Bab1

Mystery & Detective Series 981

LUKISAN seorang gadis berambut ikal mayang ditatap lama lelaki itu. Perlahan tangannya menyentuh lukisan di hadapan.

Keluhan dilepaskan.

"Kalaulah, kalaulah masa tu aku sedar apa yang aku dah buat, kalaulah waktu boleh diputarkan kembali. Aku janji aku takkan lakukan hal yang sama pada kau . Sumpah, sumpah aku menyesal. Jika aku bisa bertemu kau kembali. Akan aku lakukan apa sahaja demi menebus dosaku yang lalu. Akan aku minta maaf pada kau, walau berapa kali sekalipun. Sampai aku dimaafkan. Aku, aku.."air mata jantan mulai menitis keluar perlahan-lahan.

" Aku cintakan kau, liyana humaira"

KRING!!

Loceng sekolah berbunyi.Seorang remaja perempuan berjalan keluar daripada pagar sekolah.

Sekumpulan remaja lelaki mengikutinya daripada belakang.Sampailah di hutan, seorang remaja lelaki tiba-tiba mendekati dan berjalan di sebelahnya.

"Hai, nama siapa?" tanya lelaki tersebut.

Pertanyaan itu diendahkan perempuan itu.

Kawan-kawannya di belakang mengejek dan mentertawakan dirinya. Lelaki itu hanya menjeling tajam. Dia kembali memandang perempuan di sebelahnya.

"Cis! Sombong, tak pe kau" decit lelaki tersebut perlahan.

"Ohh.. Bisu eh? Sorry sorry" sinis lelaki itu.

Perempuan itu masih diam tak berkata.

Beg di bahu perempuan itu dikerling laju. Terus dia meluru menuju ke arah beg yang digendong sebelah tangan perempuan tersebut. Beg terus dirampas dan dibawa lari.

"Hahaha, padan muka kau! Sombong lagi"

Perempuan yang dari tadi diam. Mula mengeluarkan kata-katanya.

"Apa awak nak? Tolonglah, bagilah saya beg saya tu balik" rayu perempuan tersebut.

"Lah, ingatkan bisu tadi, hahaha" terus dibalingnya beg itu ke arah rakannya.

Beg disambut.

Berkali-kali perempuan tersebut mencuba mengambil semula begnya. Namun, tetap tidak dapat dek kerana sekumpulan lelaki yang dari tadi membaling, menyambut dan membawa lari begnya.Berulang-ulang kali mereka melakukannya. Penat dirinya mengejar.

"Kau nak beg ni?" tanya lelaki tersebut sambil memegang beg.

Perempuan itu mengangguk.

"Nah! Hambik!" terus dibalingnya beg itu ke dalam sungai yang penuh lumpur.

Sekumpulan lelaki tersebut terus berlari meninggalkan perempuan itu sendirian.

"SIAL!!"

Lamunan dihentikan. Laju sahaja dia menumbuk dinding di sebelah dengan kuat. Tangannya yang sakit menumbuk dinding tidak dihiraukan. Bagi lelaki itu lagi sakit mengingat akan perbuatannya yang dahulu.

"Bodoh! Semua salah kau aidan! Kalaulah masa tu kau tak mulakan semuanya!" dia menampar pipi sendiri.

****

GELAP. Tanpa ada satu pun cahaya lampu mahupun lilin menerangi malam yang gelap gelita. Yang ada hanya dentuman guruh dan cahaya kilat.

"Ma? Pa? Mama? Papa?" dicarinya budak perempuan itu kelibat mama dan papanya.

Terlihat dua kujur tubuh terbaring di atas lantai dipenuhi darah yang keluar daripada dua tubuh itu muncul tiba-tiba di hadapannya . Budak perempuan itu terdiam tidak terkata. Terkejut.

"Mama!! Papa!!" jeritannya disertai dengan dentuman guruh yang kian kuat.

Seorang gadis kembali sedar daripada tidur. Ternyata ianya hanya mimpi buruk yang pernah dialaminya dahulu kala. Jantungnya berdebar laju.Air mata yang mengalir dikesat. Dirinya berpeluh. Peluh di dahi di lap.Dia cuba menarik dan melepas nafas perlahan-lahan.

Tangannya mencuba mencapai sebingkai gambar yang berada di sebelah kanan. Bingkai gambar diambil. Gambar di bingkai ditatap dengan penuh sayu. Air mata yang mulai kering. Menitis keluar semula secara perlahan.

"Mama, papa, umaira rindukan mama papa. Sekarang umaira betul-betul tiada siapa. Sebatang kara ma pa. Nenek dah tak de. Ma pa umaira sayang mama dan papa. Umaira rindu sangat dengan mama papa. Sejak mama papa meninggal, hidup umaira sengsara.Mama papa, umairah, tak pernah bahagia walaupun sekali sejak mama papa meninggal. Hidup umaira sunyi, suram dan gelap. Terkadang umaira selalu memalsukan senyum di hadapan umum, padahal tidak ma pa. Umaira, umaira tak tahu macam mana lagi umaira nak lalui semua ni. Umaira sekarang tinggal sorang kat rumah kita bertiga. Ma pa, terima kasih dengan harta-harta yang mama papa tinggalkan untuk umaira. Akan umaira hargai betul-betul harta peninggalan dan rumah kita ini. Umaira takkan maafkan pembunuh mama dan papa dan juga siapa-siapa yang pernah aniaya umaira. Umaira akan cari mereka biarpun sampai ke lubang cacing sekalipun. Akan umaira balas dendam yang didiamkan lama dahulu kembali"senyum jahat dibentuk di bibir,tak lama selepas itu dirinya mula ketawa seorang diri. Gila.

****

"Aidan!" terdengar satu suara memanggil dirinya dari jauh.

Terlihat seorang jejaka tampan berkaca mata berlari menghampiri dirinya.

Aidan yang sedari tadi duduk di bangku kedai makan memandang sahabatnya yang semakin dekat mendekati tempat duduk dia.

" Ha, alif!" panggil lelaki itu semula.

Terus diajak jejaka itu duduk di hadapannya. Jejaka tersebut pun duduk di hadapannya.Alif mengangkat tangan memanggil pekerja kedai makan tersebut. Pekerja itu segera datang ke arahnya apabila dipanggil.Alif memesan pesanan segelas air sirap limau.

"Bila kau balik Malaysia?" Aidan memulakan perbualan.

"Baru semalam"balas alif.

Mereka berdua pun memulakan perbualan. Perbualan mereka berdua sangat rancak. Mana tak nya sudah 3 tahun tidak berjumpa. Dek kerana alif yang membawa diri ke luar negara disebabkan tunang yang hampir dia kahwini berlaku curang dan menipu dirinya.

"Habis tu sekarang, kau dah ada pengganti ke? Yelah lama-lama kat london tu, takkan lah takde awek tergoda kat kau" teh ais di hadapannya di kacau, kemudian di sedut perlahan.

"Heh.. Tak ada, ramai je terpikat ngan aku tapi aku je jual mahal. Tak minat. Semua yang aku kenal, semua nakkan aku sebab harta je. Gold digger. Aku tahu. And diorang tak sesuai dengan taste aku kau tahu" senyum senget diberikan.

Tergelak aidan mendengar penjelasan sahabatnya.

"Kau tu, kata aku, kau tu bila nak ada gf? Masih mengharapkan pompuan tu ke? Taknak getback ngan aira?" soal alif.

Aidan kembali diam. Dia menundukkan pandangan ke bawah.

"Wehy, sorry aidan, aku tak bermaksud.." ayat alif dipintas aidan.

"Aku, aku bersalah pada dia wehy, kalau tak disebabkan aku pasti benda tu takkan jadi. Akulah punca dia selalu kena buli. Aku yang mulakan. Kalau pasal aira jasmin tu aku dah tak nak tahu dah pasal dia, walaupun kitorang couple sejak form 4. Dia yang putuskan untuk keluar dari Malaysia. Dia yang putuskan untuk break ngan aku. Tapi aku bersyukur sebab break dengan dia. Aku sedar aku memang tak pernah cintakan dia. Aku couple ngan dia pun sebab dia hot masa sekolah dulu. Dan baru aku sedar gadis sebenar yang aku cinta adalah dia liyana humaira. Perempuan yang aku buli."

" Aku, aku.. "Alif kembali bersuara.

" Aku minta maaf. Sebab aku tak ada kat tempat kau.Jadi, aku tak rasa apa kau rasa.But, Walaupun aku bukan satu sekolah dengan kau waktu sekolah menengah dulu. Aku akan cuba dapatkan maklumat dan cari gadis yang kau cakapkan.Aku akan cuba tolong kau jumpa gadis itu semampu yang aku boleh"

"Terima kasih" cukup dua patah perkataan sahaja diberikan aidan kepada alif.

"Oklah, aku ada kerja lain pasni, cau lu, pape roger"

"Wehy, wehy, kejap! Itu, gadis tu, dengan hoodie hitam. Itu macam.." Aidan memandang seorang gadis yang keluar dari sebuah kedai runcit.

"Li.. Liyana humaira!!" jeritnya kuat tanpa menghiraukan orang-orang di sekelilingnya.

Assalamualaikumm (; Jemput baca<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience