Jarum jam tangan berdetak . Beberapa pelajar menunggu jam menunjuk ke pukul 10:30 .
" Murid murid , cikgu nak keluar ni , semua jangan kemana mana , boleh ? " Ujar cikgu Mia .
" Cikgu , saya nak keluar pukul 10:30 , boleh tak . "
" Amir , boleh tak kamu duduk sini sahaja . "
Para pelajar kelas 4 Sains mula bising , tapi tidaklah bising sangat .
" Murid murid , boleh tolong diam tak . "
" Cikgu , kami nak tengok orang ambil SPM nanti , tolonglah . "
" Masa cikgu keluar nanti , cikgu bagi 5 minit je nak keluar , lepastu masuk kelas semula , bukan cikgu tak tahu kamu semua nak jumpa siapa , cikgu pun nak jumpa dia jugak . "
Nur yang pendiam duduk menghadap keluar tingkap . Suara yang bising kedengaran di seluruh pelosok sekolah .
" Kenapa semua sibuk nak keluar , kelas lain pun bising nak keluar , dan siapa yang mereka nak jumpa . "
Nur hanya diam memerhati murid murid keluar satu persatu apabila cikgu keluar dari kelas .
Share this novel