Bab 1

Romance Completed 27497

Berguguran kelopak bunga bertebangan. Setiap perjalanan kakinya, melangkah di sepanjang jalan taman Yeongdeungpo Yeouido Spring Flower Festival (Bulan April). Membuat suasana hati Izz berbunga bunga. Izz memakai baju hoodie sweater couple seperti yang dijanji. 

Kecantikkan pokok sakura yang mekar di sepanjang jalan Kota Seoul. Sangat memukau sesiapa melihatnya. Termasuk dirinya, yang sudah lama menunggu musim itu tiba. Sepanjang jalan, bibir miliknya tak lekang mengukirkan senyuman. Setiap langkahnya penuh bahagia. Bukan kerana bunga? Tapi, kerana dia tidak sabar ingin berjumpa dengan insan istimewa. Di tempat dijanjikan. Setelah tamat ujian semester. 

Di bawah pohon sakura yang rendang dan redup. Berteduh sepasang kekasih. Si jejaka bersandar di pohon sakura sambil memejamkan mata dan tangan berpelukkan tubuh. Kakinya saja diluruskan. Supaya gadis yang dicintai dapat merehatkan minda diatas pehanya. Mikael adalah cinta padang pertama Izz. Begitu juga dengan Mikael. Dia tak sangka dapat miliki cinta gadis yang dia impikan selama ini. Bukan saja bijak pandai. Gadis yang ayu itu, sangat menawan ketika dia tersenyum. Sampai dia melarang si gadis itu tersenyum bukan di depannya.

"Sayang..."

"Hmm..." Jawab ringkas si gadis.

"Izz, sayang Kael?"

"Mestilah, sayang." Kenapa, tanya macam tu? Kael tak sayangkan Izz ke? Kedengaran nada sedih di hujung bibirnya.

"Kalau ditakdirkan kita tiada jodoh yang panjang. Sayang akan kahwin dengan orang lain tak?" Soalan itu sudah lama ingin di tanya. Rambut ikal mayang Izz di simpul dan pintal-pintal di hujung jari telunjuk. Tak sabar dia ingin mendengar jawab Izz.

"Kenapa cakap macam tu? Sayang, tak suka lah."

"Sorry sayang..." Kael hanya nak tahu je. Hatinya gembira melihat reaksi Izz.

Lama Izz terdiam sebelum menjawab.

"Mungkin..." Jawab Izz bersahaja. Geram dengan soalan Mikael. Terus Izz bangun dari baring dan berdiri meninggalkan Mikael. Hatinya terluka dengan pertanyaan sebentar tadi.

"Sayang, tunggu..."

"Laa..., merajuk laa pulak?"

Cepat Mikael bangun mengejar cinta hatinya.

"Sorry lah, bucuk-bucuk sayang. Kael janji. Kael tak cakap macam tu lagi." Mikael angkat tangan dan bersumpah janji.

"Janji!"

Kata Izz nada sedih. Izz menggenggam tangannya dan dikeluarkan jari kelengkeng membuat ikatan janji.

"Iya... Janji..."  Jari jemari Izz di sambut. Tersenyum bahagia. Melihat keikhlasan hati cinta gadis dihadapan dia.

Tapi,

"Kalau Kael khianati cinta kita. Izz akan pergi jauh- jauh dari hidup Kael." Kata Izz nada sayu.

"Okay... Jangan laa merajuk lagi." Cepat Mikael memujuk buah hatinya. Izz lah satu-satu wanita yang amat dia cintai. Tak sanggup dia melihat wanita itu bersedih. Salahnya membuat wanita itu terluka.

"Kael dah janji. Kael nak  pinang sayang nanti. Bila tamat belajar." Sayang janji dengan Kael. Jangan main mata dengan orang lain dan jangan balas senyum dengan sesiapa. Berkepit je dengan Mas.

Terus bibir Izz tersenyum. Dia tahu Kael hanya bertanya sahaja. Tapi, dia tak tahu, kenapa hatinya terluka dan takut dengan soalan Mikael.

Setelah seminggu mereka bermadu kasih. Mikael pulang awal ke Malaysia setelah tamat pengajiannya. Tinggal Izz sendiri, yang masih ada dua tahun lagi pengajiannya di Korea. Setelah seminggu Mikael pulang ke Malaysia. Hubungan mereka menjadi hambar. Tiada khabar berita dari Mikael. Membuatkan Izz tak senang duduk.

Tiba la, suatu hari... Izz dapat berita mengejutkan.

"Izz..."

"Aku harap kau kuat."

"Mikael, dah tak ada!"

"Dia kemalangan." Kata salah seorang sahabat yang kenal rapat dengan Mikael.

Dengan perasaan hiba dan kecewa, Izz terus rebah jatuh ke bumi.
. .
.

Kedengaran bunyi alarm jam telefon mengejutkan Izz, yang dibuai mimpi pendek selepas subuh.

"Kael?"

"Siapa pula, Mikael ni?"

Tu, sahaja ayat yang terucap dari mulut Izz ketika terjaga dari tidur.

Izz bertambah keliru.

"Banyak lagi ke? Memori ingatan yang aku tak ingat?" Izz mengeluh sendiri.

Apa, yang aku ingat pagi tadi. Mas bagi tahu. Dia dah jadi isteri orang. Selepas tu. Kejadian aku kena langgar? Betul terjadi atau mimpi? Ini, muncul pula kisah lain.

"Boleh sakit jiwa aku dibuatnya..."

"Siapa, aku sebenarnya?" Berkerut dahi Izz.

Terima kasih sudi membaca. Kisah Izz dan Izhad. Cuma tukar tajuk je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience