Bab 1

Drama Series 2644

Puteri Nur Elsalina Imani binti kamarulzaman seorang gadis yang ceria, cantik dan manja. Tetapi itu semua hanya sementara selepas kematian papa dicintai, pada umur beliau 12 tahun. Mamanya Puan Sabriyah atau dikenali Datin Sabriyah yang amat membenci El dari wujudnya satu nyawa didalam perut Datin tersebut. sebab mengapa ianya membenci anak itu tidak ditahu sampai sekarang.
Selepas kematian papanya El dibesarkan oleh mamanya tetapi itu selama setahun sahaja. pada umur El 13 tahun atau tingkatan 1 ditinggal oleh mamaya untuk keluar negara.
Mama, mama,mama nak pergi mana dengan beg besar ni? tanya El pada mamanya yang melihat mama nya tarik beg besar keluar ke arah pintu keluar.

Ko tak payah nak sibuk urusan aku. suka hati aku lah nak pergi mana sekali pun.

Tak kan mama nk tinggal kan El sorang dalam rumah ni? El berkata lagi. El kan anak mama kalau mama nak pergi bercuti atau pindah bawak El sekali.

Eh, tak ada masa aku nak bawa ko pergi bercuti dengan aku, membazir duit dan masa aku jer. ko tu sapa? engkau kena sedar diri tu sikit, engkau tu keturunan anak haram.

El yang mendengar apa yang dikatakan oleh mama terus diam dan menahan air mata dari terkeluar. sampai hati mama cakap macamtu pada aku. Tak ada sekelumit ke rasa sayangnya kepada aku.

Datin Sabriyah tidak menunggu lagi, dia angkat beg besar tu keluar dari rumah ke kerata yang telah menanti dari tadi. Pak Samad melihat sahaja El menahan daripada menangis itu. Dia tidak boleh buat apa-apa kepada gadis tu kerana ianya hanya drive didalam rumah ini.

Dalam perjalanan ke airport KLIA 2 Datin Sabriyah berkata kepada Pak Samad.

Samad...

Yer saya Datin.

Ini duit gaji kamu dan isteri Mak cik Soleha. Aku hendak kamu berhenti kerja dan balik ke kampung.

Tetapi Datin El kan ada kat rumah banglo itu. Biarlah saya dan isteri tolong jagakan sementara Datin diluar negara. tak kan nak biar El duduk sorang dalam rumah tu. ianyakan masa kanak-kanak lagi.

Aku tak peduli dia duduk sorang-sorang ke, dengan sapa-sapa pun tapi bukan dengan kamu faham. kata Datin kepada Pak Samad dalam keadaan marah.

Pak Samad pun dengan hati terbuku terpaksa menerima arahan tersebut. Selepas Pak Samad pulang ke rumah banglo yang penuh dengan suka dan duka. ianya sampai sahaja dirumah terus mencari isterinya.

asalamulaikum Leha, oooo Leha kamu dimana,abang dah balik ni.

walaikumsalam yer abang, Leha ada kat dapur ni tengah masak untuk El. sahit se Leha pun.

kamu dah kemas barang Leha?

Kemas barang apa abang? tanya makleha dengan perasaan tanda tanya.

kita dah kena berhenti kerja Leha. Kita kena balik kampung. Apa! berhenti kerja, abang biar betul lepas tu El tu macam mana sapa nak jaga, tak kan nak biar dia duduk dalam rumah sorang. abang hoi.

Abang tak tahu lah Leha itu arahan dari Datin.

Hemm, tak apa lah kalau macam tu, kita bawa El balik kampung nyer bang. kesian dekat dia duduk sorang. Atlist ada kita tak adalah dia sunyi. kata makLeha lagi kepada suami dia.

Tulah masalahnyer sekarang Datin tak bagi kita bawah El balik kampung. Biar jer El duduk sini nak mati atau hidup bukan urusan kita dan Datin. Kalau kamu cuba bawak El balik kampung,aku akan buat laporan polis atas tuduhan penculikan budak.

Apa abang!!! ya allah syaitan apa yang dah merasuk Datin tu abang.

Entahlah Leha, abang pun tak faham Datin tu. kita nak buat macam mana petang ni kita balik kampung.

El berada dibiliknya,menangis semahunya dibucu katil, sambil memegang lututnya.El dah dengar apa yang dibincangkan oleh Pak Samad dan Makcik Leha. Sewaktu dia hendak kedapur untuk.minum air. dia menyorok disebalik dinding dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience