Rate

Bab 2

Adventure Series 662

Hari yang dinanti kini tiba jua. Kelihatan para peserta Travelistar sudah berkumpul di lobi bangunan Kementerian Pelancongan seawal 7.30 pagi sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Enam sekolah telah dipilih dan bersetuju menghantar wakil pelajar menyertai pertandinagan. Beberapa krew rakaman serta pengacara sudah mula merakam suasana sekeliling bagi dijadikan bahan berita. "Hei,Adira.Sekiranya rasa tidak mampu,cepat2 tarik diri.Masih sempat lagi.Jangan sampai gagal dan menyebabkan seluruh ahli keluarga kita malu nanti. Percuma sahaja terpampang di TV! " Kata2 Kak Edora hanya dibalas dengan cebikan.Kali ini Adira tidak akan membiarkam kakaknya itu menjatuhkan semangatnya! Ini masa untuk bersinar dan menjadi perhatian keluarga pula!

"Adira,jaga diri baik2,ya?Ibu doakan yang terbaik untuk kamu. Jangan lupa baca semua tip yang Kak Edora telah beri. Itu hasil pengalaman sendiri dan pastinya sangat membantu kamu dalam pertandingan nanti." Ibunya tetap tidak habis2 mengangkat dan menjulang nama anak emas kesayangan.Adira terpaksa menelan sahaja segalanya. Setelah sesi bersalaman dan berpelukan tamat, keluarga Adira terus pulang meninggalkan dirinya seorang. Cuba menahan rasa sebak, perasaan gembira pula perlu mengambil alih suasana. "Wah... nampaknya kumpulan lain juga sudah tiba.Semuanya macam ceria".Kelihatan hampir semua wakil dari sekolah2 yang bertanding turut berada di situ. Berbeza dengan Adira yang keseorangan,mereka masing2 mempunya tiga orang ahli pasukan. Setiap orang sibuk beraksi dan berswafoto (selfie) dan berbual rancak sesama sendiri. 'Come on, Adira! Jangan takut! Saya sudah berazam mahu berdikari. Kenapa perlu bandingkan diri dengan kumpulan lain.?Apa yang perlu dibuat adalah fokus dan buktikan kepada semua pihak, siapa Adira sebenarnya! ' Setiap peserta mempunya nama kumpulan masing2 seperti HIJAB SISTER yang bertudung labuh dan mengisi masa lapang dengan bertafakur,GIRL POWER yang kelihatan agak geeky dan kaca mata setebal 2 inci! dan seterusnya ABANG SADO dan yang terakhir kumpulan FUNTASTIQ.

Tiba2,kelihatan sebuah kereta Mercedes Vito berwarna hitam berkilat dipandu masuk melalui bulatan di hadapan perkarangan bangunan.Nampaknya kumpulan The Wannababes pun sampai.

Share this novel

rifa qaisarah
2020-05-01 22:37:47 

bestnye buat la yg kedua

rifa qaisarah
2020-05-01 22:37:45 

bestnye buat la yg kedua

rifa qaisarah
2020-05-01 22:37:44 

bestnye buat la yg kedua


NovelPlus Premium

The best ads free experience