Series
2644
Selepas 5 tahun kemudian
Tahun ini merupakan tahun paling mencabar bagi El kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa kata semangat dan dorongan dari family. Tapi tak apa El dah biasa hidup sesorang. Makan minum ianya semua diurus sendiri olehnya menggunakan wang ditinggal arwah papa. Dengan duit itulah El menyara kehidupannya selama ni. Sewaktu El tengah duduk berehat diruang tamu pintu rumah diketuk. El bangun ke pintu untuk melihat siapa yang datang pada hari minggu ni.
Asalamulaikum.
Walaikumsalam,ya pak cik dan makcik cari siapa?
Ini rumah Datin Sabriyah ke?
Ya saya, tapi saya anak dia mama tidak ada. Makcik dengan pakcik datang kemari atas sebab apa?
Makcik Maksu dan yang ini suami maksu panggil Pak Damad. Maksu dan Pakdamad kemari atas arahan Datin Sabriyah. Mula dari hari ini kami bekerja disini sebab membantu rumah dan driver Datin dan sebelum Datin balik dia suruh maksu kemaskan rumah ni katanya dia tak nak tgk rumah kotor, jawab Maksu.
Apa!! Maksu mama balik, betul ke. Ya allah tak sabarnya El hendak jumpa mama. El rindu mama sangat. kata El dengan perasaan gembira. walaupun mama membenci dia ianya tetap sayang kepada orang tua kerana mama lah ianya lahir kedua dunia.
Ya, betul Datin balik. datin sampai petang nanti. Boleh maksu dan pakdamad masuk.
Aah, El lupa pulak, seronok sangat hahhaha, jemput maksu paksu buat macam rumah sendiri jer. bilik pakdamad dan maksu ada disebelah dapur.
El nak keluar sekejap tau petang nanti El balik. Nak beli hadiah apanya untuk mama kata El sambil berjalan ke luar pagar.
Baiklah anak hati-hati dijalan.
Asamulaikum, Datin Sabriyah selamat kembali ke tanah air. ucap maksu dengan senyuman dibibirnya setelah Datin Sabriyah masuk kedalam rumah banglo tersebut.
Walaikumsalam,jawab Datin Sabriyah dengan muka sombong. Datin melihat sekiling ruang tamu dalam keadaan kemas.
siapa yang kemas rumah ni?
Saya Datin, tapi rumah ni tak adalah bersepah sangat sewaktu saya sampai. rumah dalam keadaan kemas, jawab maksu.
Emm,yelah jawab Datin dengan muka menyampahnya apabila maksu sebut nama El. ianya terus menjalan kearah tangga terus masuk ke biliknya.
Share this novel