Entah kenapa, Setiap kali Nabilah ke sekolah, pasti tidak berasa tenang kerana selalu dibuli oleh Emma dan konco² nya. Seperti Tasya, Elfi, Amira dan Elisa. 3 serangkai 1 ketua. Kadang kadang Nabilah tertanya tanya kenapa hanya dia sahaja yang selalu dibuli sedangkan ramai lagi pelajar di sekolah itu. Pantang jumpa mesti disuruh buat itu ini oleh Emma. Jikalau tidak dibuat, Terpaksalah berasa sakit ditendang, Ditampar dan dicaci.
Tetapi apa daya, Takut jikalau diberitahu guru, Padah pula menanti. Kerana itulah kadang kadang Nabilah tidak ke sekolah.
Pada pagi itu, Nabilah dipaksa ibunya supaya ke sekolah.
Sudah 3 hari berturut turut dia tidak ke sekolah.Berbagai alasan diberinya seperti sakit kepala memusing, Demam, Sakit kaki tidak larat nak jalan, Sakit pinggang kalah orang tua dan lain² lagi. Tapi ternyata cutinya sudah habis. Rupanya kebahagiannya untuk tetap berada di rumah sudah habis.
Nabilah yang disuruh ke sekolah melangkah bagaikan tidak bertenaga menuju ke bilik air.
“Cepat sikit Nabilah! Nanti lewat ke sekolah! ”
Kata ibu Nabilah, Atau dikenali sebagai Puan Sakinah yang merupakan seorang bekas pramugari.
“Ya ibu...”
Balas Nabilah. Dia sebenarnya tahu apa yang akan menantinya di sekolah. Disuruh buat macam ² oleh Emma! Benci betul! Namun apa dayanya untuk melawan Emma. Kalau dibuli Emma, Nak lari pun tak boleh dengan badannya yang sedikit gempal itu.
Disekolah.....
Nabilah melangkah masuk ke kelas sambil menampakkan muka suramnya. Dia berdoa supaya Emma tidak melihatnya.
Tapi!
“Tap! Tap! Tap! ”
Bunyi orang melangkah mula kedengaran. Seketika kemudian wajah Emma dan konco² nya kelihatan. Mereka juga terlihat sedang sibuk bergosip!
Nabilah menutup mukanya menggunakan tanganya kerana takut jikalau Emma melihatnya.
Emma masuk ke kelas sambil rancak bersembang. Lansung tidak melihat mahupun mentatap muka Nabila. Nampaknya, Doa nabilah telah dimakbulkan.
Pada waktu rehat....
Emma yang malas membuat kerja sekolahnya yang semakin menimbun itu berjalan sambil menghentakkan kakinya. Wajahnya juga kelihatan kusut! Seketika kemudia dia memandangi ke arah meja Nabilah.
Dia tahu, Nabilah tiada di tempatnya kerana sudah turun ke kantin. Emma kemudiannya tersenyum sinis secara tiba² seperti orang gila yang seronok sendiri.
--------
Emma bersama sama rakan rakanya turun ke kantin. Tapi niat mereka bukan untuk makan melainkan membuli orang! Terutama sekali ialah Nabilah!
“Hoi Gemok!! ”
Panggil Emma begitu sahaja kepada Nabilah! Ciptaan tuhan dihina begitu sahaja! Nanti kalau gemok daripada Nabilah baru tahu!
“Dup dap! Dup dap! ”
Jantung Nabilah bergerak laju bagaikan sudah mahu tercabut.
“Habislah.... ”
Gerutu Nabilah dalam hati! Dia terasa takut sekali.
Emma kemudianya pergi ke meja makan Nabilah lalu menghempas kerja sekolahnya tanda menyuruh Nabilah untuk disiapkan kerja sekolahnya.
“Buat cepat! Sebelum balik aku nak ambik buku aku balik! Faham!”
Soal Emma kepada Nabilah.
Nabila yang ketakutan hanya mengangguk. Kerana takut dan tidak mampu berkata apa apa.
Emma kemudianya bergerak semula naik ke kelasnya...
Bersambung ~
Terimakasih kerana membaca :) Jangan lupa komen dan follow juga:)
Share this novel