Tasya, Elfi dan Amirah melangkah malas ke bilik kaunseling. Wajah mereka kelihatan suram dan tidak bermaya.
“Disebabkan Emma, Kita perlu kena pergi ke bilik kaunseling untuk dapat hukuman! Tak adil betul! ”
Marah Amirah. Dia kadang kala berasa marah kepada Emma. Namun, Walau bagaimanapun marahnya terhadap Emma, Dia tetap berdiam diri. Takut jikalau Emma tahu bahawa dia marahkan Emma, Nanti padah pula menantinya. Layaknya dia selalu menggelarkan Emma sebagai 'KPKDD'yang bermaksud (Ketua Paling Kejam Dalam Dunia)! Namun itu dalam fikirannya sajalah! Dia tidak mahu mencari nahas!
“Emma tu kan ketua kita! Kita kenalah mempertahankan dia! ”
Balas Tasya. Dia masih mahu membela Emma walaupun akan dikenakan hukuman akibat mengikuti arahan Emma!
“Tapikan...Saya peliklah, Kenapa Elisa tak kena ikut sekali. Sedangkan dia pun geng kita juga?!”
Soal Elfi. Dia sebenarnya mahu menyelesaikan teka teki di fikirannya.
“Entahlah, Saya pun tak tahu. Nanti kita tanya dia...”
Balas Tasya.
------------
“Awak okay tak? ”
Soal Elisa kepada Nabilah. Elisa sebenarnya adalah seorang yang prihatin, Bertanggungjawab dan baik hati.
“Saya okay sahaja. Btw thankyou sebab selamatkan saya. ”
Nabilah mengucapkan terimakasih kepada Elisa, Bidadari yang telah menyelamatkannya.
“Sama sama, Kita kan kawan... ”
Balas Elisa sambil tersenyum manis kepada Nabilah.
Keesokannya.....
Tasya, Elfi, Amirah dan Elisa melangkah memasuki pintu pagar sekolah dengan keadaan gementar. Ini kerana mereka menerima pesanan daripada Emma malam semalam.
Flashback Pesanan:
Emma: Awak semua memang tak boleh diharap!
Elisa: Kenapa tiba² je nie Emma,Kenapa nak marah²?!
Elfi: Makan tebuan kot :) Hahahaha
Amira: Kenapa Emma?!
Emma: Awak boleh tanya saya kenapa?! Awak semualah masaalahnya!!
Emma: Awak ingat saya tak tahu yang kes semalam dah kantoi!!
Elisa: Bukan awak pun yang kena hukuman... Kami yang kena.
Elfi: Tapi Elisa tak kena pergi punnnn :) (Perli)
Elisa: Aku tak pergi sebab aku budak baik.... :>
Emma: Habistu! Awak semua beritahu cikgu bahawa saya yang suruh awak semua membuli?!!
(Semua just bluetick)
Off the Flashback....
“Ini semua salah awaklah Tasya! Kenapa awak tak on chat malam semalam?! ”
Marah Elfi sambil menjegilkan matanya kepada Tasya yang merupakan 'P.A' Kepada Emma.
“Malam semalam saya sibuk sikit!! Awak semua kenalah faham saya!!! ”
Balas Tasya sambil marah. Dia sebenarnya ada hal penting yang perlu diselesaikan. Kerana itulah dia tidak melayan kerenah rakan rakannya malam semalam...
“Habislah, Mesti Emma marahkan kita... ”
Kata Elfi. Berani dihadapan mangsa tetapi penakut dihadapan Emma!
Mereka akhirnya tiba di dalam kelas. Tiba tiba Emma muncul di hadapan mereka....
“MACAM MANA SEKARANG NI????!!!! KALAU SAYA DIHUKUM, AWAK SEMUA PASTI KENA JUGA!!!”
Marah Emma. Wajahnya kini merah padam! Apabila Emma berkata demikian, Wajah Tasya, Elfi, Amirah dan Elisa kelihatan pucat! Bukan pucat sakit, Tetapi pucat takut!!!
“Sebenarnya Emma kelmarin saya dah beritahu cikgu yang kami sendiri yang nak membuli... Tiada siapapun yang suruh... ”
Balas Tasya kerana mahu meredakan kemarahan Emma, Si Ketua Yang Gila Kuasa! Tetapi apapun itu memang benar.
“Betul kah cakap Tasya tadi?!! ”
Soal Emma kepada konco konconya bagi memastikan adakah benar atau tidak apa yang diperkatakan oleh Tasya tadi.
“Ya, Betul Emma!”
Jawab Konco konco Emma secara serentak.
“Baiklah, Disebabkan awak semua telah gagal membuli Nabilah! Jadi awak perlu menjalankan lagi satu misi yang akan saya berikan kepada awak semua!! ”
Emma memberi arahan bagaikan seorang presiden yang memberikan arahan kepada anak buahnya.
“Baik, Kami akan lakukan... Tapi apa misi tu?! ”
Soal Tasya kerana ingin tahunya.
“Misi kamu adalah.........”
Bersambung
Terimakasih kerana membaca :) Dan jangan lupa untuk Komen dan Follow :)
Share this novel