Redha

Short Story Completed 5918

Dua hari lagi, bakal berlangsung perkahwinan antara Fitrah dan Azhar . Syakir masih lagi bercuti di rumah. Lebam bawah matanya masih lagi tidak hilang. Teringat akan peristiwa malam itu, sakit hatinya bagai di panah petir. Dia tenggelam dibawa arus perasaan yang bercampur. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih. Lengannya telah lama diletakkan di atas kepala. Lamunannya tersentap apabila telefon bimbitnya tiba-tiba bergetar, matanya mengintai. 'FITRAH'.

'apalagi kau nak. kau dah hancurkan hati aku. kau tipu aku. selama ni kau berlakon depan aku. cinta, sayang semuanya palsu. Aku takkan maafkan kau.' bentak hatinya.

Panggilan itu tak dijawab. Telefon itu bergetar sekali menandakan ada mesej telah diterima.

Fitrah :

Saya minta maaf. saya tahu saya salah. Saya tak nak selepas kita bercinta dan berkahwin, awak kecewa dengan saya. Saya tidak mampu berbuat apa . saya redha dengan yang terjadi. saya telah hilang segalanya. Walaupun dia bukan laki yang baik,saya terima sahaja apa yang tertulis untuk saya. Kali ini, kalau benar-benar awak sayang saya. Hantar cincin dan kahwin dengan saya. saya tak sanggup hidup dengan dia sebenarnya. dia panas baran. dia pukul saya. saya sakit. kalau awak benci saya, apa saya boleh buat. doakan yang terbaik untuk saya..

Airmatanya mengalir. Hatinya keras hendak membalas mesej itu.

'kenapa kau tipu aku?biarlah aku pergi dari sini..' itu sahaja bermain di fikiran dia. Telefon itu pula di hempas keatas katil..
....................................... ............................

"Jauhkan mengelamun Kir"
"eh takde lah. aku rindu arwah ayah aku je."
"sebab tu aku bawak kau ikut aku ke German ni. Biar tenang sikit hati kau tu." ujar Faiz.
Selepas sebulan berlalu. Fitrah berkahwin dengan Azhar. Mereka selamat diijabkabulkan. Semua atas kehendak bapanya. Syakir membawa diri kerana hatinya tidak sanggup menahan derita. Ketika ini, Faiz sahaja kawan baiknya yang sanggup mendengar kata-katanya. Amir pulak telah beristeri. Khabarnya mariam mengandung 3 bulan.

"esok nak balik Malaysia dah? kau nak pergi mana?"
"kau bawak je aku kemana pun. aku ikut je. tapi nanti balik Malaysia aku nk bawak kau ke satu tempat yang best.boleh?"
"boleh je."

........................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience