BARANG diletak di atas kaunter pembayaran. Cashier di situ segera melakukan kerjanya. Barang dibeli selesai dibungkus. Cashier tersebut memberi barang dibungkus dengan plastik kepada gadis di hadapannya.
Gadis itu segera memberikan wang kepada cashier itu. Barang diambil. Dirinya terus berjalan keluar dari kedai.
"Awak, tunggu!" terdengar satu teriakan suara seperti memanggil dia dari jauh.
Gadis tersebut terus mencari-cari siapa yang memanggilnya. Dipusingnya kepala ke kiri, kanan, depan, belakang.Namun, masih tidak dijumpai. Gadis itu kembali berjalan semula.
****
Aidan menarik alif masuk ke dalam sebuah kedai bersebelahan kedai runcit yang dimasuki gadis itu. Cashier di situ hairan melihat dua lelaki itu. Begitu juga dengan pelanggan-pelanggan dan pekerja-pekerja di dalam kedai. Aidan terus tertunduk-tunduk meminta maaf atas hal tersebut.
" Kau buat apa ni? Lepaskan aku! Kau sendiri cakap nak jumpa dia kan?"Alif menepis tangan aidan yang menutup mulutnya.
" Shhhhh! "Aidan meletakkan jari telunjuk di bibir, menandakan supaya senyap.
Aidan kembali memeriksa kelibat gadis itu.
" Fuh! Nasib baik"gumam aidan perlahan.
Alif memandang heran sahabatnya. Kening dikerutkan.
"Kau ni, dah kenapa?" soal alif pelik.
Aidan tersengih-sengih seperti kerang busuk. Sengihnya kembali hilang.
"Tttak.. Aku, Ehehe, hmm, entahlah" Aidan menggaru kepalanya yang tak gatal sambil dia tergagap-gagap.
"Asal? Malu ke takut?" Alif senyum kambing.
Aidan berhenti menggaru kepala. Mereka berdua keluar dari kedai. Dua lelaki itu sempat meminta maaf buat kedua kali sebelum keluar dari kedai.
"Kau ni, eh.." balas aidan.
"Aku, sebenarnya ada malu pun ada, takut pun ada, bersalah pun ada, suka pun ada, macam-macam lah" sambung aidan.
"Ehh.. Kau ni macam-macam lah, dahlah tadi kau tetiba jerit kat kedai makan tu tak tengok kiri kanan pulak, astu ajak aku gi kejar perempuan tu, and last last aku nak panggil dia kau gi tarik and tekup mulut aku.Haiii,kau ni memanglah" Alif menggeleng melihat perangai aidan.
"Hehe, sorry"
"Banyak ah sorry kau, dahlah aku gerak balik dulu, sebab kan kau aku lambat"
"Ok, aku pun ada hal gak, haha"
Mereka berdua menuju kenderaan masing-masing dan beredar dari situ.
****
Terlihat dua tubuh duduk di sofa di ruang tamu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka berdua duduk di hadapan satu sama lain.
"Ini cik liyana, maklumat yang cik nak kan, semua ada dalam fail ni" fail dihulurkan.
"Baik, thank you, gambar-gambar semua pun ada sekali?" liyana mengambil fail yang dihulurkan.
Lelaki tersebut menggangguk.
"Ada cik, semua maklumat dan gambar-gambar yang cik mahu dan perlukan ada di dalam fail tersebut"bibir lelaki itu mulai tersenyum perlahan.
" Ok, bagus! Tak sia-sia aku upah kau, Hahaha"ucap gadis tersebut sambil melihat-lihat isi di dalam fail.
Sekeping gambar diambil. Gambar ditatap lama. Gadis itu menggertap gigi. Lalu, mendecit perlahan.Sakit hatinya melihat gambar di tangannya. Terus direnyukkan gambar tersebut.
Lelaki tersebut hanya melihat tindakan gadis itu yang tiba-tiba merenyuk gambar yang dipegang.
Gadis itu melirik ke arah lelaki yang dari tadi memandangnya pelik.
"Kau nak apa lagi? Baliklah! Tugas kau dah selesai. Kalau aku perlu apa-apa nanti aku panggil lah kau lagi! Dah! Pergi! Semak je!" tengking liyana kuat.
Lelaki tersebut terus beredar dari rumah. Pintu ditutup dan dikunci. Gambar direnyukkan digenggam kuat.
" Aidan hakeem! Semua disebabkan kau dan keluarga kau! tak guna! "gambar yang direnyuk terus dikoyak dan dicampak masuk ke dalam bakul sampah.
" Sekarang, kau tunggu! Hahahaha"
Assalamualaikumm, Jemput baca novel sis(; Thanks masih support<3 IG:@simple.girll._
Share this novel