BAB 2

Drama Series 3011

Amira menyambung ayat yang terhenti .

" Tahun lepas , sekolah ini seperti dikurniakan satu anugerah luar biasa . "

" Anugerah luar biasa ? Maksud kau ? " Salina terus bertanya .

" Kau ni , dengarlah apa aku nak cakap , nanti aku taknak cakap baru kau tahu . " Amira geram dengan sikap Salina yang tidak mahu bersabar menunggu dia bercakap sampai habis .

" Ok , ok , sambunglah . " Salina mengizinkan Amira menyambung apa yang ingin diucapkan .

" Ada seorang murid yang masuk sekolah ni 2 tahun lepas , kemasukkan dia ke sekolah ini membawa sebuah sinar baharu . "

" Boleh dikatakan dia adalah seorang yang perfect . "

" Jadi , takkan sebab tu saja , semua nak jumpa dia ? " Salina menyoal .

" Kau tak tahu apa yang buat orang nak jumpa dia , kalau kau sekolah ni tahun lepas , kau pasti mahu jumpa dia . " Amira membalas .

" Tiada orang yang perfect . " Nur bercakap dalam hati .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience