SAYA dipertemukan jodoh dengan seorang duda anak dua yang kematian isteri: melayani kerenah anak-anak perempuan berusia lima dan tiga tahun banyak menguji kesabaran saya yang tiada pengalaman ini. Tetapi, alhamdulillah dengan bantuan suami saya mampu melakukannya dan mereka menerima kehadiran saya dengan baik. Saya juga tidak kekok untuk menganggap mereka seperti anak kandung. Keluarga kami menjadi lebih bahagia apabila saya selamat melahirkan anak kandung sendiri iaitu Aina. Ternyata Along dan Angah sangat sayangkan adik bongsunya ini. Hendak dijadikan cerita, pada suatu malam Aina tidak henti-henti menangis walaupun saya telah mendodoikannya.
Saya turut hairan kerana kebiasaannya Aina akan tidur jam sembilan malam setelah didodoi di dalam buaiannya sambil
saya berselawat. Mungkin dia terlalu mengantuk, lalu saya ke dapur membuatkan susu untuk Aina. Melihat saya ke dapur,
suami pula mengambil tugas mendodoi anak bongsu kami itu. Setelah siap, saya meminta Angah yang berumur tiga tahun
memberikan susu botol kepada suami saya.
"Angah, tolong bagi susu ni kat ayah, adik dah ngantuk sangat tu.
" Dalam beberapa sat sahaja Aina terus diam dari menangis. Selepas itu Angah terus mendapatkan saya dan dengan selambanya berkata; "mama, adik tak sayang mama la,
sebab tu dia nangis kuat. Adik sayang ayah je..
'"' Sava terus tergelak dengan andaian Angah itu. Selepas peristiwa itu.
hebohlah di kampung Angah asyik bercerita tentang adik yang sayang ayah saja. Saya hanya mampu tersebyum..
Share this novel