Sudah berapa hari Izz menjaga Izhad. Tanpa rasa penat. Dia kuatkan hatinya. Menjaga Izhad di malam hari. Badan Izhad yang terdedah di lap dan dibersihkan. Kuku yang panjang dipotong. Rambut yang nampak sikit, tepi balutan luka di kepala. Di sikat kemas. Dibibirnya mengukirkan senyuman. Melihat orang yang dia sayangi, nampak handsome bila didandan.
Dalam asyik Izz, berborak-borak dengan Izhad. Tiba-tiba...
Ada pergerakkan di jari jemari Izhad.
"Abang, bangun. Abang?"
Bila melihat Izhad sudah menunjukkan pergerakkan respon positif. Terus Izz memanggil doktor dan terus dia call abang Izzani. Izz memanjat kesyukuran kehadrat Illahi, kerana di atas keizinan dan kurniaannya Izhad akhirnya sedar.
"Alhamdulilah... Abang dah sedar." Izz mengukirkan senyuman bahagia. Disisi lain. Izhad seperti kebingungan. Memanggil nama yang sangat menyakitkan hatinya. Nama yang sudah memusnahkan kehidupan dia dan Izhad.
Doktor ada bagi tahunya. Keadaan Izhad tidak stabil. Dia mungkin masih dalam kekeliruan mencari identiti.
"Awak siapa?"
Izz sampai terkedu dan tak terkata. Terus jiwa menjadi sedih. Tapi, bila Puan Sri Izlinda datang. Terungkap semuanya. Siapa dia dan Izhad. Air matanya sudah lama bertakung dikelopak mata ditahan daripada mengalir. Akhirnya hangat mengalir dipipinya. Dia perlu kuat. Mungkin ini yang terbaik buat dia dan Izhad. Itu yang terlintas difikirannya. Walaupun Izhad tak mengingati siapa dia. Izz bersyukur tak terhingga. Doanya dikabulkan. Bila dia melihat Izhad sudah sedarkan diri dari koma.
Segala hasratnya untuk melihat Izhad sedar sudah tercapai. Akhirnya dia melangkah keluar daripada bilik Izhad. Setelah di halau Puan Sri Izlinda.
"Aku tak nak tengok, wajah kau ada disamping Had ataupun anak-anak aku lagi. Kau tunggu surat pihak mahkamah syariah. Aku akan proses semuanya secepat mungkin." Kata Puan Sri Izlinda dengan amarah sekali.
Izz keluar diiringi Izzani. Tapi di larang Puan Sri Izlinda untuk menemani Izz. Kebetulan Safran dan Mas datang tepat pada waktunya. Mereka mendengar luahan amarah Puan Sri Izlinda.
Izz berjalan mendekati Puan Sri Izlinda. Meminta izin buat kali terakhir untuk menyentuh tangan mak mentuanya dan memeluk buat kali terakhir. Pada mulanya Puan Sri Izlinda membantah. Kerana dia merasa jijik untuk menyentuh wanita telah memporak perandakan kehidupan anaknya.
Bila Izz berkata dan berjanji. Dia tak akan mengganggu kehidupan Izhad dan keluarganya lagi. Izz juga meminta Puan Sri Izlinda tidak putus persahabatan dengan mamanya disebabkan dirinya.
Setelah mendengar pengakuan ikhlas daripada Izz. Puan Sri Izlinda merelakannya. Puan Sri Izlinda dapat rasa sesuatu yang hangat di hatinya. Tapi, hatinya terlalu kesal dan penuh dengan kebencian.
"Maafkan Izz mama. Jika selama Izz menjadi menantu mama. Izz ada sakitkan hati mama sekeluarga, Izz minta maaf. Tolong halalkan makan minum Izz selama ini."
Perasaan Puan Sri Izlinda tersentuh. Tapi, bila Puan Sri Izlinda teringat balik apa yang menimpa Izhad. Terus Puan Sri Izlinda menjadi dingin dan membenci pada Izz. Tan Sri Omar menasihati Puan Sri Izlinda supaya tak terus menghukum mengikut perasaan. Takut nanti, jatuh fitnah. Dan kita tak sempat meminta maaf pada orang yang kita salah faham itu. Puan Sri Izlinda terdiam. Bila fikirkan balik kata-kata Tan Sri Omar. Ada betulnya. Tapi, hatinya tetap merasa kesal dan benci pada Izz Zulaika.
Keesokan harinya, sebelum Puan Syahkila pulang ke Penang. Syahkila meminta izin Zulfadli untuk berjumpa sahabat baiknya buat kali terakhir. Zulfadli tak tahu, yang Syahkila sudah mendengar perbualan dia dengan Nizam.
"Ada apa? Kau nak jumpa aku!" Kau bukan lagi besan aku, mahupun sahabat baik aku lagi. Angkuh kata-kata Puan Sri Izlinda.
"Mudah sungguh kau percaya pada sekeping gambar dan sanggup kau memutuskan persahabatan kita. Aku tak nak cakap banyak atau mulakan pergaduhan. Aku cuma nak bersihkan nama baik anak aku sahaja. Terpulang kau nak percaya atau tidak."
"Nah, kau lihat sendiri."
"Satu gambar ini, di beri Qistina dan satu lagi, aku ambil dari suami aku. Ada orang yang serahkan gambar original kepada Zulfadli. 'Samakan.' Tapi tak serupa. Aku pernah bagi tahu kau. Anak aku ada tarikh lahir yang unik di bahu dia. Sebab itu, bila anak aku tertukar dengan Qistina. Aku boleh kenal, mana satu anak aku."
"Aku nak tanya kau. Anak kau pernah bertarung nyawa dan memerlukan darah, kan. Darah anak kau unik sama dengan darah kau kan?"
"Macam kau tahu? Had bagi tahu ke?"
Terkedu Puan Sri Izlinda mendengar. Tiada siapa tahu kejadian itu. Kerana dia tak nak mengingati memori pahit itu lagi. Dia hampir saja kehilangan Izhad ketika itu. Puan Sri Izlinda menyesal kerana dia tiada disamping anaknya ketika itu. Nasib baiklah ada hamba Allah. Kebetulan sama jenis darah dengan anaknya. Menghulurkan bantuan. Izhad sangkakan itu Qistina.
"Kalau kau nak tahu. Aku jugak ada darah yang unik sama macam kau. Cuma kau je tak tahu.
Tapi, bukan aku yang derma darah itu.
"Jangan cakap? Orang itu?" Puan Sri Izlinda tergamam.
"Iya... Orang itu anak aku. Izz Zulaika yang kau benci sangat tu. Aku pun, baru tahu. Dia yang mendermakan darah itu buat anak kau."
"Apa!"
"Aku kenal, anak aku Lin." Aku tak nak kau benci dia. Dia sanggup berkorban, demi orang yang dia sayang dan dia sanggup diamkan diri daripada menuntut bela dirinya sendiri. Izz bukan anak yang cepat menyerah kalah.
Kalau dia rasa tak puas hati, dengan sesuatu benda. Dia akan cuba membela diri. Tapi, bila Had lepas dia. Aku boleh nampak dia cuba merelakannya. Aku tahu, hatinya sangat terluka. Bukan kerana dia tak sayang. Dia merasa, semua yang terjadi adalah kesalahan dia diri sendiri. Dia tidak habis-habis menyalahkan dirinya dengan semua yang terjadi. Dia rela orang nampak semua terjadi salah dia. Syahkila merasa sebak bila bercerita tentang anaknya.
Puan Syahkila teringat bila dia berjumpa anaknya semalam tanpa pengetahuan suaminya. Sayu hatinya melihat anaknya kelihatan pucat lesu. Bila dia bertanya kepada anaknya itu.
"Kenapa Izz diam sahaja bila orang lain salahkan dia." Jawapan yang simple.
"Izz redha mama... Izz ikhlas apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah dia mama." Jawab Izz sambil tersenyum. Bila Izz teringat pertama kali dia dapat berita kehamilan. Hadiah yang sangat berharga. Ditinggalkan untuk menemani dirinya.
"Maafkan aku Kila. Aku dah buat silap..."
"Semua orang buat silap. Termasuk aku. Aku juga hampir percaya kata-kata Qistina. Aku pun tak tahu kenapa Qistina berdendam dengan Izz."
"Aha, lagi satu... Aku nak minta tolong dengan kau. Kalau kau sudi tolong lah. Boleh aku jumpa anak sulung kau minta bantuan." Rayu Syahkila.
"Boleh je, Kila... Aku, nak minta maaf pada kau sekeluarga. Terutama Izz."
"Buat masa ini, kita jangan jumpa Izz lagi. Aku nak kau rahsia dahulu. Pasal rahsia ini... Demi keselamatan Izz dan Izhad."
"Aku sanggup buat apa saja Kila. Aku nak tebus semua kesalahan aku pada Izz. Aku menyesal sangat. Apa yang aku dah buat pada Izz. Aku juga risau pasal Had. Dia tak ingat siapa Izz. Dia hanya ingat kisah lampau dia bersama Qistina sahaja."
"Kita sama-sama doakan buat mereka Lin. Supaya mereka bersatu kembali. Dan jauh daripada hasrat dengki dan iris hati." Keduanya membalas pelukan.
Sekeping gambar direnung dan ditatap sepenuh hati. Lalu dibawa ke bidang dadanya. Terubat rindunya. Dikala, dirinya bersendirian. Gambar itu akan di bawa ke bibir. Dicium berulang kali. Di peluk sebagai pengganti. Namun untuk memanggilnya kembali. Begitu berat baginya, untuk melakukannya.
"Maafkan abang sayang..."
"Maaf abang!"
"Rindunya abang pada sayang..." Tanpa di sedari, air mata jantannya menitis. Sudah lama di tahan dan bertahan, daripada gugur berderai. Tapi, tewas jua akhirnya. Rindunya pada Izz tak tertanggung. Dia terlalu rindukan raut wajah Izz Zulaika. Dan ingin sekali dia memeluk tubuh wanita itu.
Sudah seminggu lebih Izz hanya terperap didalam apartment sahaja. Dalam diam tanpa pengetahuan Mas. Izz selalu pergi ke rumah Izhad. Alasan bagi dirinya. Untuk mengemas rumah Izhad takut berdebu dan berhabuk. Tetapi sebenarnya, dia nak lepaskan rindunya tak tertanggung. Banyak kenangan dalam rumah itu. Izz sanggup, diam-diam ke sana. Semata-mata nak pergi rumah bekas suaminya. Izz tahu. Dirinya masih dalam iddah dan Izhad masih lagi di hospital. Dengan bantuan Safran, sepupu Izhad yang sentiasa menjadi mata-mata dia. Setiap kali dia ingin tahu perkembangan bekas suaminya itu.
"Rindunya Izz pada abang..." Sehelai baju dipeluk dan dicium sepuas hati. Terubat rindunya menggunung.
Kerana terlalu rindu, Izhad. Izz sanggup tidak mencuci baju Izhad. Izz simpan buat hilang rindunya. Sampai dia sanggup bawa balik baju Izhad.
Sejak dia tahu dirinya hamil. Baju Izhad. Menjadi ubat rindu bagi dirinya. Untuk melepaskan rindu dan peneman setia setiap kali dia nak tidur.
Sambil Izz mengemas rumah Izhad. Izz teringat perbualan dia dan ayahnya dalam telefon. Berberapa hari selepas kejadian.
"Papa harap, Izz dapat pertimbangkan permintaan papa. Papa akan sediakan semua keperluan Izz. Nizam akan jaga Izz disana. Dia masih sayangkan Izz dan mencintai Izz. Sudah tiba masanya Izz kena dengar kata-kata papa pula.
Sambil mendengar bicara papanya. Nafasnya ditarik sedalam-dalam dan menghembus nafas dengan perlahan.
"Please Izz..." Papa lakukan ini. Demi keselamatan dan kebahagian Izz. Lupakan apa yang sudah terjadi. Lupakan Had. Dia pun, tidak ingat siapa Izz. Kalau dia cintakan Izz. Dia tidak ceraikan anak papa.
Izz hanya diam dan membisu. Izz tak tahu, nak cakap apa? Bila papanya, memaksa dan mendesak dia pergi jauh daripada Izhad. Izz tak sanggup nak berjauhan daripada Izhad. Walaupun Izhad tidak mengingatinya lagi. Dia berharap sangat. Dapat melihat Izhad dari jauh. Itu sudah cukup buat dirinya. Untuk mengubati rasa rindunya menggunung tinggi.
"Papa tahukan. Izz, masih dalam iddah lagi." Izz cuba tidak melawan kata-kata papanya.
"Papa tahu... Tapi, lepas iddah. Izz tinggalkan Malaysia yek. Macam mana?" Zulfadli tidak putus asa cuba memujuk hati anaknya itu pergi jauh dan mencari kebahagian bersama insan lain.
Nafas Izz ditarik dalam-dalam dan dihembus deras.
