Sudah hampir sebulan Norlina pergi menghadap Ilahi. Namun, kemarahan Zainor terhadapnya masih lagi belum surut. Entah kenapa, dia sendiri tidak mengerti. Dia melepaskan keluhan berat. Dia cuba menghubungi nombor telefon Zainor . Namun, hampa. Zainor tidak mahu menjawab dan mematikan telefonnya. Nadrah mengeluh lagi. Mungkin Zainor masih terlalu marahkan dirinya. Dia tahu, dia seorang wanita ego dan pentingkan diri sendiri. Mungkin itu adalah pengajaran buat seorang wanita sepertinya. Dia telah mengunjungi rumah ibu bapa Zainor namun kata Datin Fatimah Zainor bertugas di Langkawi. Dan, demi cintanya, Nadrah pergi menjejaki Zainor di Langkawi. Kedatangannya disambut oleh teman baik Zainor, Firdaus.
“Eh, Nadrah! Kau cari Zainor ke?” soal Firdaus. Nadrah tersenyum lalu mengangguk perlahan.
“Hmm, ya. Dia ada?” balas Nadrah .
“Sekejap, aku panggil dia,” ujar Firdaus sambil berteriak memanggil Zainor. Tidak lama kemudian, kelihatan Zainor di sebalik pintu bilik tempat mereka menginap.
“Daus, kau suruh je dia balik. Aku tak ada apa nak cakap dengan dia,” arah Zainor. Firdaus mengerutkan keningnya.
“Weh, gila apa? Dia datang jauh-jauh, kau suruh dia balik?” balas Firdaus terkejut.
“Aku tak suruh dia datang. Jadi, kau suruh dia balik. Aku tak nak tengok muka dia!” teriak Zainor semakin lantang. Nadrah hanya berdiam menahan kesedihan. Firdaus menuruni tangga perlahan mendekati Nadrah. Belum sempat Firdaus membuka kata, Nadrah terlebih dahulu mengerti.
“Zainor suruh aku balik, kan? Okay fine,” ucap Nadrah sayu sambal berlalu pergi diperhatikan Firdaus dan Zainor .
Share this novel