1

Short Story Series 2018

“WOI, perempuan!”

Kasih terus menoleh. Terkejut apabila Hafiz sudah berada di hadapannya.

“Kau ni, tak serik-serikkan! Kau dah rosakan laptop aku, kau tahu tak berapa banyak kerja yang ada dalam laptop tu?”

Kasih mengetap bibir, menggeleng kepala. Beberapa kali dia cuba memohon maaf dengan lelaki dengan menggunakan bahasa isyarat. Dahi Hafiz berkerut bermakna dia tidak memahami apa yang dilakukan oleh Kasih itu.

“Apa kau cakap ni huh? Dahlah bisu, menyusahkan orang! Kau boleh ganti balik laptop aku ke?”

Bibir Hafiz mengukir senyuman sinis. Baru teringat sesuatu.

“Ouh, lupa. Kau anak pungut. Mana ada duit.”

“Hafiz!”

Hafiz memalingkan kepalanya ke belakang. Bibirnya diketap memandang wajah wanita itu.

“Hafiz, kenapa dengan kamu ni? Kasih tak ganggu kamu pun, Hafiz. Janganlah buat dia macam ni!” marah Datin Erma.

“Mama, siapa anak mama yang sebenarnya ya? Hafiz atau perempuan murah ni?” soal Hafiz, tidak puas hati.

Datin Erma menggeleng kepalanya. Dia cuba mendekati anak lelakinya itu.

“Hafiz, Kasih tu anak orang susah. Kita yang senang ni bantulah dia. Bukan kerana harta, kita memperlekehkan dia.”

“Mama, kenapa mama ni tak habis-habis back-up perempuan tu? Hafiz ni apa dimata mama? Sampah? Kalau mama ingat Hafiz ni sampah, buat apa mama lahirkan Hafiz? Kenapa tak gugurkan je masa Hafiz dalam rahim mama?”

PANG!

Sebuah tamparan telah dihadiahkan kepada Hafiz. Tepat di pipi kanannya. Wajah Datin Erma mula kemerahan. Hatinya panas apabila anaknya sudah menjadi kurang ajar seperti itu.

“Mama tak pernah ajar Hafiz untuk cakap benda tu! Dan mama tak pernah ajar Hafiz untuk hina orang macam Hafiz lakukan tadi. Hafiz tahukan doa seorang ibu itu akan makbul. Hafiz nak mama doakan Hafiz jadi cacat baru Hafiz nak sedar?”

Hafiz terkelu. Giginya mula diketap geram. Matanya tajam memandang ke arah Kasih.

“Kalau Hafiz taknak mama buat macam tu, lebih bagus Hafiz minta maaf dengan Kasih.”

“Tapi, mama...”

“Tiada tapi-tapi, Hafiz. Minta maaf sekarang!”

Hafiz menghela nafasnya sambil memberikan jelingan tajam ke arah Kasih.

“Minta maaf. Puas?”

“Bukan dengan mama, Hafiz. Dengan Kasih. Penuh keikhlasan.”

Datin Erma sengaja menekankan suara bagi memaksa anaknya yang keras kepala.

“Alah, Hafiz dah minta maafkan tadi. Takkanlah dia pekak kot. Dia bisu je kan.”

“Hafiz, mama tak pernah ajar Hafiz jadi macam ni. Cepat minta maaf,” tegas Datin Erma lagi.

“Alah, lecehlah nak minta maaf lagi. Satu kali dahlah!”

“Hafiz!”

“Mama dah dengarkan Hafiz dah minta maaf tadi. So, masalah Hafiz dengan Kasih ni dah selesai. Jadi, Hafiz nak keluar!”

“Hafiz!!”

Datin Erma menggeleng kepalanya melihat perangai anaknya itu. Sebuah keluhan kesal dilepaskan.

Dia tidak tahu mengapa Hafiz sangat membenci Kasih. Padahal, Kasih sangat menghormati dan memuliakan Hafiz sebagai seorang abang angkat. Entah bagaimana gelaran ‘anak pungut’ itu timbul di bibir Hafiz.

Mungkin, Hafiz terasa dirinya selalu dipinggirkan kerana kehadiran ahli baharu dalam keluarganya?

“Kasih...”

Wajah gadis itu dipandang oleh Datin Erma dengan penuh bersalah. Kasih pula tidak lokek melemparkan senyuman manis buat wanita itu.

“Kasih okey tak?”

Kepala Kasih diangguk perlahan.

“Kalau Kasih okey, pergi naik atas. Pergi mandi.”

Kasih mengangguk kepala. Perlahan dia melangkah meninggalkan wanita tua itu dan terus masuk ke dalam biliknya.

Bingkai gambar dipandang lama. Air mutiara yang jatuh ke pipinya pantas dikesat kasar. Perlahan punggungnya dilabuhkan di birai katil.

‘Ayah. Ibu. Kasih sihat kat sini. Macam mana ibu dengan ayah di sana? Mesti ibu dengan ayah bahagia kan. Kasih pun bahagia, cuma...’

Kasih melepaskan nafasnya. Teringat dia kepada abang angkatnya iaitu Hafiz.

Mengapa lelaki itu sangat membenci dirinya?

Mungkinkah...

Hafiz cemburu dengan dirinya kerana mendapat perhatian lebih daripada mama dan papa?

Terima kasih! Mohon bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience