BAB 7

Drama Completed 1115

Jam telah menujukkan pukul 8.30 malam. Aku menunggu kedatangan Mak Mawar untuk membawa aku keluar daripada bilik. Beberapa minit kemudian, Mak Mawar muncul. Dia menolak aku yang berkerusi roda keluar daripada bilik. Pada mulanya, tiada sesiapa yang perasan dengan keberadaanku. Namun, segalanya berubah selepas satu pertanyaan muncul daripada mulut Datin Nurjuma iaitu kawan baik ibu.

?Tamara? Is that you??tanya Datin Nurjuma.

Mukanya seolah-olah pucat melihat aku. Aku tidak mengerti. Orang lain juga kaget melihat diriku. Datin Nurjuma terus mencari ibu yang berada tidak jauh daripadaku. Saat itu, semua mata menumpu ke arahku.

?Saleha. Itu Tamara kan? Anak awak kan?? soal Datin Nurjuma bersungguh-sungguh.

Ibu seperti tidak mahu menjawab. Tidak lama kemudian ibu mengangguk. Selepas itu, aku tedengar pula pertanyaan daripada Kila iaitu kawan sekuliah kakak.

?Bukan ke kau bagitahu aku adik kau dah meninggal? Dah kebumi dekat kampung. Bukan ke?? Tanya Kila.

?Errmmm?..? kakak gagap.

Barulah aku mengerti keadaan yang sebenar. Sampainya hati mereka memperlakukan aku seperti ini. Hinakah aku? Hinakah orang yang bisu seperti aku?

Hinakah orang yang cacat seperti aku? Seribu tanda tanya muncul di benakku.

Ayah juga sudah seperti orang kebingungan. Dia resah melihatku. Aku sedar, saat itu aku tidak perlu berada di situ. Aku sudah mati di mata mereka. Aku memberi isyarat kepada Mak Mawar untuk membantu aku masuk ke bilik. Belum sempat Mak Mawar menolak aku yang berkerusi roda, satu lagi tamparan hebat dapat aku rasakan. Kali ini daripada kawan sekerja ayahku.

?Kau cakap anak kau dah meninggal. Ni sihat je aku tengok. Takkan kau malu nak mengaku anak sendiri, Saiful?? tanya kawan ayahku dengan nada sedikit menyindir.

Ayah juga seperti ibu. Tidak mampu memberi penjelasan yang nyata. Kini, aku menanti pertanyaan daripada kawan-kawan abangku. Mungkin kali ini hatiku akan dirobek pula.

Seperti yang telah dijangka, kawan karib abang yang sangat aku kenali iaitu Ahmad mengajukan pertanyaan kepada abang?

?Bila adik kau meninggal pula ni? Dulu kau cakap adik kau sakit dekat rumah. tak boleh bercakap dan lumpuh. Kenapa semua cakap adik kau mati? Mana yang betul ni?? tanya Ahmad.

Suasana sunyi seketika.

?Ini adik aku. Memang dia lumpuh. Memang dia bisu. Dia tak mati lagi. Aku pun tak tahu mana datang cerita yang Tamara dah mati. Mungkin ibu dan ayah atau kakak kesayangan Tamara ni ada nak terangkan apa-apa?? balas abang dengan nada sedikit meninggi.

Aku lega mendengar kata-kata abang. Masih ada keluargaku yang mahu menganggap aku sebagai darah daging mereka. Aku kuatkan kembali semangatku untuk mendengar penjelasan daripada sesiapa yang ingin menjelaskan. Aku berharap agar aku menerima kata-kata yang baik buat aku. Beberapa detik kemudian, ibu mula bersuara.

?Memang Tamara masih hidup. Dia bisu. Dia lumpuh. Inilah dia!? tegas ibu.

Hatiku sejuk mendengar luahan ibu. Akhirnya ibu dapat memberitahu perkara sebenar.

?Tetapi kami malu! Malu sebab ada anak macam Tamara. Kami tak dapat terima hakikat yang dia bisu dan lumpuh. Keluarga kami jadi tak sempurna sebab dia. Tak bahagia sebab dia!? tempik ibu.

Wajah ibu kutatap. Mata ibu kutenung. Ibu hanya mengalihkan pandangan dan terus masuk ke bilik. Suasana menjadi huru-hara buat seketika. Abang yang mula tidak senang dengan keadaan ini terus meminta kerjasama tetamu yang hadir untuk meninggalkan majlis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience