4

Short Story Series 2018

“BARU nak balik?”

Hafiz diam sambil memandang tajam kearah Dato Taslim. Kasih menghentikan langkahnya sebaik mendengar perbualan itu.

“Apa nak jadi dengan kamu ni, Hafiz? Papa tak pernah kurang bagi kasih sayang pada kamu, Hafiz. Apa lagi kamu nak?”

“Hafiz nak Kasih keluar dari rumah ni.”

Kasih tersentak mendengar apa yang diperkatakan oleh Hafiz itu. Hatinya kian menjadi remuk mendengar kata-kata Hafiz yang cukup menyakitkan hati itu.

“Apa? Kamu ni dah gila ke, Hafiz? Kasih tu adik angkat kamu, bukan orang luar dah! Kenapa kamu sanggup halau dia keluar rumah ni?”

Hafiz diam. Rahangnya mula bergerak-gerak apabila mendengar kata-kata papanya itu.

“Hafiz, papa dah penat tau nak layan perangai kamu ni. Stop, Hafiz!”

“No!”

Dato Taslim terkejut mendengar anaknya yang sudah berani melawan dirinya. Dia memandang wajah anaknya yang kian menjadi kemerahan itu.

“Hafiz, stop it!”

“No! No and never! Kalau papa taknak suruh Kasih keluar dari rumah ni, biar Hafiz yang keluar dari rumah ni!”

“Hafiz!!”

Hafiz laju melangkah keluar dari rumah itu. Laju tangannya cuba membuka pintu keretanya itu.

Namun, Kasih pantas bertindak. Laju kunci kereta itu diambil dari tangan Hafiz sebelum lelaki itu ingin membuka pintu kereta. Hafiz hanya menghela nafasnya.

“Bagi kunci tu, Kasih.”

Kasih menggeleng kepalanya lalu menarik lengan Hafiz. Seolah-olah dia tidak mahu lelaki itu pergi dari rumah itu.

“Papa dan mama sayangkan kau sorang, Kasih. Aku kena pergi. Pergi jauh daripada keluarga aku.”

“Aku mula faham aku ni memang dah tak penting dalam keluarga ni. Aku menyusahkan semua orang. Biarlah aku pergi. Bagi kunci tu, Kasih.”

Kasih masih menggeleng kepalanya. Dia tidak mahu lelaki itu meninggalkan keluarga kandung lelaki itu. Hafiz satu-satunya anak Dato Taslim dan Datin Erma. Dan satu-satunya pewarisan syarikat perniagaan Dato Taslim.

Rahang Hafiz bergerak-gerak apabila melihat kedegilan Kasih yang tidak mahu memberikan dia kunci keretanya. Dia mendengus kasar lalu perlahan-lahan melangkah ke luar pagar rumah. Kalau guna teksi pun, guna teksi je lah!

Pon! Pon!

Hafiz terkaku apabila melihat sebuah lori yang dipandu laju menuju kearah dirinya. Kakinya termati langkah dan terpaku seketika melihat lori itu. Matanya mula dipejamkan.

Hafiz!

Tubuhnya terasa ditolak ke tepi. Matanya terbuka apabila tubuhnya sudah mula tersungkur di jalan raya. Matanya membulat melihat tubuh yang sudah dilanggar oleh lori tadi itu.

“Kasih!”

Terima kasih! Harap bersabat menunggu chapter seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience