BAB 6

Spiritual Completed 789

“SORY Encik Zahim , saya dah halang dia tapi dia berkeras nak masuk.”
beritahu PA Syed Zahim .
“Tak apa Yana. Saya boleh handle dia, awak boleh sambung kerja awak.”

“Im kenapa dengan you ni? Call i semua you tak angkat, text ipun tak
reply?!” Marah Adenia Morni .

Syed Zahim tersenyum tawar kepada gadis dihadapanya ini. Adenia
Morni iaitu sepupunya anak kepada abang papanya.

“Ada apa you datang ke ofis I ni?” tanya Syed Zahim .

Adenia Adrina memandang lelaki yang dicintainya itu. Sejak dari dulu
lagi dia menaruh hati kepada Syed Zahim , tetapi hajatnya tidak
kesampaian bila mendapat tahu Syed Zahim mempunyai kekasih hati dan
telah bertunang.

Bila saja dia mendengar khabar berita bahawa tunangnya itu maut dalam
nahas jalan raya, hajatnya untuk memiliki Syed Zahim semakin hampir.
Setiap hari dia melawat Syed Zahim untuk mencuri hatinya. Tetapi apa
yang dia dapat hanyalah layanan dingin daripada Syed Zahim .

Namun dia tidak pernah berputus asa, bagi dia tidak selamanya hati Syed
Zahim akan terus keras. Pasti ada jalan untuk dia lembutkan hati Syed
Zahim .

“I rindu kat you lah I datang ofis you, setiap kali I datang ke rumah
you, mesti you akan masuk bilik tanak jumpa I langsung. Come on la im.
Sampai bila you nak jadi macam ni, past is past, yang pergi takkan
kembali. I sayang u I cinta u sangat im.” pujuk Adenia Morni .

Syed Zahim tersenyum tawar kepada wanita dihadapannya ini. Bagi dia
cinta tidak boleh dipaksa sama sekali. Lagipun dia tidak pernah ada hati
dekat Adenia Morni . Sayang dia kepada Adenia Morni hanyalah
sebagai adik.

“Kalauyou datang untuk cakap benda ni je, I rasa uou boleh keluar kot.
I ada banyak kerja nak buat ni. So please…” Lembut Syed Zahim menghalau.

“Come la im, takkan you tak boleh beri I peluang sekali pun? I janji
you akan bahagiakan you.”
Dia sama sekali tak akan mengalah dengan begitu mudah. 4tahun dia
menunggu, setelah menamatkan master di University of Landondia terus
pulang ke tanah air dan mengambil alih tugas papanya sebagai Pengarah
Urusan syarikat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience