Rate

Bab 3

Adventure Series 662

Kumpulan The Wannabes pun keluar dan berjalan dengan penuh gaya diva mereka. Fasha, selaku ketua kumpulan yang bergaya dengan cermin mata Gucci nya dan beg-beg yang berjenama begitu juga dengan ahli yang lain.Sememangnya mereka yang terdiri daripada anak Tan Sri dan Dato' harus bergaya dengan penuh diva dan membeli barang berjenama.

Nampaknya semua krew dan jurukamera terus menuju ke arah mereka. Sudah pastinya wajah-wajah mereka masuk dalam liputan tv yang akan dipertontonkan seluruh rakyat Malaysia. "Baiklah!Nampaknya semua kumpulan telah pun sampai. Maka, perjalanan kita dalam pencarian ini akan diteruskan di Melaka! " kata AC Mizal,pengacara dalam pencarian itu.

"What?! Kenapa dekat Melaka?! Why we not go to Paris or London?!" Bertalu-talu soalan keluar dari mulutnya Diana mengeluh. "Iyalah, tempat ini langsung tidak setaraf dengan kita. Buat penat je beli sweater tebal-tebal.Ingatkan nak ke luar negara. " sambung Shasha pula. Muka mereka yang terkejut beruk itu tidak disedari kerana ia sedang digambar oleh jurukamera di situ. " Girls! You alls tau tak yang kita ni tengah dirakam untuk liputan TV! So, you camera man, I nak you delete video tu tadi." Arah Fasha selaku ketua di situ kerana takut seluruh Malaysia melihat wajah cantik mereka yang bertukar buruk tadi. Kumpulan yang lain hanya diam melihat kelakuan 7 diva gedik di situ.

"Baiklah semua! Di sini terdapat 3 buah beg.Kalian perlu mengisi barang keperluan ke dalam beg tersebut." kata pengacara. " Alamak! Beg ni hanya ada 3 saja. " kata Sazzy. Sazzy memang tidak suka untuk berkongsi barang peribadi nya apatah lagi untuk menyimpan ke dalam beg yang tidak cukup dengan jumlah ahli mereka. "Be relax guys. We just keep the things that we need such as selipar, baju,berus gigi and macam-macam lagi lah. Tak perlu banyak. "Arah Fasha.
"Mmmm.. Awak semua. Nah, ni saya ada beg lebih so ambillah. " Pelawa Adira kerana dia hanya sebatang kara sahaja dan tidak perlu meletakkan begitu banyak barang.Hanya 1 beg sudah cukup!
"Huh! Why you not giving to us early. Kami semua kelam-kabut tau tak." Fazura lalu merampas beg tersebut dan menjeling Adira.
'Ceh! Orang dah bagus-bagus bagi tapi marah pulak. Sombong!' kata Adira dalam hati.

Adira terus mendapat kad sabotaj kerana dia orang yang paling pantas mengemas barang-barang ke dalam beg tersebut. Bertuahnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience