Completed
1115
Komputer riba abang aku buka. Mujur aku masih ada tangan untuk meluahkan isi hati insan yang hina dimata orang ini. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum aku mula menaip. Setelah hatiku tenang aku mula menaip tiap baris ayat yang penuh dengan makna tersendiri. Setiap baris tersebut aku harapkan agar dapat menyedarkan ibu, kakak dan ayahku.
?Ibu, ayah dan kakak! Tamara harap ibu dan ayah serta kakak sudah sedar bahawa peritnya hidup ini tanpa kalian di sisi. Hati Tamara bagaikan disiat-siat mendengar pertanyaan daripada insan-insan terpilih sebentar tadi. Tamara tak sangka kalian malu untuk menerima Tamara. Tamara mengerti. Mungkin ini adalah suratan takdir buat Tamara. Tamara minta maaf atas segala kesilapan Tamara kepada kalian. Ibu, Tamara sayang ibu! Ayah, Tamara sayang ayah! Kakak, Tamara sayang kakak! Tamara cuma mengharapkan kasih sayang bukan rasa malu atau rasa hina. Selepas ini tiada sesiapa yang akan malu lagi. Tiada yang perlu dirisaukan lagi. Tamara harap semua kebahagian akan datang sekiranya Tamara tiada. Kebahagian yang telah hilang apabila Tamara ditakdirkan menjadi insan istimewa?
Buat abang dan Mak Mawar, Tamara sangat menghargai kalian berdua. Tamara juga sayangkan abang dan Mak Mawar. Terima kasih kerana ikhlas menerima ketidaksempurnaan Tamara. Tamara harap Mak Mawar terus berada di rumah Tamara ya. Tolong temankan ibu, ayah, kakak dan abang Tamara ya. Jangan biarkan mereka merasai keperitan hidup Tamara. Mak Mawar janji ya. Ini permintaan Tamara yang terakhir buat Mak Mawar.
Abang, tolong beri kepada ibu, ayah dan kakak cerpen Tamara ini ya. Sampaikan salam sayang Tamara kepada mereka. Ini adalah kata-kata Tamara yang terakhir. Doakan Tamara ya. Tamara sudah tidak dapat bertahan lagi. Cukuplah 5 bulan Tamara merasa kepahitan hidup. Selamat tinggal semua??
Share this novel