Kebencian Silam

Short Story Series 5829

******************

AILEEN ( watak diri awak dalam cerita ini)

Aku betul-betul tak sangka.. kepulanganku ke sini rupanya sudah di rancang terlebih dahulu oleh keluargaku dan keluarga Uncle Lee.

Kalau tak kerana kasihku sebagai anak pada ke dua orang tua, pasti sekarang ini aku sudah terbang pulang ke Jepun dan tolak mentah-mentah rancangan mereka untuk segera kahwinkan aku dengan Habib.

Eeeee... sebut nama mamat tu pun aku dah nak muntah, inikan pula nak jadikan dia sebagai suami?!
Kalau tak setuju bermakna aku dan Habib akan terus cuba untuk di satukan sampai bila-bila..

Dan kalau aku setuju, bermakna aku tak akan di ganggu lagi dengan isu kahwin dan aku juga bebas untuk hidup jauh dari keluarga. Aku boleh lakukan apa saja yang aku suka dan yang pastinya, aku juga bebas untuk bercinta dengan sesiapa yang aku suka.

Tapi, mana boleh seorang perempuan yang bergelar isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain?

Eh siapa cakap aku isteri dia? Aku bukannya mahukan dia.. aku sama sekali tidak cintakan dia dan aku sama sekali benci dia dari atas sampai bawah. Jangan kata nak tidur sebilik, nak pandang muka dia pun aku tak hingin!

Aku bukannya curang sebab aku sendiri tidak pernah rela untuk menjadi isteri dia.

Tapi, bagaimana kalau Habib tiba-tiba jatuh cinta pada aku? Aku ni kan comel, putih, baik, manja. Pendek kata (panjang pun kata), siapa saja boleh jatuh cinta pada aku termasuk Habib.

Tak leh jadi ni.. aku kena pastikan dia betul-betul tak ada hati pada aku dulu sebelum aku terima permintaan mak dan ayah.

*****************************

HABIB

Entah apa la yang bagus sangat pada perempuan tu sampai mak ayah aku mahu sangat aku beristerikan dia. Aku rasa dia biasa-biasa saja. Nak kata cantik macam bidadari tak juga. Nak kata sopan santun macam perempuan Melayu terakhir, eh tak juga lah.

Pandai masak?? Emm... dia kata dia pandai masak tapi jangan-jangan nak siang ikan pun tak reti.

Apa yang patut aku buat sekarang ni ya. Mati-mati aku ingat dia datang sini untuk lawat mak ayah jer, tapi rupa-rupanya dia dah sekongkol dengan mak ayah aku untuk control seluruh hidup aku. Jangan-jangan dia memang dah lama suka kat aku kot.

Tengoklah aku ni, anak orang kaya, hensem, bijak, up to date... ha apa lagi yang kurang? Aku ada ciri-ciri lelaki idaman Malaya seantero dunia. Siapa yang tak nak? Cuma hati aku ni hanya sukakan sorang perempuan saja dan dia adalah Mina, satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hati aku.

Mina bukan saja cantik, lemah lembut dan sporting malah Mina cukup pandai mengambil hati aku. Bukan macam si Aileen tu! Jangan kata nak ambil hati, bercakap pun macam singa tengah lapar.

Aku tak peduli... apa pun yang jadi, aku tak akan sesekali bersama dengan perempuan tu. Tapi, kalau aku tak terima dia, semua wang belanja aku akan di bekukan. Aduh, dari mana pula aku nak dapatkan wang belanja nanti?

********************************************

AILEEN dan HABIB keluar dari bilik yang di huni dalam rumah besar milik orang tua Habib dan bertembung di hadapan tangga untuk menuju ke tingkat bawah. Bagaikan magnet yang saling menarik, mereka sama-sama menghampiri di antara satu sama lain. Mata saling merenung.

Aileen : Aku tak nak kahwin dengan kau !!

Habib : Aku pun sama.. aku tak ingin jadikan kau isteri aku!

Aileen : Betul kau tak nak jadikan aku isteri kau?

Habib : Yer lah! apa.. kau ingat aku ni teringin ke nak kahwin dengan kau?

Mereka terus memandang... nampaknya matlamat mereka sama. Mereka berdua sama-sama saling membenci dan mereka berdua juga saling tidak menyintai.

Akhirnya mereka sama-sama tersenyum.

Habib : Kau fikir apa yang aku tengah fikir?

Aileen : Aku rasa aku sedang fikir apa yang kau tengah fikir.

Habib : Bagus... jom kita jumpa mak dan ayah aku kat bawah.

Aileen : Jom!

Mereka sama-sama menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Tuan Lee dan isterinya sedang asyik berbual di ruang tamu. Kehadiran Habib dan Aileen melebarkan lagi senyuman sepasang suami isteri yang sentiasa mesra itu.

Belum sempat Tuan Lee menjemput anak dan bakal menantunya duduk, terlebih dulu dua orang anak muda itu bersuara...

Habib dan Aileen : Kami setuju untuk berkahwin! Kahwinkan kami dengan segera!

Tuan Lee dan isterinya benar-benar terkejut! Baru kelmarin mereka berdua berperang besar dengan Habib , tup-tup hari ni terus dah berubah fikiran. Walau tak tahu apa yang merubah fikiran anak tunggal mereka itu namun yang pasti perkara ini harus di segerakan.

Jangan kata bulan depan, minggu ni juga akan dikahwinkan Habib dengan Aileen.

Share this novel

noryatizma Izma
2021-02-08 15:32:41 

hallo dear..up dete episod strusnyer yea..


NovelPlus Premium

The best ads free experience