BAB 2

Spiritual Completed 789

Tiada siapa inginkan perpisahan, namun itulah yang dirasai oleh Syed
Zahim bila tunang tercinta meninggalkan dunia dalam kemalangan jalan
raya. 4tahun pintu hati syed Zahim tertutup buat mana-mana gadis bagi
Zahim tiada siapa yang boleh mengantikan Haleeda Nadia dalam hidupnya.
Jodoh tuhan tiada siapa yang boleh duga, apabila seorang gadis yang
agak kasar menjadi staf baru disyarikatnya. Lebih teruk lagi bila wajah
gadis itu serupa dengan wajah tunang tercinta yang maut dalam kemalangan.
Syed Zahim bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang bila gadis yang
dilihat bukanlah tunangnya, sebaliknya gadis lain perwatakan yang amat
beza ketara tetapi berwajah serupa, adakah dia kembar Haleeda Nadia ?
Pelbagai cara yang dilakukan oleh syed Zahim untuk memikat pelanduk dua
serupa itu, bagi syed Zahim inilah jodoh yang dihantarkan oleh allah SWT
kepada dia dan sama sekali tidak akan melepaskan buat kedua kalinya.
Kemuncullan datin Marlina menjadikan keadaan huru-hara, Syed Ahmad
sepupu kepada syed Zahim merupakan dalang kepada kejadian kemalangan
4tahun lalu, Syed Zahim mengambil keputusan menghilangkan diri tanpa
berita untuk meyiasat bagi menuntut bela atas kematian tunangnya.
Syed Ahmad merasakan dirinya dalam bahaya lalu mengambil tindakan
untuk menculik orang kesayangan syed Zahim iaitu Hanani ahmad, dulu dia
pernah merancang untuk membunuh tunang Zahim Haleeda Nadia anak
kepada datin aisyah, tetapi malangnya takdir lebih memihak kepada
Haleeda Nadia bila dia kemalangan yang tidak diduga.
Adakah Hanani Ahmad akan bersatu dengan Syed Zahim ?
Adakah kebenaran akan terbongkar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience