“Ara, jom keluar?” Pelawa Zainor . Suaranya kedengaran riang di talian. Nadrah mengeluh.
“Sorry la Zain, Ara sibuk ni. Zain kan ada Deeba. So why not Zain keluar dengan dia je? Lagipun dia kan girl Zain?” Sindir Nadrah pedas menyengat di telinga Zainor.
“Okaylah macam tu Ara. Thanks. Bye,” Balas Zainor kecewa. Wajah Nadrah berubah. Hatinya tiba-tiba berdebar. Adakah Zainor berkecil hati dengan kata-katanya? Baru sahaja hendak menelefon Zainor semula, tiba-tiba ada panggilan daripada nombor tak dikenalinya masuk.
“Siapa pula ni.” dia mengomel sendirian lalu menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Cik Nadrah ?” ujar satu suara lembut. Nadrah mengerutkan keningnya.
“Waalaikumussalam, ya Nadrah bercakap. Cik ni siapa ya?” balas Nadrah sopan.
“Saya Norlina. Maaf mengganggu,” ujar suara itu lagi. Wajah Nadrah berubah.
“Mana dapat nombor telefon saya ni? Ada apa?” Nadrah cuba mengawal suaranya.
“Saya dapat daripada Zainor . Saya nak jumpa dengan Ara boleh? Hal penting sangat. Boleh?” pinta Norlina benar-benar mengharap.
“Okay, sure. But nanti awak teks kat saya dimana dan pukul berapa ya? Because saya pun tengah sibuk sangat ni. Well, I gotta go. I’m sorry. Bye,” Pantas Nadrah memutuskan talian. Dia mengeluh.
“Ya Allah, apa lagi kini?” dia menjerit kecil.
Share this novel