Bab 4

Action Series 3313

Sarung tangan hitamnya yang masih mempunyai percikan darah merah dicabut kasar. Hoodie hitam yang juga dipenuhi cecair merah itu turut ditanggal, meninggalkan badannya yang tidak beralas.

Hoodie itu sudah penuh dengan darah. Mungkin dia perlu gunakan yang baharu di lain hari. Lagipun, hoodie hitam itu dia telah gunakan sejak setahun yang lepas setiap kali melakukan kegiatan haramnya.

Satu cangkuk kecil yang terdapat di seutas rantai besinya pula ditarik kasar. Biasanya dia tetap akan pakai rantai tersebut jika keluar pun namun, dia akan cabut setiap kali ingin berjumpa 'keluarganya'.

Sebelum uminya bising, baik dia cabut terlebih dahulu.

Macam haritu, dia terlupa ingin cabut rantai tersebut. Seharian uminya bising mengatakan yang lelaki haram memakai rantai. Apa-apa jenis rantai walhal, tali tangsi pun tidak boleh.

Tapi tak ada siapa tahu, rantai tersebut bukan rantai biasa. Ada keistimewaan lain yang amat penting untuk dia.

Segala peralatannya tadi dimasukkan ke dalam sebuah beg plasti berwarna biru. Setelah zip di beg tersebut tertutup, ianya kelihatan telah sirna.

Beg biru tadi dibawa masuk ke dalam sebuah lagi beg sandang hitamnya. Sehelai baju T-shirt biasa disarungkan sebelum tadi disandang perlahan-lahan.

Pergerakan bahunya agak kurang sekarang. Tadi, dia sendiri tidak menyangka yang bahunya akan disepak kasar.

Dia melangkah keluar dari tandas. Menuju ke arah kenderaannya yang diparkir berdekatan.

Dia akan ke markas dahulu, mungkin. Meletakkan barangnya di sana sebelum pulang berjumpa umi dan adiknya.

•••

Kawasan lorong kecil dimasuki. Lorong itu cuma lorong belakang antara dua baris kedai. Dia perlu menempuh kawasan tersebut terlebih dahulu sebelum menemui sebuah bangunan kecil berwarna kelabu.

Seperti rumah, namun bukan.

Ianya sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian bundle yang paling terkenal di Ileri. Sebut sahaja ingin mencari baju mahupun pakaian-pakaian bundle yang lain, semuapun akan menyeru kedai tersebut.

Ileri Bundle Centre.

Namun, tanpa diketahui siapa-siapa, bangunan tersebut ada sesuatu yang lain yang menjadi rahsia.

Dia membuka langkah meluru masuk ke dalam kedai tersebut. Kedatangannya disambut ramah oleh pekerja-pekerja di situ.

"Selamat datang."

Memang setiap kali ada pelanggan yang masuk, ucapan itu akan sentiasa menitir di bibir para pekerja. Sebagai satu langkah menarik minat dan membuatkan pelanggan lebih 'selesa'.

Dia tersenyum nipis. Sememangnya, dia cuma kelihatan seperti seseorang yang ingin mencari barang.

Tanpa menunggu lama, dia terus menuju ke arah  bilik persalinan. Setelah dia masuk, dirinya secara tiba-tiba berada di sebuah bilik bawah tanah.

Pintu bilik itu dibuka. Ada lagi 20 buah pintu yang dia perlu lalui.

Setiap pintu dirinya akan discan. Memastikan yang dia sememangnya warga di situ.

Jika ada yang dikesan sebagai orang luar, mereka akan diserang dengan dahsyat.

Ini merupakan salah satu ciri keselamatan yang ada di sini. Hanya dengan bergantung harap pada teknologi.

Setelah melepasi setiap laluan, barulah pandangannya disajikan dengan sebuah kawasan yang cukup canggih. Terdapat sebuah skrin besar yang masih menyala. Menyajikan pelbagai jenis data yang dia juga tidak tahu, kerana sememangnya itu bukanlah tugas dia.

Menyedari dirinya di situ, semua yang sedang melakukan kerja masing-masing pun berhenti, melakukan tunduk hormat kepadanya.

Dia tidak mengendahkan perkara itu. Matanya diliarkan ke kawasan tersebut, menyajikan hampir 10 orang 'kulinya'.

Sememangnya, tidak ramai yang menjadi ahli kumpulan ini. Salah satu faktornya adalah supaya mereka tidak tersalah mengambil orang yang hakikatnya, seorang pengkhianat.

Dan pastinya, jika ada di antara mereka ialah seorang pengkhianat- riwayat hidup mereka akan ditamatkan serta merta.

Namun setakat ini, belum ada yang berani mengkhianati mereka. Lagipula, sistem yang digunakan bukan biasa-biasa. Pastinya pengkhianat akan dapat dikesan dengan begitu mudah.

"Marthias, mana?" tanyanya dengan nada dingin.

"Kami tak nampak dia dari tadi lagi, tuan."

Seorang perempuan yang rambutnya disangguk tinggi menjawab perlahan. Dia merupaka salah seorang petugas yanh ditugaskan untuk memastikan sistem peralatan yang menggunakan medium teknologi terus dalam keadaan yang selamat dan stabil.

Dia kenal perempuan itu, Suhana. Kerana dia yang menjumpai perempuan tak cukup kasih sayang itu dahulu.

Ah, kisah lama. Dia tak mahu ulang semula.

"Ok. Sambung kerja."

Langkahnya kembali diatur. Menuju ke kawasan yang mempunyai pelbagai jenis senjata api.

Tetapi buat kesekian kalinya, sebelum dia memasuki kawasan tersebut, dia sekali lagi diimbas oleh mesin pengimbus. Kemudian, barulah dia dapat melihat bilik tersebut dengan mata kasar. Sesudah itu, dia perlu memasukkan kata kekunci yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Kadang-kadang dia bosan. Tak boleh ke kalau lost killer ingin masuk, pintu terus dibuka? Buang masa dia saja meskipun cuma perlu menunggu beberapa saat.

Setelah itu, dia melangkah masuk ke kawasan tersebut.

Pandngannya disajikan dengan pelbagai jenis senjata api. Dari jenisnya, saiz, bentuk dan pelbagai lagi.

Dan tujuh puluh peratus darinya, hanyalah milik dia seorang.

Kebanyakan senjata api yang terdalat di situ merupakan senjata api yang telah diubah suai dari segi kelajuan pelurunya, fungsi yang juga telah ditambah baik dan pelbagai lagi.

Beg hitam yang disandangnya sedari tadi dilucut kasar dari bahu. Sebuah lagi beg berwarna biru yang hanya dapat dilihat olehnya dibawa keluar.

Zip beg birunya dibuka sedikit- barulah beg tersebut betul-betul kelihatan.

Sebuah almari yang terdapat dalam bilik tersebut dituju. Sekali lagi, kata kunci yang lain dimasukkan.

Secara automatik, pintu almari tadi terbuka luas. Beg biru yang dipenganggnya dicampak dengan ganas.

Baru sahaja dia ingin membuka langkah keluar, tiba-tiba earpodnya berbunyi. Menandakan ada seseorang ingin berjumpa dengannya sekarang.

Keluhan kecil dilepaskan. Mengapalah ketika dia baru saja ingin berehat, ada saja perkara yang perlu dia buat?

Tapi dia akurkan saja. Langkah kakinya dibawa menuju sebuah keluar dari bilik tadi, ingin ke tingkat yang lebih bawah. Menanti mungkin tugasnya yang seterusnya atau perkara lain yang perlu dibincangkan.

•••

"Umi!"

Raungannya kembali bergema. Kakinya yang terkedek-kedek kerana geli menghenyakkan kusyen kelabu itu.

"Umi! Lipas!"

Sekali lagi, dia cuba menjerit sekuat hati. Sedarj tadi insan yang dipanggil dengan gelaran 'umi' itu langsung tidak mengendahkannya.

"Umi... Bunuhlah dia umi! Geliiii!"

Dia cuba lagi untuk meraih perhatian. Namun tetap tidak diendahkan. Malah, uminya itu dengan selambanya tergelak terbahak-bahak akibat geli hati melihat rancangan di televisyen.

"Ish, diamlah. Umi tengah tengok drama 'Suamiku Terjatuh Tangga' ni."

"Umi!!!"

Jeritannya mula bergegar seolah ingin menjerit ke seantero bumi. Kakinya semaki terkedek-kedek kegelian.

Lipas yang berada tidak jauh darinya tadi kini kian mendekat. Malah, serangga tersebut makin mengganas.

"Umi! Dia terbang!"

Air matanya hampir menitis. Dia tidak boleh bawa berbincang kalau binatang itu sudah mula terbang. Mentang-mentang dia tak ada sayap untuk berlawan siapa lebih tinggi terbang... sesuka hati saja serangga itu menghampirinya dengan ganas.

Tidak tahan dengan jeritan yang sedari tadi memekak, Puan Salwa bangkit berdiri. Penyapu yang tersadai elok di tepi dinding dicapai.

Dengan segala ilmu yang dia perolehi, layangan penyapu tadi tepat mengenai lipas yang sedang berterbangan tinggi. Hanya dalam jarak sepuluh sentimeter sebelum lipas tadi benar-benar berada di atas badan anaknya.

"Lipas pun nak takut."

Hafsah memuncungkan bibirnya ke hadapan. Biasalah kalau orang takut lipas. Binatang tu walaupun kecil, ianya tetap ganas.

Hafsah hanya memerhati dengan ekor mata uminya yang memegang sesungut lipas itu dengan selamba. Bahunya diangkat sedikit menandakan reaksi jijik dengan perkara tersebut.

Urgh. Dia tak pelik uminya boleh buat sebegitu. Walhal tikus pun uminya boleh buat main.

"Dahlah. Turunlah dari sofa berharga milik umi tu."

Menyedarkan itu, barulah Hafsah turun dari sofa yang dipanjatnya tadi untuk menyelamatkan diri. Habis sofa tadi meninggalkan kesan tenggelam.

"Haih."

Tiba-tiba, dia mendengar ada suara keluhan dari uminya yang tidak jauh dari situ. Keningnya diangkat sedikit, inginkan penjelasan.

Jarang sekali Puan Salwa akan mengeluh. Dia cukup kenal insan yang digelar umi itu.

"Abang kau. Cakap nak balik hari ni. Tak ada pun."

Ada riak kecewa yang diberikan. Hafsah hanya menjuihkan bibirnya sebagai balasan.

"Tunggu jelah kejap lagi... dia sampailah tu."

Puan Salwa hanya mengangguk kecil. Meski hati tuanya merasakan tidak sedap.

"Harapnya... macam tulah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience