N1 : KELUARGA

Vampire Completed 5916

Kali kesepuluh Liya membuat kesalahan. Kesalahan ini agak serius sehingga mak ciknya merempuh masuk dalam biliknya. Nada suara mak ciknya agak meninggi seperti berisi kejengkelan - tidak senang dengan kesalahan Liya yang berulang-ulang. Liya sudah tahu apa yang akan berlaku pada dirinya.

"Kau tahu tak sekarang sudah pukul berapa?! Kau ni memang nak kena!" Teriak mak ciknya.

Mak ciknya menarik tangan Liya ketika Liya menggosok mata. Terkejut Liya dan dia terus merayu supaya tidak dikenakan hukuman. Kali pertama hingga kelima, Liya hanya terkena hukuman ringan iaitu mengemas sekeliling rumah. Bayangkan rumah banglo dua tingkat, persekitaran di luar bersepah dengan daun-daun kering, pakaian yang bersepah perlu dikutip untuk dibasuh dan memasak. Lima kali Liya dimarahi oleh mak ciknya atas kerana masakan Liya. Liya tidak reti memasak. Dia tidak sempat menuntut ilmu masakan dari arwah ibunya.

Kali keenam, kesabaran mak ciknya kian hilang. Kali itu juga, Liya hampir kehilangan rambutnya. Habis rambutnya dipotong pendek. Tapi tidak mengapa, rambut Liya senang panjang dalam waktu yang singkat. Kali ketujuh hingga kesembilan, Liya hampir-hampir dibunuh oleh anak lelaki mak ciknya.

"Aidil! Kau pergi bangunkan budak sial tu. Aku dah penat bangunkan dia!"

Aidil hanya menurut sahaja pada waktu yang sama dia ada niat buruk kepada Liya. Pintu Liya diketuk tiga kali. Tiga kali itu juga, tiada sahutan daripada Liya. Aidil memusingkan tombol pintu dan terpapar seorang gadis lena dibuai mimpi. Aidil tersenyum. Aidil perlahan-lahan bergerak ke arah Liya. Dia menyentuh pipi mulus dan menyelak rambut Liya ke telinga.

"Sayang. Bangun baby" kejut Aidil.

Liya membuka mata perlahan-lahan. Terkejut pabila melihat anak mak ciknya. Pada waktu itulah, Liya hampir kehilangan daranya. Nasib mak ciknya ada pada waktu itu. Aidil terpaksa dikurung dalam bilik selama tiga hari. Umurnya muda tidak patut berbuat sedemikian. Mana taknya baru berumur 19 tahun lagi muda dari Liya. Liya sahaja berumur 23 tahun.

Kali kesepuluh adalah hukuman paling kejam. Mak ciknya sudah bosan dengan kelakuan Liya. Darahnya sudah menggelegak panas. Tangan Liya ditarik dan dibawa sampai ke dapur. Pada waktu itu, Syidah, anak perempuan mak ciknya baru habis menggoreng ikan.

"Syidah! Kau ke sana! Aku nak celup tangan budak ni!" Teriak mak ciknya.

Syidah kaget. Sungguh dia terkejut atas perbuatan ibunya. Minyak masak semakin panas. Perasaan mula berdebar. Syidah sudah berusaha menghentikan perbuatan ibunya namun tidak berjaya.

"Mak! Tolong jangan buat Kak Liya macam tu!"

Tangan kiri Liya dicelup dengan minyak panas. Menjerit Liya. Air matanya mengalir dengan deras. Sudah puas mak ciknya buat sedemikian, Syidah terus mengambil tuala.

"Kenapa Kak Liya tak lari sahaja?" soal Syidah.

Liya membisu. Air matanya yang menemani.

Dunia ini semakin kejam. Inilah keluarga NUR AMIRA ALIYA. Anak yatim piatu dan dibesarkan oleh mak ciknya.

"Syidah, kalau aku keluar rumah ni, dapat ke aku jumpa mak bapa aku?" soal Liya kepada Syidah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience