sangat dalam. Dan tepat.”

“Dari mana dia dapat semua ini?” tanya Junyoung, matanya tajam.

“Aku dah jalankan carian. Seo Changbin — anak kepada bekas CEO Global TransLogistics. Selepas ayahnya jatuh bankrap, dia lenyap dari radar. Tapi rekod peribadi menunjukkan dia hidup dengan sangat minimal. Sewa murah. Akaun crypto aktif. Banyak transaksi bersifat... kelabu.”

Junyoung menyandar, memejam mata sebentar. “Seseorang bagi dia maklumat ini. Atau... dia memang tahu selok-belok orang macam kita.”

Jungkook mengangguk. “Apa kau nak buat?”

Junyoung tidak menjawab segera. Dia berjalan perlahan ke arah skrin kawalan dan menarik satu fail video dari simpanan kamera pengawasan yang dipasang di beberapa tempat rahsia di kelab malam bawah tanah miliknya. Di sana — wajah Changbin muncul, sedang minum sendirian di sudut gelap. Tidak sedar dia diperhatikan sejak dua minggu lepas.

“Kita tak boleh serang dia sembarangan. Dia bukan jenis yang panik. Dia jenis yang sedia mati bila dipaksa.”

Jungkook senyum tipis. “Jadi?”

“Biar dia fikir dia selamat,” ujar JungYoung akhirnya. “Biar dia datang kepada kita.”

Jungkook menaip sesuatu di laptopnya, matanya bersinar dingin. “Kau nak jemput dia... atau pancing dia?”

Junyoung membalas dengan senyuman sinis. “Kita akan buat dia rasa dijemput. Tapi bila dia sedar, dia dah dalam kandang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience