Series
5829
Encik Borhan dan Tuan Lee bersahabat baik. Mereka tinggal berjiran dan saling mengambil berat di antara satu sama lain. Keakraban mereka menjadi semakin erat apabila mereka berkerjasama menubuhkan sebuah syarikat komunikasi. Anak Tuan Lee , Habib dan anak Tuan Borhan, Aileen membesar bersama. Walau Encik Borhan dan Tuan Lee bersahabat baik namun Habib dan Aileen sentiasa tidak seteru. Habib dan Aileen tidak pernah sependapat dalam apa jua perkara. Habib dan Aileen sering bergaduh dan sengaja menyakiti hati di antara satu sama lain. Habib pernah membuang kasut sekolah Aileen ke dalam tong sampah, manakala Aileen pula pernah sengaja memancitkan tayar motorsikal Habib. Semasa Aileen berusia 18 tahun, keluarga Encik Borhan terpaksa berpindah ke Jepun untuk mengembangkan lagi syarikat usahasama mereka. Perpisahan ini merupakan satu rahmat buat Habib dan Aileen. Suatu hari, Aileen di minta oleh ayahnya supaya kembali ke Malaysia.... dan rupa-rupanya kepulangan itu adalah untuk menyatukan Habib dan Aileen secara paksa oleh keluarga masing-masing.
Update 06 December 2024