SUDAH tiga tahun berlalu. Di saat hari bahagia persandingan yang tidak dapat aku dan suami lupakan. Semasa sesi bergambar, bermacam-macam aksi yang dibuat. Kami mengikut sahaja kehendak jurugambar.
Jurugambar cukup senang dengan gayaku. Katanya aku pandai bergaya, tapi suamiku malu-malu. Sampai masa untuk bertukar-tukar cincin aku menghulurkan tangan
untuk bersalam sambil mencium tangan suami. Tak sangka suamiku pun berbuat begitu. Apalagi, terhantuk sesama sendirilah. Sanak-saudara dan orang ramai yang sedang
asyik melihat kami bertepuk tangan diringi hilai tawa. Merah padam muka kami sambil tersenyum malu. Tak sangkalah pula tetamu siap. Yang keduanya pada sesi bergambar di sebelah malam lainlah pula ceritanya. Pandailah pula si suami memberikan
'pose-pose' istimewa. Jurukamera tak puas-puas memuji suamiku. Jurukamera menyuruh suamiku mencium dahiku tapi
lain pula yang didengarinya. Dia mengambil tanganku dan terus mencium tanganku. Jurukamera tu terus berkata;
"apa kena dengan pengantin lelaki ni, ada darah gemuruh ke?" Semua yang ada di situ tidak dapat menahan tawa sehingga terpaksa 'take 5 minutes' untuk seketika. Sehingga sekarang,suamiku jadi serik bergambar denganku.
Share this novel