Bab 1

Short Story Series 1254

Jam menunjukkan tepat 6petang namun Pak Karim sudah tidak senang duduk.Kehulu hilir dia berjalan sambil matanya tidak lepas memandang jam."Milah, pukul berapa selalunya si Nurain ni balik?",soal Pak Karim sambil mencekak pinggangnya. Mak Milah mencebik." Aik,kita pula yang dia tanya.itukan anak perempuan awak! Awak lah yang patut tahu bila dia balik!itulah ! Anak perempuan awak tu entah merayap ikut jantan mana tak tahulah,semua awak tak ambil tahu!", Tempelak Mak Milah.Bencinya dia kepada Nurain semakin membuak."Padan lah muka kau Nurain.hidup dari kecil menyusahkan aku je",getus hati Mak Milah.Pak Karim hanya mendengus.Dia perlu selesaikan semua dengan cepat. Hatinya gusar terngiang ngiang dengan ugutan saudara kaya yang banyak membantunya , Razak. "Karim,aku ni dah banyak kali bantu kau .bagi kau duit semua.aku minta satu je, anak kau si Nurain tu.serahkan lah kat aku ni.untung-untung kau dapat menantu kaya,hidup kau pun senang.aku ni dah lama berkenan dengan Nurain tu", Razak berkata sambil membalut rokok daun ditangannya.Berkenan sungguh dia dengan kecantikan si Nurain anak gadis sulung pak Karim itu.Niatnya hanya satu,ingin memperisterikan Nurain sebagai isteri mudanya yang ketiga.Pak Karim terdiam dan mengeluh."aku bukan apa.anak aku si Nurain tu muda lagi razak.nak diserahkan kat kau,jauh panggang dari api.aku tahu kau banyak bantu aku. Tak hidup aku anak beranak kalau bukan sebab kau.Bukan aku tak bayar balik semua tu sikit2",. Razak mendengus lantas bangun ."aku tak kira sekarang ni apa nak jadi ,jadilah .aku nak juga si Nurain tu jadi bini nombor tiga aku!kalau aku tak dapat dia,kau tahulah apa jadi dengan korang anak beranak semua!",Jerkah Razak.Panas hatinya."Jauh panggang dari api?berdebah punya orang tua! ",.Pak Karim menundukkan kepalanya.Jiwanya tertekan.Mak Milah yang terdengar segala perbualan menjerit dari kejauhan ."Abang! Apa masalahnya serahkan Nurain tu kat Razak!orangnya kaya mampu pula tu! Kita pun boleh tumpang senang! Hutang kita ni banyak tau dengan si Razak!",. Razak sedikit tersenyum mendengar Mak Milah menyokongnya."macam ni lah Karim.kau cagarkan Nurain tu jadi bini ketiga aku,segala hutang kau kira langsai! Kalau kau tak nak ,aku terpaksa naikkan bunga segala hutang piutang kau!", Soal Razak. Pak Karim mengeluh sambil termenung.Dia dah berjanji dengan arwah ibu Nurain untuk menjaga segala kebajikan anak perempuannya itu tapi hanya kerana hutang dia terpaksa melanggar janji.Mak Milah tersenyum sinis.Segala beban yang dia rasakan sejak membela Nurain dari kecil kian hilang ."padan muka kau Nurain.Tahulah nasib kau nanti macam mana", terkekeh Mak Milah membayangkan nasib masa depan Nurain.

maaflah ..macam pendek pula tapi biasalah bab 1.dengan demam dan selsema lagi,saya usaha untuk settlekan bab 1.maaf atas kekurangan penulisan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience