Liya mengerling ke arah jam. Jam menunjukkan pukul 11: 45 malam. Perasaannya mula berdebar-debar. Fikirannya mula serabut. Lari atau stay? Dia teringat semula kata-kata Syidah pada pagi tadi.
"Kalau akak nak lari, lari sajalah. Dia takkan cari akak lagi dah." kata Syidah.
"Nanti Syidah kena serang dengan mak." jawab Liya. Syidah hanya tersenyum.
"Syidah mana rapat dengan akak pun. Kes tadi tu pun Syidah cuba selamatkan akak. Dah tahap melampau mak buat kat akak tadi." Liya terdiam seketika.
Liya hanya mampu melihat tangan kirinya yang dibalut dengan tuala kecil. Dia terkenang memori pahit dari kecil hingga sekarang ketika hidup bersama dengan mak ciknya. Semakin kejam mak ciknya menghukum dirinya. Hampir nyawanya tercabut. Dia terfikir sejenak.
"Mungkin aku patut mulakan hidup baru." omelnya sendiri.
Tepat pukul 1 pagi, Liya sudah bersedia untuk melarikan diri. Dia membawa beg sandangnya. Dengan perlahan-lahan, pintu dikuak. Kepalanya ke kiri dan ke kanan untuk beberapa kali supaya tiada orang nampak kelibat dirinya. Dalam keadaan gelap, dia mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3310 dari poketnya. Lampu dari telefon bimbitnya dapat menerangi kawasan ruang tamu walaupun dalam keadaan gelap.
Dia perlahan-lahan melangkat pintu utama. Liya memulas tombol pintu. Pabila pintu dibuka, cepat-cepat dia terus berlari sekuat hatinya. Jantungnya mula berdebar pabila melihat kawasan rumahnya amat gelap dan suram. Dia berlari asalkan rumah mak ciknya tidak kelihatan lagi di matanya.
Ketika leka berlari, dia mula lelah. Dia ternampak satu perhentian bas. Dia mengambil keputusan untuk berjalan ke sana. Sampai di perhentian bas, dia duduk seketika. Beg sandangnya dibawa kedepan untuk mengambil air. Air diteguk dengan rakus.
Satu per satu kereta melalui perhentian itu. Liya mula keliru. Kemana dia mahu pergi? Tiba-tiba ada satu kereta Honda Civic berwarna hitam berhenti di perhentian bas. Liya mula kaget. Tingkap kereta diturunkan.
Terpapar seorang lekaki bermata sepet dan mempunya kening yang agak tebal. Bermata sepet dan memiliki kulit yang putih. Dia hanya melihat ke arah Liya. Liya mula rasa takut. Tingkap kereta diturunkan. Pelik rasanya. Apa motif dia berhenti tadi?
Kereta itu terus meninggalkan dirinya. Liya hairan. Kenapa dengan lelaki tadi?
"Ah! Tak payah fikirlah Liya!" omelnya.
Dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Jam tangannya dikerling.
"2.45 pagi"
Perjalanan diteruskan. Sungguh sunyi pabila dia berjalan di jalan raya. Bagaikan jalan raya di Karak. Hanya ada bunyi cengkerik dan serangga yang lain. Ketika sedang berjalan, Liya terdengar satu kenderaan lain. Bunyinya seperti van.
Baru sahaja memandang belakang, van itu terus memecut laju dan berhenti berhadapan Liya. Dua orang lelaki keluar dari van tersebut dan terus menculik Liya. Seorang menekup mulut dan hidung dan lagi seorang memegang tangan Liya. Liya cuba memeronta namun kudratnya lemah.
Mereka membawa masuk Liya ke dalam van.
"Makan besar kita malam ni!"
Baru sahaja meneruskan pemanduan, van berhentj secara tiba-tiba. Mata pemandu dan dua orang pembantunya terkejut.
"Oi kenapa?"
Menggigil-gigil pemandu menunding jari telunjuknya di hadapannya.
"Siapa pulak tu?! Kau hon lah!"
Seorang lelaki yang memakai jaket hitam berdiri tegak di hadapan mereka. Sebelah tangannya penuh dengan cairan berwarna merah. Senyuman jahat diukir di bibirnya. Dia menjilat tangan yang dipenuhi darah bagaikan orang yang sedang kelaparan. Rakus dia menjilatnya. Tangannya yang sebelah lagi memegang anak kucing yang telah mati.
Siapakah lelaki itu?
Share this novel