BAB 9

Romantic Comedy Completed 42364

Pagi tu, tiba-tiba bas tukar haluan dan tak ikut jalan yang biasa dilalui. Well, ada dua perkara yang sedang menjadi persoalan dalam kepala aku.

Pertamanya, macamana aku boleh sedar yang bas tukar haluan sebab biasanya bila aku naik bas, aku akan terus sambung tidur. Lagi-lagi kalau lepas malam Isnin dan malam Rabu. Malam Isnin aku akan tengok Futurama dekat TV3 dan malam Rabu aku akan tengok Wrestling. Jadi, memang confirm la mengantuk aku tahap air liur baceng yedak?

Keduanya, bas ni nak ke mana ni sebenarnya?

Bas berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah kedai. Kelihatan seorang gadis cantik yang menaiki bas. Dia free hair. Dia mengikat rambut menjadi toncang.

Dia memakai baju kurung. Dia cantik. Dia memakai tag nama dekat baju.

Namanya, aku tak ingat.

Ya, nama dia Aku tak ingat Binti Aku terlupa.

Tak tak aku gurau je. Betul aku terlupa. Usia dia aku jamin mesti lebih dewasa dari aku sebab dia pakai kain warna biru cair. Dan aku rasa aku macam nak terjatuh…lagi.

*******

Semenjak dari hari tu, aku mula berubah sedikit demi sedikit. Aku tetap juga tidur bila aku naik bas. Tapi, aku akan usaha untuk terjaga apabila sudah hampir nak sampai ke rumahnya.

Ya, aku tetap jugak nakal dan main kejar-kejar dekat sekolah macam biasa. Tapi, aku akan berusaha sehabis keras untuk tidak lansung mengotorkan baju sekolah aku. Aku pernah satu hari tu terlempang Sabri sebab aiskrim yang dia makan menitik dua titik dekat baju aku. Bila cikgu datang, aku menangis lagi kuat dari Sabri supaya aku tak kena marah. Aku selamat.

Selalunya sebelum ke sekolah, aku akan sikat rambut rapi-rapi. Tapi sekarang, aku siap pakai bedak wangi dan perfurme ayah.

Walaupun dia naik satu bas dengan aku, tapi sayang kami tak satu sekolah. Yela dah memang terang-terang tak satu sekolah. Dia sekolah menengah dan aku sekolah rendah. Peluang yang aku pun ada cumalah pada waktu nak balik sebab pada waktu balik tu, entah kenapa selalunya bas tak padat macam waktu pagi.

Dan, setiap kali itulah aku akan cuba nak tarik perhatian dia. Aku akan buat lawak-lawak bodoh kuat-kuat dengan harapan walaupun dia tak pandang aku masa tu, dia masih lagi boleh curi dengar dengan lawak yang aku buat dan tersenyum bila kena punchline nya. Ya, aku berharap.

Tak boleh berborak dengan dia pun, jadi punca untuk dia tersenyum pun aku dah cukup rasa gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience