Rate

Bab 2

Fantasy Series 1609

[Ixora's PoV]

  "Hoi!" seseorang menegur aku dari belakang.

  Aku memutarkan badanku kebelakang. Rupanya Xeena!! Kakak kembarku!!

  "Xeena!!" Jerit aku sambil cuba untuk memeluknya, tapi niatku terhenti.

  "Jangan peluk." Ujarnya dingin.

  "Aku bukan nak peluk pun." Aku cuba cover sikit. Namun dibalas dengan jelingan.

  "Yelah..Yelah.. Apa yang kau buat kat sini?"

  "Pengetua Klaus suruh aku ambil kau kat sini. Dah jom pergi asrama kau." Belum sempat aku menjawab, Xeena sudah pun berjalan ke hadapan meninggalkan aku, "Cepatlah sikit, banyak lagi hal yang kau kena buat ni." Sambungnya lagi.

  Ketika dalam perjalanan kami ke asrama, seseorang menegur aku dari belakang, "Xeena!"

  Dahlah salah sebut nama, peluk aku pula tu, wahai orang tak dikenali, kau sedar tak kesalahan kau?

  "Hmp, Xeena?" Ujar orang yang tak dikenali tersebut. Baru aku ingin menjawab, Xeena terlebih dahulu menjawab.

  "Hoi! Hoi! Xeena kat sini!" Xeena kelihatan tidak puas hati.

  "Kau siapa?" Soal orang yang dikenali itu. Tak guna, sepatutnya aku yang tanya macam tu.

  "Er. Hai, saya Ixora Isadora, adik kembar Xeena."

  Orang yang tidak dikenali itu tidak henti-henti memerhati wajah aku dan Xeena. Tak percaya kut.

  "Wah! Hai Ixora!" Dia memeluk aku semula. What The Heck!?

  "Kau siapa?" soal aku.

  "Oh lupa, Nama aku Ryusa Gabriel. Panggil Ryusa je, rakan sekelas dan BFF kakak kau." Ujar Ryusa.

  "Ohya, kau ada jumpa Wiuna tak?" Soal Ryusa kepada Xeena secara tiba-tiba.

  "Tak, oh tu! Rince, sini jap!" Ujar Xeena sambil memanggil seorang perempuan berambut perang dan beranak mata berwarna ungu.

  "Pa?" Soalnya selamba tapi dengan senyuman. Pelik bin ajaib.

  "Mana kakak kau?" Soal Xeena kepada Rince.

  "Oh, dia pergi perpustakaan. Biasalah, kawan baik dia kan kat sana. Plus, diorang bertugas jaga kawasan perpustakaan." Terang Rince sebelum pergi.

  "Oh ya lupa pulak, Ryusa, kau tak bertugas ke?" Soal Xeena kepada Ryusa, aku hanya mampu memerhatikan mereka dari tadi.

  "Aku baru balik dari pejabat guru, aku jumpa Puan Han tadi." Ujar Ryusa. "Kau pula?"

  "Aku sepatutnya jaga cafeteria, tapi kena suruh ambil adik aku, so ada alasanlah." Jawab Xeena sebelum kami pergi meninggalkan Ryusa yang terpaksa pergi bertugas walaupun dia malas.

  Selepas itu, aku dan Xeena mula berjalan ke asrama sambil berborak-borak.

  "Xeen, bertugas apa?" Soal aku yang dari tadi tidak faham dengan apa yang mereka bincangkan.

  "Bertugaslah.. Aku pengawas. Kau tak perasan, ke? Baju aku lain dari baju kau." Ujar Xeena.

  Baru aku perasan, uniform aku warna putih, uniform dia warna hitam-emas. cemburu la pula.

  "Ohya, lagi satu. Memang kat sini takde pelajar lelaki, eh?" Soal aku.

  "Ada, tapi diorang kelas malam. Night Class student."

  "Xeen dah jumpa Partner?" soal aku buat kali kedua.

  "Dah, Ryusa."

  "Oh! Patutlah korang rapat semacam."

  "Kenapa? Kau ingat aku ni Serai? Halia?" Aku pun tak pasti dia buat lawak atau bukan. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.

  Jalan punya jalan, akhirnya sampai di asrama. Kami pergi ke meja pendaftaran untuk mengambil kunci asrama.

  "Selamat pagi. " Ujar pekerja yang bertugas di meja pendaftaran.

  "Urm, adik saya orang baru, nama Ixora Isadora." ujar Xeena. Entah apa yang pekerja tu buat terus dia bagi kunci.

  Xeena mengambil kunci tersebut dan membaca nombor bilik yang tentera di kunci tersebut. "Dah agak dah," Ujarnya.

  "apa yang kau agak?"

  "Kita sebilik." Ujarnya lalu membawa aku ke asrama.

  0922, itu nombor bilik kami.

  Selepas itu, entah kemana Xeena nak bawa aku. Aku hanya menurut.

  "Selamat pagi, Prof. Klaus." Ujar Xeena sebaik sahaja kami tiba di pintu utama pejabat pengetua.

  "Selamat pagi. Kamu ada bawa Ixora?" Soal pengetua.

  "Ada,"

  "Selamat pagi Ixora. Duduk." Pelawa Pengetua. Kami berdua duduk.

  "Xeena, saya tugaskan kamu sebagai ketua untuk jamuan pengawas minggu hadapan." Ujar Pengetua. Xeena hanya mengangguk faham.

  "Ixora, saya ingin melantik kamu sebagai pengawas, seperti kakak kamu."

  Mata aku mulai bersinar-sinar, tak percaya. Aku nak sangat!

  "Betulkah?" Soal aku.

  "Ya. "

  Aku tersenyum gembira. Pengetua terketawa kecil melihat gelagat aku seperti budak kecil yang mendapat gula-gula.

To be continued...
 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience