[Ixora's PoV]
Bunga ros yang berada di depan mata tidak henti-henti ditenung oleh aku. Betul kata orang, sedangkan bunga ros yang berwarna merah pun mempunyai bayang-bayang yang berwarna hitam.
Aku Ixora Isadora, seorang gadis yang berumur 15 tahun, mempunyai kuasa berunsur semula jadi.
Aku tinggal seorang diri di sebuah pekan, aku tidak berasa keseorangan kerana aku mempunyai sebuah taman yang cantik dengan hiasan pokok-pokok bunga yang aku tanam dengan kuasa aku. Bukan itu saja, jiran-jiran pun peramah dan baik hati.
Sedang fikiran aku melayang jauh entah ke mana, satu suara memecahkan lamunanku.
"Hello! Ada sesiapa?" Ujar seorang perempuan.
"Ya, sabar!" Jawab aku.
Aku mempercepatkan langkah ke pintu utama.
"Urm, ya?" Soal aku sebaik sahaja tiba di hadapan pintu. Jelas terpampang wajah seorang perempuan.
"Maafkan saya, ini Cik Ixora Isadora?"
"Ya saya."
"Wah untung jumpa, saya nak minta tolong sikit. Pokok bunga saya ni tak pernah tumbuh, boleh tolong saya tak?"
Perlahan-lahan mataku melirik ke pokok bunga yang ditunjukkan.
"Owh boleh." Aku membawanya ke meja yang terletak di kaki lima. Jari digerakkan ke kiri ke kanan dan akhirnya pokok bunga tersebut tumbuh.
"Terima kasih!"
"Sama-sama. Datanglah lagi." Aku tersenyum.
Selepas figura perempuan itu hilang, aku kembali masuk ke dalam rumah.
Aku duduk di kerusi, tangan diangkat dan membaca mantera untuk menggerakkan botol air. Entah kenapa botol air itu tiba-tiba mengeluarkan ketawa jahat dan tidak henti-henti menyimbah air kearah aku selepas aku membaca mantera.
"Ai! Um!" Tidak lama kemudian ianya berhenti, habis basah seluruh badan.
Sudah berkali-kali aku berlatih kuasa aku keatas benda tak hidup, semua tak jadi. Kuasa aku cuma menjadi untuk tumbuh-tumbuhan sahaja. Tak best la!
Baru sahaja berniat ingin membersihkan diri, kedengaran pintu diketuk beberapa kali.
"Kejap!" Jerit aku.
Aku berlari ke depan pintu, kelihatan tiada siapa-siapa di sana. "Hello?"
"Kat sini, Atas sini!" Aku memandang keatas, kelihatan sebuah kertas bercakap.
"Arg!!!" Kami berdua menjerit terkejut.
"Diamla!" Marah kertas tersebut.
"Kau siapa, hah!?"
"Good Question! Aku kertas jemputan dari Wicca Academy, aku datang sini untuk menjemput Cik Ixora Isadora untuk ke Wicca Academy." Ujar Kertas tersebut.
"Wicca......Wait what!! Wicca Academy?" aku terlopong sebentar.
Sudah lama aku menghantar surat kemasukan, akhirnya diterima juga. Maklumlah, kakak kembarku, Xeena Isadora sekarang berada di sana, aku pun nak juga. Lagipun dia mempunyai kuasa telekinesis, bukan semua orang ada kuasa ni.
"Sila berkemas sekarang, esok saya akan datang jemput Cik pukul 7 pagi."
"Sekejap, cuba kau buktikan bahawa kau tak menipu." Aku mengecilkan mata tanda Apa-bukti-kau?
"Muka aku nampak menipu, ke?"
"Hmp, kau tiada muk-"
"Dah..Dah.. Baik kau masuk dalam kemas-kemas, tengok diri kau, dahla basah kuyup. Kau mandi tak tanggalkan baju eh?"
"Yelah-yelah.. Ish!"
•••••••••••••••
Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan aku bertemu dengan si Kertas.
"Dah siap kemas?" Soal si Kertas.
"Dah!" Aku tersenyum. Terdapat 3 beg besar dan 1 bagasi roda.
"Angkat satu beg yang paling penting." Aku menurut arahan, seterusnya entah apa si kertas buat, beg aku yang lain masuk ke dalam buih dan hilang.
"Beg aku pergi mana?"
"Asrama kau."
"Wah!! Kuasa kau memang menakjubkan." puji aku dengan ikhlas.
"Hehe! Takdelah." I wonder if he is blushing. HAHA!
"Eherm, dah jom..Eh kejap!" Sambung si Kertas. Aku terhenti seketika, tiba-tiba aku masuk ke dalam buih, dalam sekelip mata buih itu meletup dan aku sudah pun memakai baju sekolah Wicca.
Mataku bersinar-sinar kagum.
Tanpa melengahkan masa, kami berjalan ke arah stesen kereta api.
Ketika dalam perjalanan, si kertas memulakan bicara.
"Logo kat baju kau tu penting, kau kena bawanya walau ke mana pun."
"Kenapa pula?"
"Jangan banyak tanyalah."
Aku mengangguk dan suasana kembali senyap.
"Ok dah sampai!" Ujar Si kertas yang memecahkan kesunyian.
Kami turun dari kereta api dan bergerak ke pintu pagar sekolah. Baru nampak pagar sekolah, aku dah rasa kagum sangat sebab papan tanda sekolah tu sangat cantik, terdapat beberapa ukiran yang diukir oleh pengukir terkenal.
"Dah, dah.. Jom Masuk!" Ujar si kertas. Aku hanya menurut.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam sekolah tersebut, aku benar-benar terkejut melihat keluasan sekolah tersebut, memang besarlah kerja si tukang kebun, kesian.. kesian..
"Aku boleh hantar kau sampai sini saja." Kata si Kertas sebelum menghilangkan diri.
"Jap!" Ohno! Apa aku nak buat ni, dahlah ni kali pertama aku kat sekolah ni.
"Hoi!" kedengaran suara seseorang menegur aku dari belakang.
To be continue....
Share this novel