"Papa, bagi Izz masa untuk berfikir." Lembut Izz berbicara.
"Kalau macam tu. Izz duduklah dengan papa sampai habis iddah. Sekurangnya, keselamatan Izz terjamin."
"Izz, faham. Papa risaukan keselamatan Izz. Please papa... Bagi Izz uruskan masalah ini sendiri."
Zulfadli pula yang mengeluh dalam talian.
"Baiklah Izz. Papa tak nak paksa Izz lagi. Tapi, Izz jangan ambil masa lama yek untuk berfikir. Papa tahu anak papa dianiaya dan difitnah. Nizam dah bagi tahu semuanya pada papa."
"Nizam, tahu?"
"Macam mana dia tahu? Papa ada bagi tahu dia ke?"
"Tak Izz... Dia yang bagi tahu papa, hal yang sebenarnya." Kalau tidak? Sampai bila-bila papa masih lagi salah faham dekat anak papa ni. Papa tak nak Izz stress fikirkan pasal masalah ini. Yang penting. Papa tahu, anak papa tidak bersalah.
"Terima kasih papa. Masih percayakan Izz lagi."
Izz cepat-cepat matikan ayat dan talian. Izz takut, dia tak sanggup menolak permintaan papanya itu. Kalau dia terus bercakap dengan papanya lagi.
Pasal dia hamil. Izz saja sembunyikan lagi.
Walaupun Mas dan papanya menyuruhnya pergi jauh dari situ. Izz tetap dengan keputusan yang dia ambil. Dia tidak kisah, kalau berdepan dengan Qistina lagi.
Dia teringat kata mamanya sebelum balik ke Penang.
"Mama tahu, Izz tak bersalah. Had jugak tak bersalah. Mama nak, Izz kuat yek sayang. Jangan dengar kata orang lain. Jangan sesekali melarikan diri dari masalah. Ikut kata hati Izz. Mama percaya, anak mama ini kuat."
Mamanya memberikan kata-kata semangat kepadanya. Supaya dia tidak terus mengalah. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Itu yang dia rasa.
Telefon Zulfadli berdering. Panggilan daripada Nizam. Setelah seminggu menunggu.
Nizam tidak sabar nak tahu. Apa keputusan Izz. Nizam penuh yakin. Izz pasti akan setuju untuk pergi jauh dari orang yang telah menyakiti hatinya. Dia memahami sikap perangai Izz. Kalau dia sudah kecewa. Dia tak akan kembali dan terima orang itu lagi. Tambah pula orang yang sangat dia cintai telah melukai hatinya.
"Hello, Asalamuaikum uncle. Macam mana? Uncle dah tanya Izz? Apa jawapan Izz?"
"Sabar yek Nizam. Kita bagi Izz masa. Bila sudah tamat iddah. Uncle akan tanya dia lagi."
"Sangkaan Nizam salah. Naluri Izz, tidak berganjak. Walaupun dia kecewa dan patah hati."
Sejak peristiwa menimpa Izz. Nizam tidak dapat jejak dimana Izz berada. Dia cuba mencari di sekitar kawasan rumah Izz. Cuba bertanya orang disekeliling Izz. Namun, tiada bayangan susuk tubuh wanita itu berada.
Sudah dekat dua minggu lebih, Izhad dirawat dirumah sakit. Akhirnya dia diizinkan pulang. Kereta Izhad masih di kawasan perumahan Tan Sri Omar. Izzani perasan dengan kelakuan pelik adiknya itu. Sedikit pendiam, sejak akhir-akhir ini. Mungkin disebabkan kehilangan banyak memori penting dalam hidupnya. Itu yang Izzani fikir tentang Izhad.
Semasa Izzani membantu mengemas barang milik Izhad. Izzani terjumpa sekeping gambar perkahwinan. Terselit dibawah bantal.
"Had, kau ingat siapa wanita dalam gambar ini?" Sambil menunjukkan sekeping gambar kepada Izhad. Tiada respons yang diberi. Izhad hanya mendiamkan diri bila disoal Izzani.
"Kau, tak ingatkan?" Kata Izzani, merasa sesuatu yang aneh.
"Kalau macam tu, abang buang?" Terus Izzani campakkan gambar perkahwinan Izhad dan Izz. Tepat ke dalam tong sampah.
"Abang! Kenapa buang barang milik Had!"
Cepat-cepat Izhad memungut kembali gambarnya. Di sapu dan ditiup-tiup. Takut ada kotoran yang melekat. Itu sahaja gambar yang dia ada.
Selama dia di hospital. Gambar itulah, yang menjadi peneman Izhad untuk bertahan hidup. Rindunya tidak tertanggung. Rasa ingin mati daripada menanggung rindu. Dia terlalu merindui bidadarinya setiap masa. Kesilapan yang dia lakukan. Tidak dapat diundur waktu. Dia terlalu merindui Izz dalam diam. Terseksa jiwa batinnya seperti dihempap batu. Sukar baginya bernafas. Gambar itu di renung dan ditatap setiap hari.
"Milik kau?"
"Bukan kau kata? Kau tak ingat. Siapa dia, kan?"
"Kau, dah buang dia macam sampah!" Buat apa lagi, kau simpan! Lagi pun, kau mana ingat siapa dia? Bukan, lebih baik buang je?" Izzani menguji hati adiknya lagi.
"Abang tak faham, apa yang Had lalui. Ingat, Had sanggup ke? Nak lepaskan Izz?" Kata Izhad dengan nada sedih. Semua tentang Izz. Dia ingat dan tak pernah lupa.
"Gambar itu, sahaja yang ditinggalkan Izz untuk dirinya." Telefonnya sudah hancur berderai, semasa dia kemalangan.
"Jadi! Kau ingatlah semuanya? Kau tak hilang ingatan Had?" Terbuntang mata Izzani.
"Ke, Kau saja nak sakitkan hati Izz?"
Izhad diam membisu.
Izzani hanya menggeleng-geleng kepalanya. Dia tak tahu nak cakap apa dekat adiknya itu.
"Pada mulanya, memang Had keliru siapa dia?" Tapi, bila had ingat kembali. Mungkin itu lebih baik buat Izz dan Had.
Sebaik sahaja dia terjaga selepas operation. Memang dia tidak nafikan. Dia tidak ingat langsung siapa Izz? Tapi, bila Izz dipaksa keluar dan dihalau oleh mamanya. Hatinya terasa sangat sakit, pedih dan tidak sanggup melihat wajah itu diperlakukan sedemikian rupa. Terseksa batinnya ketika itu. Tapi, bila dia terjumpa gambar bawah bantal yang ditinggalkan untuknya. Semua memori tentang Izz. Dia ingat kembali."
Bila Izhad berfikir kembali. Mungkin itu yang terbaik buat Izz dan dia. Izhad pasrah, membiarkan Izz fikirkan dia hilang ingatan dan lupakan dia.
Izhad tidak menyangka. Izz selitkan gambar mereka dibawah bantal. Dan dubelakangnya ada tertulis kata-kata menyentuh hatinya.
"Sayang sentiasa sayang abang dan mencintai abang. Hanya abang seorang sahaja yang bertahta dihati sayang. Abang jangan risau pasal sayang. Rantai pemberian abang. Akan sentiasa menjadi teman sayang sebagai ganti abang disisi sayang."
"Sayang. Sayang abang. Abang jaga diri yek."
"Kau tahu Had? Qistina sudah kena tangkap. Sebab cubaan membunuh Nizam. Dan Qistina jugak turut disabitkan kesalahan. Bersubahat dengan Mikael yang langgar kau hari tu. Kau kenal siapa Nizam? Dia yang buat Qistina tertangkap oleh pihak polis. Sekarang Qistina dalam rawatan sakit mental, cubaan membunuh diri."
"Betul ke? Apa yang abang cakapkan ni?" Izhad sedikit terkejut berkerut dahinya. Macam tak percaya. Semudah itu, Qistina tertangkap.
"Mana kau, tahu?" Soal Izhad.
"Mama Izz, Syahkila yang bagi tahu aku. Mamanya terdengar perbualan uncle Zulfadli dengan Nizam. Izzani pun cerita pasal gambar fitnah dekat Izhad. Izhad hanya membisu."
Jomlah kita balik rumah dulu. Dalam kereta aku cerita lagi. Banyak benda aku nak bincangkan dengan kau pasal Izz. Sebab kau, dah ingat semuanya. Lagi mudah kerja kita. Cuma aku nak tahu isi hati kau?
"Kau, masih sayangkan Izz?"
"Kalau tak sayang? Bolehlah, abang mengorat janda kau lepas ni?" Gurau kasar, Izzani. Saja dia menyakat lagi adiknya itu. Dia ingin tahu isi hati adiknya itu terhadap Izz. Adakah Izhad masih lagi mencintai Izz lagi atau tidak?
"Mestilah Had sayang!" Jawab Izhad laju.
Izzani hanya membalas gelak ketawa berdekah-dekah melihat wajah Izhad yang cemburu.
"Ingatkan, tak sayang..." Tapi, sekarang? Dia bukan bini kau lagi. So, ada peluanglah abang masuk jarum. Galak Izzani menyakat adiknya itu.
"Abang Zani!"
"Kepala Had ni, masih sakit lagi tahu! Masih terasa bengkak luka lagi. Jangan tambahkan, hati Had pulak bengkak dan berdarah! Tak tentu pasal!" Balas Izhad nada panas hati dengan usikkan Izzani. Yang masih lagi kedengaran di telingnya dengan gelak tawa abangnya itu.
"Jomlah balik! Abang takut? Abang pulak yang masuk ICU nanti. Tak pasal-pasal, kena makan penumbuk sulong kau sekali lagi." Galak Izzani tertawakan Izhad.
Dalam perjalanan pulang Izhad menyatakan hasratnya untuk pulang ke rumahnya dahulu. Rindunya dia, nak melihat wajah Izz. Mana tahu, tiba-tiba dia terserempak dengan Izz. Abangnya tak tahu, rumah sewa Izz satu bangunan dengan dia. Semua ingat Izz duduk sekali dengan dia. Tapi, sebenarnya mereka jiran tertangga.
Izzani faham adiknya itu merindui bekas isterinya itu dan kenangan di dalam rumahnya itu. Izzani diberitahu Puan Syahkila. Izz berada di rumah sahabat baiknya Mas.
Tibanya dia di kawasan rumahnya. Izhad melihat kereta Izz, tiada di tempat parking. Izhad dapat agak, Izz mesti sudah dibawa pergi oleh keluarganya balik ke Penang. Terasa kecewa di hatinya. Dia ingat, dapatlah dia melihat wanita yang dirindui itu lagi. Tapi, sayang... Izz sudah pergi menjauh meninggalkan dia.
Nak tanya Mas, dimana Izz berada. Mesti Mas tak akan bagi tahu dia. Dimana keberadaan Izz. Mas pun boleh tahan jugak emosinya. Teringat dia, bila dia terdengar perbualan Safran dan Izzani. Mas kata nak bawa Izz lari jauh dari dia. Tapi dia tak pasti betul ke, apa yang dia dengar.
Bila langkahnya memasuki lif. Izhad menekan nombor 6 dan 10 . Tapi, dia hanya biarkan sahaja, pintu lif terbuka dan tertutup di tingkat 6. Izzani hanya memerhati. Tak tahu, kenapa Izhad berbuat demikian. Izzani berfikir. Mungkin adiknya tersalah tekan.
Grill pintu dan pintu rumah dibuka.
Terus Izhad melangkah menuju ke bilik tidurnya. Dia ingin mengambil beberapa helai baju sebelum ke rumah Tan Sri Omar. Apabila pintu bilik di buka...
"Izz!" Bisik hati Izhad tergamam.
Terkejut tak terkata, Izhad.
Bila melihat ada susuk tubuh yang amat dia kenali. Sedang baring sambil memeluk baju miliknya.
Izhad sangat terkejut sampai tak terkata. Dia tak sangka, orang yang amat dia rindui ada didalam rumahnya.
Izhad memang tak perasan langsung sandal yang dipakai Izz semasa dia masuk tadi. Izz memang saja, sorokkan sandalnya didalam rumah. Dia tak nak sesiapa tahu, yang dia berada didalam rumah bekas suaminya itu. Sebelum subuh lagi, Izz akan cepat-cepat keluar rumah dan terus pergi ke rumah Izhad menggunakan tangga. Izz, tak nak sesiapa tahu. Jadi dia diam-diam masuk, ke dalam rumah Izhad.
Dalam lena, Izz terdengar bunyi sesuatu ke arah pintu. Terus matanya dibuka dan memandang kearah bunyi pintu di buka dan ditutup.
"Abang?"
Terkejut dan tergamam Izz. Terus dia bangun dan duduk secara mengejut. Melihat susuk tubuh yang amat dia cintai berada di hadapannya. Di gosok matanya berulang kali. Seakan tak percaya apa yang dia lihat. Rindunya terubat.
Share this novel