EP 1 : Penafian

Mystery Series 2029

2006
Damansara
12 Tahun yang lalu.

“Jangan kau datang dekat!” Jerit si penjahat.
“Letakkan senjata kau cepat atau aku bunuh bini kau ni!” Penjahat memberi amaran kepada Daus. Isterinya menangis ketakutan. Pisau hanya sejengkal dari lehernya. Daus mengangkat tangan tanda menyerah dan teragak-agak menjatuhkan pistolnya. “Abang, saya takut...” kata isterinya sambil berlinangan air mata. Daus buntu. Mencari cara untuk menyelamatkan isterinya.

Secara tiba-tiba, Dollah menguak pintu. Penjahat itu terkejut. Daus secara spontan terus melepaskan tembakan ke arah penjahat itu. Penjahat itu rebah bersama isterinya. Melihat darah mengalir tidak berhenti Daus terus meraung menangis melihat isterinya ditikam oleh penjahat itu. “Abang, sakitnya....” Suara isterinya semakin perlahan. “Sayang! Tahan sayang!” Jerit Daus. “Abang minta maaf... abang minta maaf”. Daus menyalahkan dirinya. “Abang, anak kita...” Norain menahan sakit dan menangis. “Abang harus selamatkan anak kita....... maafkan saya” suara Norain semakin lama semakin tenggelam. “Allah... bawa mengucap sayang. Bawa mengucap!” Sambil memaku isterinya yang nazak.

Hospital Kuala Lumpur

Daus cemas. Menanti khabar dari doktor tentang isterinya sambil menunggu di ruang tamu. Dollah mengurut-gurut belakangnya. “Encik Daus?” Sapa doktor Ismail. “Macam mana dengan isteri saya doktor?” . Doktor menggelengkan kepalanya dan meminta maaf kepada Daus. “Maaf Encik Daus, saya hanya boleh menyelamatkan anak awak tetapi saya tidak dapat selamatkan isteri awak. Pendarahannya sangat teruk. Saya minta maaf sangat. Daus terduduk dilantai sambil meratap kematian isterinya.

2018
Kuala Lumpur

Daus - seorang pengawai polis duda yang berusia 40-an hidup bersama anaknya selama 12 tahun semenjak kematian isterinya Norain Kamal yang telah dijadikan tebusan oleh seorang penjenayah sebelum melahirkan Sofea. Daus sangat bahagia bersama anaknya, tetapi malangnya Sofea menghidap leukimia. Sofea sering pengsan dan keguguran rambut. Daus mendapat informasi bahawa Hospital City Young mencipta penawar yang berkesan untuk menyembuhkan apa saja penyakit yang menyebabkan kematian. Oleh kerana itu, Daus berusaha untuk menyelamatkan anaknya.

Sofea mendapat rawatan dan penawar diberikan kepadanya. Daus sangat gembira dan tidak sabar melihat anaknya sembuh.

Perjalanan ke rumah Daus...

Daus tersenyum melihat anaknya.
“Ehh kenapa awak berhenti disini?” Tanya si jururawat kepada pemandu ambulans itu. Dengan pantasnya, lelaki itu mengeluarkan jarum penyuntik dan mencucuk leher jururawat itu. Jururawat itu pengsan selepas disuntik oleh dadah yang merupakan anestetik itu. Lelaki itu turun, dan membuka pintu ambulans di belakang.
“Kenapa ni? Apa yang tak kena?” Tanya Daus.
Lelaki itu masuk kedalam ambulans itu dan mencucuk leher dengan dadah dileher daus. Daus dan lelaki itu bergelut. Daus rebah. Lelaki itu dengan pantas mengheret katil itu turun dari ambulans. Daus sempat mencapai. Tangan lelaki yang menyamar sebagai pemandu itu terluka. Lelaki masuk balik ke dalam ambulans itu dan menumbuk Daus. Daus kehilangan tenaga tetapi dia sempat melihat wajah penculik itu! Malangnya, Daus pengsan. Dan penculik itu telah mengambil Sofea.

2018
Terminal Bus

Daus mengacu pistolnya di kepala Saiful. Saiful menangis ketakutan. Lelaki yang menculik anaknya itu adalah Saiful! Tetapi, Saiful menafikan bukan dia yang menculik. Dollah dan Aiman memujuk Daus agar tidak buat kerja gila! Membunuh tidak membuktikan apa-apa.

Dalam perjalanan ke Balai Polis...

“Kau ni memang sial lah!” Jerit si Dollah
Saiful menunduk kepalanya tanpa berkata apa-apa. “Sekarang mana kawan subahat ko hah?!”
“Aku tak tahu! Aku tak tahu!” Tangis Saiful.
“Kau tunggu lah, kau akan mengaku nanti. Aku takkan terlepas kemana- mana. DNA, cap jari masa di tempat kejadian kalau memang ko. Kau mampuslah!” Jerit si Dollah. Saiful kelihatan seperti tak waras. Secara tiba-tiba, dia mencekik Aiman yang sedang memandu dan kereta kehilangan kawalan.

Saiful tersedar. Berlari keluar dari kereta dengan tangan tergari. Daus mengejarnya. Saiful berlari menaiki tangga. “Kau kalau aku dapat kau akan mampus terus! Sial punya budak.” Daus mengejarnya.

Saiful berdiri ditepi hendak melompat kebawah bangunan. Daus menghampirinya. “Kau nak lari macam mana hah? Kau tak boleh lari dalam keadaan macam ni!”. Saiful menangis “ Aku tahu!!! Sebab tu aku tak nak buat apa-apa! Hidup aku dah tak bermakna lagi!” Daus bercakap sambil mengeluarkan pistol. “Kau tak boleh pergi mana-mana... aku tembak kau!”. “Tembaklah! Bunuh aku!” Jerit Saiful. Saiful mengundur ke belakang. Sejengkal lagi Saiful akan lenyap disitu dan jatuh kebawah. Daus berlari. Saiful nekad.

Siapakah penculik itu? Adakah lelaki yang Saiful dan Daus lihat itu adalah kembar Saiful? Atau pelanduk dua serupa?

Bersambung episode 2...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience