Indah

Short Story Completed 5918

"saya nak mula macam mana ni."
"takpe awak tak payah takut. mudah je kan. ni kan bidang awak. saya awak snap je mana-mana angle yang menarik."
"baiklah. tapi sebenarnya ni festival apa?"
"ni Festival Kebudayaan dan Kesenian. tahun ni dekat Melaka. Festival ni seminggu tapi kita 3 hari je."
"lah saya minta izin ayah saya 5 hari."
"kalau macam tu bagus lah kita bercuti." Fitrah tersenyum.
"ikut awaklah saya tak kesah."
"kalau macam tu . nanti saya bagi awak kunci bilik."

Tercengang Syakir melihat kecantikan model-model di festival itu. dia berjalan sepanjang festival tu. matahari agak terik. Kadang-kadang dia mengintai juga si Fitrah tu. ada lah jugak dua tiga keping gambar tangkap. Sememangnya Fitrah tahu lensa kamera betul-betul kearahnya. Apa lagi satu senyuman yang manis di lemparkan. walaupun fitrah masih sibuk mempromosikan corak batik dan fesyen terbaharunya, Syakir sempat menguji kepakarannya dalam bidang fotografi. lensa tetap fokus kearah wanita misteri itu.

"macam mana kerja hari ni ? okay? "
"hmm.. okay."
"makanlah dulu sebab lepas ni kita ada pertunjukan fesyen busana di pentas utama."
"awak tak makan sekali?"
"saya tak makan lagi. kejap lagi."
" kalau macam tu kita makan sekali kejap lagi." mata mereka bertentangan. jantung Syakir berdegup laju.

.................................................................. ......

Hari ini hari terakhir kerja Syakir sebagai seorang fotografer dekat Festival ni. Dia terasa sekejap sangat dekat Melaka ni. Siang tadi Fitrah ada ajak Syakir pergi bersiar-siar dekat pantai Klebang malam nanti.

"malam ni jadi ke tak?"
"mesti lah. kerja dah habis. yeayy."
"suka yee awak"
" awak tak suka?"
" saya suka awak je. gurau je "
Syakir berdekah.
"pandai ye awak nak cia cia dengan saya"

masing-masing tersipu-sipu. Mee kari masih lagi dijamu. Hari pun lewat petang. tapak festival tu pun dah makin sunyi. hanya tinggal khemah-khemah kosong dan pihak penganjur sahaja untuk kerja pembersihan.

" lepas ni kita balik bilik, lepas tu pukul 8 kita jumpa balik ya."
" okay. baik boss,"
"saya bukan boss lah. awak memang suka bergurau ya. "

setelah semua selesai. barang-barang dah sudah dikemas. mereka beransur pulang. Syakit perasan ada mesej masuk bertubi ke telefonnya tapi seperti biasa kalau tak Faiz, mesti Amir yang mesej dia.

Bilik Syakir tak la sebesar mana. selesa jugalah untuk dia seorang. Sejuk walaupun tiada penghawa dingin. Dia meletakkan kepala diatas bantal. Hilang rasa letih dia seketika. dari pagi sampai petang ke hulu ke hilir menangkap gambar sahaja. hari ni pula majlis penutupan. Kehadiran ramai orang awam dan juga perasmi festival ini iaitu Menteri Kesenian dan Kebudayaan. Suasana riuh tadi masih lagi terdengar di hujung telinga dia.

"tapi bila lagi lah dapat jumpa Fitrah? Mungkin lepas ni dah dapat jumpa dah."Syakir berkata sambil memandang kipas yang ligat berpusing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience