2018
Balai Polis Bukit Aman
Kuala Lumpur
5:00 petang
Daus berjalan sambil membawa bagasi.
“Korang dah sediakan semua duit yang aku minta kan?” . “Ya, Tuan!” Jawab Dollah dan Aiman. Daus membuka beg hitam yang telah diisi wang sebanyak separuh juta. Daus pun tanpa melengahkan masa terus memindahkan wang ke dalam bagasi yang dibawanya.
“Encik Daus, kau kena ingat. Kau harus pulangkan semula wang itu.” Liza membahas.
“Aku akan bagi balik lah! Kau tak payah sibuk dengan hal aku!”. Tingkah Daus. “Dan aku tak nak kau intip atau ikut aku pergi selepas ni!” Daus memberi amaran. “Kalau apa-apa terjadi dekat anak aku, kau tengoklah apa akan jadi kalau kau bertindak melulu.” Tegas Daus memberi amaran kepada Liza.
Liza tersenyum sinis. “Kau ingat si penculik senang-senang nak lepas anak kau selepas dia dapat duit tu? Encik Daus, kau tak terpedaya kan dengan si penculik tu?” Liza bertanya sambil tersenyum sinis. “Kau takkan faham punya sebab kau tak ada anak! Aku tak kisah! Yang penting aku dapat jumpa Sofea balik!” Daus naik angin. Lalu beredar dari situ.
“Ikut dia, dan pastikan kita dapat tangkap penculik tu. Now!” Liza memberi arahan kepada pasukannya untuk bergegas mengikuti Daus.
Bandar Tasik Selatan
Berhampiran V Hotel
7:00petang
Telefon Daus berdering, panggilan yang tak dikenali tampil di telefonnya. “Hello, aku dah sampai di Bandar Tasik Selatan. Sofea mana?” Tanya Daus dalam keadaan panik. “Macam mana dengan duit RM500,000.00 tu?” Tanya si penculik. “Ya, aku bawa”. Jawab Daus. “Letak bagasi kau di dalam bonet kereta warna merah tu. Arah si penculik. Bonet telah dibuka, Daus melihat sekelilingnya tetapi tidak nampak seseorang yang mencurigakan.
Secara tiba-tiba pesanan ringkas dihantar ke telefonnya meminta dia bergegas keluar dari situ.
“Kau akan berjumpa dengan anak kau sekejap lagi”. “Pergi ke reception hotel, 707 ”. Kata si penculik.
V Hotel
7:30malam
Daus tiba di lobi hotel, lalu bergegas meminta kunci bilik 707. Setelah tiba di hadapan bilik itu. Pintu sudah terbuka. Daus masuk mencari anaknya Sofea tetapi anaknya hilang!
Daus panik. Secara tiba-tiba, pasukan yang Liza kirimkan supaya mengikut Daus juga tiba disitu. “Kenapa kau ikut aku?” Daus bertanya sambil mencekak kolar baju Roslan. “Maaf, Tuan. Puan Liza meminta kami supaya memantau dan menangkap penculik itu” jawab Roslan. Daus mengamuk sambil menendang meja dan menangis.
Daus berlari keluar dari hotel dan menghidupkan enjin keretanya. Daus memaki- maki kereta yang menghalang jalannya. Aiman menelefon Daus, memberitahu yang penculik itu berada di Terminal Bus berhampiran di tempat mereka berada sekarang. Daus bertanya lagi “ Macam mana korang tahu penculik itu pergi mana?”. “Sebenarnya tuan, kami pasang GPS track di bagasi yang tuan bawa tu”. Jawab Aiman dengan suara tersekat-sekat.
Terminal Bas
7:45malam
Daus tiba di Terminal Bas. Telefonnya berdering lagi. “Aku dah letak dalam bonet kereta duit tu. Sekarang dimana anak aku?!”. Talian senyap seketika. “Woi! Anak aku kat mana hah?!”
“Encik Daus, kau dah mungkiri janji.” Sahut si penculik itu.
“Apa?” Daus terkejut.
“Duit yang aku terima adalah duit palsu!” Tengking si penculik. “Maaf, aku pun tak boleh tepati janji aku dan aku akan bawa Sofea balik”. Setelah si penculik mematikan telefon. Daus berlari bertanyakan semua orang yang lalu-lalang disitu.
“Puan, ada nampak tak budak perempuan yang pakai topi dan sangat cantik dan setinggi ini” sambil Daus mengangkat tangannya. “Oh ya, ada”. Jawab perempuan itu. “Dimana?!”. Daus bertanya lagi. Perempuan itu menunjuk sebuah bas “disitu tadi, saya nampak. Dia comel sangat.”
Daus berlari ke bas itu. Dia melihat seorang kanak-kanak tetapi bukan anaknya. Tiba-tiba, dia melihat seorang lelaki di dalam bas itu. Lelaki itu, ada luka ditangan kiri sama seperti penculik yang menculik anak dia!
“Kau...” sambil menuding jari.
“Ya? Encik Daus?” Sahut Saiful.
Daus melihat Saiful memegang sekeping kertas dan pin rambut yang sama seperti anaknya!
“Tak guna!” Daus menumbuk dan mencekak baju Saiful.
Daus menarik baju Saiful dan bertanya tentang anaknya. Saiful dalam ketakutan. Daus asyik membelasah Saiful hingga lembik. “Encik! Kenapa kau pukul saya?!” Tanya Saiful.
Daus menghayunkan penumbuk lagi ke muka Saiful. “Kau tanya lagi kenapa? Sekarang kau bagitahu aku! Mana anak aku!”. “Aku tak tahu!” Jerit Saiful. “Kalau kau tak tahu macam mana kau tahu nama aku? Dan kenapa tangan kau luka? Sebab aku yang dah lukakan tangan kau masa kau nak culik anak aku! Aku memang cam muka kau sial!” Daus membelasah Saiful lagi.
“Aku tak ingat! Aku tak tahu!” Jerit Saiful. Darahnya kepalanya mengalir akibat dipukul Daus.
Daus mengeluarkan pistol. Lalu mengacu pistol di kepala Saiful. Saiful menangis tanpa tahu apa yang terjadi kepadanya sebelum ini. Adakah dia penculik yang disebut-sebutkan oleh Daus. “Kau akan mati, lebih baik kau bagitau aku mana anak aku!” Tengking Daus. Saiful mengeleng kepalanya. Dia pasrah.
Tiba-tiba seorang lelaki, memakai hoodies berwarna hitam menatap dan tersenyum sinis melihat mereka berdua. Saiful dan Daus perasan. Daus terkejut beruk.
Share this novel