Nurain Insyirah,seorang gadis polos yang berasal dari kampung.Tidak berpelajaran tinggi hanya kerana kesusahan keluarga.Tinggal bersama Ayah(Pak Karim) ibu tiri (makcik Milah) beserta seorang adik tiri sama usia ( Artisha ).Cekalnya dia,seusia 17tahun sudah mula mencari rezeki tambahan bagi menampung hidup keluarga.Luluh hatinya saat mengetahui bahawa Ayah dan ibu tirinya menjadikan dia sebagai cagaran kepada seorang lelaki tua hanya gara-gara kesesakkan wang.
Razak , saudagar kaya di kampung.Semua orang meminta bantuan kepada beliau hinggakan beliau alpa dan bangga dengan kekayaannya.Demi nafsu serakah dia memaksa Pak Karim menikahinya dengan salah seorang puteri Pak Karim . Kecantikkan Nurain Insyirah membuatkan beliau makin gila dan menjadikan Nurain Insyirah isteri ke tiga.
Muhammad Hisyam, seorang pemuda kampung yang baik dan rajin.Menyukai Nurain sedari zaman sekolah,namun kecewa tatkala mendapat berita pernikahan gadis yang dicintai .Membawa diri dan menyambung pelajaran di luar negara .Meninggalkan luka di hati Nurain insyirah.tanpa dia tahu keseksaan gadis itu.
Maaf kalau bahasa tulisan saya agak memeningkan.saya cuba sedaya upaya untuk menulis.minat dengan dunia penulisan sejak kecil tapi tak berkesampaian untuk menyambung pelajaran .sekarang hanya mampu meluangkan sedikit masa demi hobi .semoga anda semua terhibur. maaf jika jalan cerita agak membosankan ..saya akan berusaha sebaik mungkin .
Share this novel