3. AARIZ

Romance Completed 574624

“Raqeef, cuba tengok logo ni. What do you think?” Hana bertanya sambil menunjukkan skrin mac booknya kepada Raqeef.
Ketika itu mereka berada di ruang tengah, sama-sama menyiapkan kertas kerja untuk penjenamaan semula Stillvol. Mac book itu beralih tangan. Lama Raqeef merenung reka bentuk logo baru Stillvol yang ditunjukkan Hana. Logo SV dengan warna emas.

“Saya rasa warna gold ni macam outdatedlah.” Raqeef bersuara membuatkan semua mata memandangnya.
“Warna silver lebih fresh, melambangkan glamour, mewah, dan berkilau.”

“Hah!!” Hana tiba bertepuk tangan sambil bersorak girang.
“You know what, Raqeef? Saya memang nak warna silver hari tu. Tapi dia orang ni kata warna gold lebih exclusive.”

Puva, Badrul, Rita, serta beberapa orang lagi yang berada di situ hanya memandangnya dengan wajah sebal.

“Tak sangka akhirnya ada jugak yang sependapat dengan saya.”

Raqeef hanya tersenyum sambil meletakkan semula mac book Hana itu ke atas meja.

“Maybe boleh cuba letakkan warna silver pada logo tu. Then, kita compare,” ujar Raqeef.

Mereka mengangguk setuju. Badrul dan Syahir yang ditugaskan membina logo itu, mula mengubahsuai logo mereka dengan meletakkan warna silver.

“Cuba letak sparkle sikit dekat logo tu, baru nampak shining,” ujar Hana.

Syahir menurut.

“Bila logo warna silver, saya rasa background biru gelap lebih nampak eksklusif,” ujar Raqeef.

“Yeah, I thinks so.” Hana bersetuju dengan pendapat Raqeef.

Logo asal yang direka oleh Badrul dan Syahir, menggunakan latar belakang berwarna hitam.

“Wah…Wah…Mentang-mentang duduk sebilik, asyik sependapat je korang ek? Macam dah boleh baca isi kepala masing-masing,” usik Puva.

Hana hanya tersengih, tidak terasa apa-apa dengan usikan itu. Berbeza dengan Raqeef yang mula gugup. Ya, dia memang selalu gugup setiap kali berdepan dengan perempuan. Cuma dengan Hana, rasa gugup itu kurang kerana sikap selamba pengurusnya itu.

“Tu namanya chemistry. Orang melayu panggil kimia. Betul tak, Raqeef?” Hana memusingkan sedikit kepala, memandang Raqeef yang berdiri di belakang kerusinya, masih memerhatikan ubah suai logo yang dilakukan oleh Syahir dan Badrul.

Raqeef hanya mengangguk sedikit tanpa memandang Hana.

“Hana ni baru putus cinta. Jadi, dia miang sikit sebab dalam proses cari pengganti,” ujar Rita.

Hana tidak menunjukkan reaksi marah kerana Raqeef tentu sudah tahu dia putus cinta selepas melihat dia mengoyak dan memijak-mijak gambar Nazeem pagi tadi.

“Apa kata kalau kau umum dalam mesyuarat dengan bos baru nanti. Kot-kot dia bujang lagi, tengah mencari calon isteri, sambil-sambil hantar proposal kita, aku hantar proposal aku sekali, bawak cincin dengan sirih junjung.”

“Silap-silap, bukan proposal kita je dia reject, dengan proposal kau, dengan kau sekali dia reject. Padan…Boleh Raqeef naik jadi manager, conquer bilik tu sorang-sorang.”

Hana memuncungkan bibirnya.

“Yalah, muka aku ni tak layak jadi girlfriend bos. Nak jadi girlfriend bos kan kena lemah lembut, ayu, gemalai, cakap kena sopan, suara kepit-kepit. Kalau mukan macam aku ni, jadi girlfriend pegawai bank pun kena tinggal.”

“Sedar pun diri,” sampuk Syahir dengan matanya masih fokus pada komputer.

“Engkau Syahir, jangan jadi lelaki bangsat. Lelaki bangsat dah ramai atas muka bumi ni. Semalam tambah Nazeem sorang. Jangan engkau nak tambah statistik pulak,” ujar Hana.

“Aku lelaki budiman.”

“Budiman lagi Raqeef. Tengok, senyap je.” Kata-kata Rita itu membuatkan semua mata menoleh ke arah Raqeef, membuat Raqeef tersenyum canggung.

“Raqeef dah ada girlfriend?” Puva tiba-tiba bertanya.

Raqeef menggeleng.

“Ye ke?

Angguk.

“Kau jangan diam sangat, Raqeef. Kalau kau suka mana-mana perempuan, kau cakap je. Kalau kau malu, cakap dengan aku. Aku boleh tolong sampaikan hajat kau,” kata Puva.

Raqeef sengih, tidak mengambil serius kata-kata Puva. Kalau dia sukakan mana-mana perempuan, dia akan usaha sendiri untuk mendapatkannya, dengan mengetepikan sifat malu dan segannya itu. Meski sukar, dia akan mencuba.

“Okay, dah siap. Macam mana?” Syahir menunjukkan perbandingan logo berwarna emas dan silver.

“Vote for the silver one,” ujar Rita.

“Yeah, me too,” kata Puva.

Hana mengangguk-angguk, sebelum menoleh ke arah Raqeef.

“Raqeef macam mana? Silver kan?”

Raqeef mengangguk. “Yeah. Silver. Nampak eksklusif tapi mampu milik.”

“Tagline pun kita kena tukarlah. Kena fikir satu tagline yang boleh buat orang ingat brand kita.” Hana mengemukakan cadangan selepas isu logo itu selesai.

Suasana tiba-tiba menjadi hening dengan semua kelihatan berfikir-fikir.

“Contoh macam Honda, The Power Of Dreams. Toyota, they have ‘Lets Go Places’. Rolex, ‘Live For Greatness’, KFC…”

“It’s finger lickin’ good…” Badrul dan Puva serentak menyanyikan melodi tagline KFC itu.

“Yes, like that. So, kita pun kena fikir satu tagline yang akan buat orang familiar, dekat, dan ingat brand kita.”

“I agree with you,” ujar Raqeef.

Senyuman Hana hadiahkan kepada Raqeef kerana bersetuju dengan cadangannya.

“So, ada cadangan tak apa tagline yang sesuai dengan produk kita. Jam tangan yang nampak mewah, tapi mampu milik.” Hana menambah.

“Apa tagline sebelum ni?” tanya Raqeef.

“Demi masa,” jawab Badrul yang membuat semua terbahak kecuali Raqeef.

Bukan dia sombong, tetapi dia tidak tahu apa yang kelakar sehingga mereka semua ketawa. Tidak ada apa yang lucu dengan tagline itu, kecuali bunyinya agak kurang komersil.

“Kalau kita tak ada idea, apa kata kita buat satu contest. Mintak Marketing Department announce dekat FB dan IG rasmi kita, pertandingan mereka tagline untuk Stillvol. Hadiahnya mungkin boleh dalam bentuk wang tunai ke, atau jam tangan terbaru keluaran Stillvol selepas rebranding nanti.”

Cadangan Hana itu membuat mereka semua mengangguk-angguk.

“Macam serampang dua mata. Kita boleh promo tentang imej baru Stillvol and pada masa yang sama, kita akan dapat cari tagline terbaik untuk Stillvol. Then, the use of taglines created by customer, will bring us closer to them.”

Raqeef memandang Hana dengan kagum. Dia suka cara Hana berfikir dan bekerja. Santai dan tidak tertekan walaupun setelah diberi taklimat pagi tadi, buntang juga matanya melihat betapa banyak tugas yang perlu mereka siapkan sebelum mesyuarat dengan pemilik baharu Stillvol nanti. Hana juga tidak membataskan hubungan dengan pekerja-pekerja bawahannya. Mesra dan suasana kerja terlihat sangat tenang dan kondusif.

“That’s a very good idea,” kata Raqeef.

“Okay, aku pergi jumpa Madam Nicole sekarang. Kalau dia setuju, then kita boleh on kerja lain. Tagline biar customer fikir. Jimat masa dan tenaga kita.”

Hana bangun dari tempat duduknya, mengambil beg tangannya di bilik sebelum menuju ke Jabatan Pemasaran di tingkat tiga.

Setengah jam kemudian, Hana kembali. Rakan-rakannya masih berada di ruang tengah tadi. Segera langkahnya diatur ke arah itu.

Melihat Hana yang mencungap, Raqeef bangun dari duduknya lalu menolak kerusi beroda itu ke arah Hana.

“Thanks.” Tersenyum Hana dengan tindakan Raqeef itu. Dia membuat senaman tarik nafas dan hembus sebelum duduk.

“Kau kenapa mencungap? Main kejar-kejar dengan hantu ke?” tanya Badrul. Wajah Hana dikerling sekilas.

“Aku berlari sebab aku excited sangat nak bagitahu korang.” Hana menarik nafas. Masih berusaha meneutralkan nafasnya yang semput-semput.

Tiada sesiapa menyela, menunggu Hana melanjutkan kata-katanya.

“Madam Nicole kata, dia takde masalah dengan plan kita. Tapi, kita kena buat paperwork dulu, hantar kat GM. GM approve, then on.”

“Kena buat cepat, sebab nanti nak present pada boss baru,” kata Rita.

“Biar saya buat.” Raqeef menawarkan diri.

“Okay. Bila boleh siap?” Hana bertanya. Sebolehnya dia mahu kertas kerja itu siap secepat mungkin.

Raqeef melihat jam di pergelangan tangannya. Pukul dua belas tengah hari.

“Hari ni boleh siap.”

“Wow!” Hana pamer wajah kagum. Dia suka pekerja yang cekap dan tidak berkira. “Okay. Nanti dah siap, bagi saya tengok.”

Raqeef angguk sebelum kembali ke biliknya untuk menyiapkan kertas kerja yang dimahukan Hana.

“Wah…Wah…Berguna betul AM kita,” ujar Puva selepas bayang Raqeef hilang dari pandangannya.

“Kan? Aku suka orang macam tu. Tak payah suruh-suruh, terus volunteer nak buat. Macam korang,” balas Hana.

“Dia tu macam…Bijak jugak, kan? Tapi…Pendiam sikit,” kata Badrul dengan mata masih fokus pada skrin komputer.

“Pendiam ke? Dia bercakap je tadi.” Rita membela.

“Memanglah dia bercakap. Tapi berapa patah je. Kalau tak bercakap langsung, tu bukan pendiam, tapi bisu!” balas Badrul.

“Baguslah tak cakap banyak. Kurang sikit dosa menyakitkan hati orang.” Hana membidas tepat ke sasaran yang membuat semua terdiam.

RAQEEF masih menyiapkan kertas kerja untuk pertandingan mencipta tagline Stillvol apabila tiba-tiba melihat imej seorang wanita pada skrin macbooknya.

Dia menoleh dan melihat Hana berdiri di belakang kerusinya sambil menyedut susu kotak.

“Awak tak rasa bajet untuk hadiah tu macam besar sangat ke?” Hana mengherotkan bibirnya dengan wajah seperti berfikir-fikir apabila melihat anggaran bajet yang diletakkan Raqeeef agak besar iaitu RM10,000.

“Lebih besar ganjaran, lebih banyak penyertaan, dan lebih banyak pilihan yang kita akan dapat,” balas Raqeef.

“Tapi company tengah cut budget sekarang ni. Tengoklah department kita ni, staf pun tak cukup.”

“Takpe. Kita letak je 10,000. Kalau GM nak cut, at least kita akan dapat paling kurang lima atau enam ribu. Kalau kita letak lima ribu, nanti dia cut jadi dua ribu, tiga ribu je.”

Hana mengangguk-angguk. “Make sense.”

Tiada balasan daripada Raqeef kerana dia kembali fokus kepada mac booknya. Hana pula terus memerhati isi kertas kerja yang nampaknya sudah sampai ke peringkat suntingan.

“Berapa lama tempoh untuk pertandingan tu?” tanya Hana.

Raqeef menggeser skrin mencari bahagian yang dia letakkan cadangan tempoh pertandingan.

“Saya rasa sepuluh hari cukup sebab kita tak banyak masa.” Dia menunjuk ke arah skrin.

Hana mengangguk-angguk, bersetuju dengan pendapat Raqeef.

“Kalau macam tak dapat sambutan, baru kita lanjutkan tarikh dua tiga hari lagi.” Raqeef menyambung.

“Kalau ganjaran sepuluh ribu, tak mungkin tak dapat sambutan.”

Raqeef hanya tersenyum.

“Cik Hana boleh tunggu sekejap? Lepas edit ni, saya print and terus submit.” Raqeef bertanya kerana jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang.

“Boleh. Saya memang selalu balik lambat. Malas nak bersesak atas jalan,” jawab Hana lalu kembali ke tempat duduknya.

“Hadiah tu nak bagi wang tunai ke? Atau something yang nilainya 10,000?” tanya Hana.

Raqeef kelihatan berfikir-fikir walaupun matanya fokus pada mac book.

“Saya terfikir, apa kata kalau kita bagi goldbar?” Raqeef menoleh ke arah Hana dan dia menjadi gugup tidak semena-mena apabila menyedari Hana sedang menatapnya, walaupun tatapan Hana itu tidak bermaksud apa-apa, cuma berminat dengan cadangannya sahaja.

“Rasionalnya?” Hana bertanya apabila Raqeef terus senyap dengan mata terkebil-kebil memandangnya.

“Erk..Erm..Sebab..” Raqeef mengembalikan fokusnya ke arah mac book. “Kalau kita bagi duit, nilai duit akan jatuh pada masa depan. Assume kalau penerima simpan duit tu kat bank, tanpa kita ambil kira bunga yang dia dapat setiap tahun, nilai 10,000 sekarang takkan sama dengan nilai 10,000 akan datang. Barang makin mahal nilai duit akan susut.”

“Ermm…Betul…” Hana bersetuju.

“Kalau kita bagi barang pun, for example jam keluaran terbaru Stillvol, belum tentu dia perlukan jam tu.”

Lagi-lagi Hana hanya mengangguk sambil menyedut susu kotaknya.

“So, saya fikir bagi goldbar lebih reasonable sebab emas takkan susut nilai. Kalau susut pun, lepas tu harganya akan naik semula. Dengan nilai 10,000, kalau ikut harga emas semasa, dah boleh dapat dalam 40gm plus-plus. And, maybe kita boleh mintak mana-mana pengeluar goldbar taja hadiah ni. In return, kita boleh tolong promosikan goldbar keluaran syarikat mereka masa kita promo pertandingan ni. Jadi, kita jimat 10,000 ringgit.”

Hana berdecak kagum. “Raqeef…Saya suka cara awak berfikir. Very business minded. Tak nak rugi sikit pun.”

Raqeef hanya tersenyum nipis.

“Okay, kalau kita nak mintak tajaan, kena masukkan dalam paper work tu so that bahagian marketing alert and boleh prepare.”

“Saya dah masukkan,” ujarnya.

“Good…Good…”

Hana membuang kotak minumannya yang sudah kosong ke dalam tong sampah sebelum kembali fokus kepada komputernya.

Namun, sesaat kemudian dia menarik kerusi berodanya mendekati Raqeef membuat Raqeef terkejut.

“You know what, Raqeef, Stillvol is a company that is about to collapse. So, saya tak rasa mudah untuk kita dapat sponsor daripada pengeluar goldbar dengan nilai yang besar macam tu. Most likely, they don’t even know Stillvol.”

Raqeef mengangguk setuju, tanpa berkata apa-apa kerana dia yakin dari riak wajah Hana, masih ada yang ingin diperkatakan oleh gadis itu.

“So, we have to convince them, I mean the pengeluar goldbar or whatever we call them, that rebranding of our company will bring great success.”

Lagi-lagi Raqeef hanya mengangguk.

Hana pula kembali ke mejanya dengan menggerakkan kerusi beroda itu dengan kakinya.

“Awak belum kahwin, kan?” tanya Hana tiba-tiba.

“Erkk…Tak.”

“Girlfriend pun takde, kan?”

“Tak ada.”

“Good.”

“What?” Raqeef melongo. Adakah Hana mahu memikatnya?

“Jadi, tak ada masalah kan kalau awak kena stay back kat office sampai malam?”

“Oh…” Raqeef seperti mendapat semula nyawa selepas nyaris tercekik dengan pertanyaan Hana tadi.
“Ya…Takde masalah,” jawabnya setelah berdeham beberapa kali.

Hana tersenyum. “Kita orang memang biasa balik pukul sepuluh, sebelas. So, harap awak pun tak kisah.”

Raqeef mengangguk.

.
. .

HANA baru sampai ke pejabat ketika telefonnya tiba-tiba berbunyi. Selalunya awal pagi begini, emaknya yang akan menelefon. Bertanya khabar dan berbual santai beberapa minit.

Dahi Hana dibuat berkerut apabila melihat nama GM pada skrin telefon. Ada apa pengurus besar menelefonnya pagi-pagi begini? Kertas kerja yang disiapkan Raqeef semalam juga belum dia hantar jika GM mahu bercakap tentang itu.

“Hallo Mr Tay.”

“Ya Hana. Dah sampai office?”

“Dah.”

“Awak pergi pejabat CEO sekarang. Boss nak jumpa.”

“Boss mana?” Hana bertanya bodoh. Pejabat CEO itu masih kosong kerana boss baru mereka akan datang bulan depan.

“Boss baru. Nama dia Encik Aariz.”

“Hah?!!” Sontak Hana terbangun dari duduknya.

“Cepat ya. Dia memang cari awak dan sebut nama awak tadi.”

Jantung Hana seperti mahu terjatuh ke lantai. Perancangan mereka baru 80% siap kerana tempoh masih ada lebih kurang sebulan lagi. Dia pula tidak diberitahu CEO baru akan datang hari ini. Aduh!

Mak, mintak nyawa!

“Tapi, kita kan ada sebulan lagi Mr Tay. Me and my team have just completed 80% of the...”

“Dia tak kata nak bincang tentang plan tu. Dia mintak awak jumpa dia je. Segera.” Mr Tay menyela sebelum sempat Hana menyudahkan kalimatnya.

“So, tak perlu bawak apa-apa?”

“Tak perlu.”

“Okay, saya pergi sekarang.”

Hana memutuskan panggilan lalu berkemas-kemas untuk pergi ke bilik CEO. Walaupun Mr Tay mengatakan Encik Aariz tidak mahu membincangkan tentang plan penjenamaan semula itu, Hana tetap membawa fail-fail yang berkaitan. Manalah tahu, jika boss bertanya, setidaknya dia ada sesuatu yang hendak ditunjukkan selain sengih kerang busuknya.

“Macam malaikat maut muncul tak bagi khabar. Kata nak datang bulan depan. Alih-alih hari ni dah tunjuk muka. Hish, dah lah aku ni pagi-pagi nafas semput. Tak sempat tarik nafas, dah kena panggil mengadap.” Hana merungut tanpa mempedulikan Raqeef di meja sebelah. Tangannya membelek fail keras berwarna hitam bagi memastikan semua dokumen berkaitan perancangan mereka ada di dalamnya.

Setelah memastikan semuanya lengkap, dia menutup fail, menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Kemudian, dia menoleh ke arah Raqeef dan tersenyum.

“Good morning. Saya nak jumpa boss sekejap,” ujarnya sebelum berlalu keluar.

Raqeef hanya memerhatikan belakang badan Hana itu dengan senyum nipis.

BEBERAPA kali Hana membuat senaman tarik dan hembus nafas di depan pintu bilik yang terdapat papan tanda CEO sebelum dia memberanikan diri mengetuk pintu.

“Come in.”

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Hana menekan gagang pintu sebelum daun pintu dia tolak perlahan.

“Assalamualaikum, selamat pagi Encik Aariz,” ucapnya sopan sambil memandang seorang lelaki dengan kemeja putih yang sedang duduk di meja kaca sepanjang 2.4meter, sambil menaip sesuatu pada tabnya.

Kalau emaknya melihat perlakuan sopan anak kesayangannya ini tentu terguling orang tua itu tergelak.

Lelaki itu mengangkat muka, menatap Hana sejenak sebelum tersenyum.

“Cik Hana Kamelia?” tanyanya memastikan.

“Ya.” Hana mengangguk.

“Come. Have a sit.” Dengan gesture tangan, Aariz menjemput Hana duduk di kerusi di depan mejanya.

Hana yang masih berdiri di depan pintu, menghampiri meja majikannya itu sebelum melabuhkan duduk.

“Ada apa Encik Aariz nak jumpa saya?”

Aariz tidak terus menjawab, sebaliknya dia membuka laci mejanya sebelum mengeluarkan sekeping kad ID bersama lanyard berwarna kuning yang membuat mata Hana membulat sempurna, lengkap dengan mulut turut ternganga luas.

“Nak berkenalan dengan pemilik ID card ni.”

Hana masih ternganga dengan tubuhnya terus kejung di kerusi.

“Hana Kamelia binti Azman.” Aariz membaca nama pada kad itu.

Suara Aariz itu menyedarkan Hana daripada keterkejutannya lalu cepat-cepat dia menutup mulut.

“Ya…S…Sayalah tu.”

“Saya jumpa ID card awak ni dekat parking lot restoran.”

Hana sudah mengagak kadnya tercicir di situ, namun ketika dia pergi semula ke tempat letak kereta restoran itu semalam, kadnya sudah tidak ada. Ditanya kepada pihak restoran juga mereka mengatakan tidak ada pelanggan yang menyerahkan ID card yang tercicir itu kepada mereka. Hana sudah berputus asa dan hampir pasrah terpaksa mengorbankan RM500 untuk menggantikan kad ID itu.

“Awak tahu implikasi daripada kehilangan kad ni?” tanya Aariz.

“Tahu Encik Aariz,” angguk Hana.

“Bagus. Lain kali jangan tinggalkan di parking lot. Simpan baik-baik,” ujar Aariz lalu menolak kad itu ke arah Hana.

“RM500 bukan sikit tau, kalau nak dibazirkan pada kad bodoh ni. Dan satu lagi, kalau kad ni ditemui oleh orang yang tak bertanggungjawab, dia gunakan untuk akses ke seluruh bangunan ni, curi maklumat dan data-data sulit kita, apa jadi?”

Hana diam tidak berkutik. Dia tahu itu dan dia sudah memikirkannya, sehingga membuat dia resah seharian. Sempat bayang wajah Nazeem dan teman wanita tak gunanya itu hilang dari kotak fikirannya kerana kad ID yang hilang lebih merisaukannya.

"Dekat kad ni, semua maklumat berkaitan diri awak dan syarikat ada. Macam-macam cara orang boleh ambil kesempatan. Awak patut bersyukur, Aariz Naufal yang jumpa kad ni. Bukan orang lain."

Hana hanya mengangguk lalu menghadiahkan senyum nipis, sedang dalam hati dia mengutuk-ngutuk kecuaiannya sendiri. Tidak tahu penemuan kad ini oleh Aariz adalah satu tuah atau bala.

Dari satu sudut, mungkin bertuah kerana selamat RM500 duitnya daripada melayang jika mahu mengganti kad itu. Dari satu sudut lagi, mungkin bala kerana kecuaiannya itu memberi gambaran pertama yang tidak baik kepada Aariz.

“Terima kasih, Encik Aariz.”

“Sama-sama.”

Hana menarik nafas lega kerana tiada nada marah pada suara Aariz. Wajahnya juga tidak menyiratkan demikian. Walaupun dirinya sudah tercalit sedikit imej buruk kerana mungkin dia sudah dilabelkan cuai oleh Aariz, namun dia akan mengubah persepsi itu dengan mempersembahkan pelan penjenamaan semula yang terbaik nanti.

“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu.” Hana meminta diri. Fail yang dipegang kemas di atas pahanya tidak ditunjukkan kepada Aariz memandangkan lelaki itu juga tidak bertanya.

Aariz mengangguk dan tersenyum.

Hana bangun, menunduk sedikit sebagai tanda hormat sebelum melangkah ke pintu.

“Kereta awak dah habis bayar?” Tiba-tiba Aariz bertanya, membuat Hana yang sudah memegang gagang pintu, menoleh semula.

“Ya?” Dahinya berkerut. Apa, dia tidak salah dengar? Aariz bertanya keretanya sudah habis bayar atau belum? Kenapa, nak tolong bayar ke boss?

“Kereta awak dah habis bayar?” Aariz mengulang pertanyaannya.

Ragu Hana mengeleng. Bukan dia lupa keretanya belum habis bayar, namun dia curiga dengan pertanyaan Aariz itu.

“Kalau macam tu, jangan belasah dia. Kesian.”

Nyaris terjelir Hana demi mendengar kata-kata Aariz itu. Mujur mulutnya tertutup rapat, tidak memberi akses kepada lidahnya untuk menjulur keluar. Hana seperti mahu menggali tanah dan menimbus dirinya sendiri saat ini.

Bermakna, tidak hanya menemui kad ID, Aariz juga menonton aksi gilanya malam itu?

Ya, dia perasan ada sebuah kereta hitam diparkir di sebelah kanan keretanya, namun dia tidak perasan jika ada orang di dalam kereta itu.

Huwaaaaaaaa!!!! Mak, Hana nak resign!!!

hai semua..cik hana dtg awal hari ni. happy reading. love y'all..muahxxx

Share this novel

Roshasniah Mustafa
2021-08-27 18:17:06 

gila x kena tempat..hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience