BEBERAPA BULAN KEMUDIAN,
Di rumah besar Hasrul Lee, di kenal dengan rumah yang serba mewah yang mempunyai padang golf sendiri, berpuluh kereta tersusun cantik di garaj dan banyak lagi. Dia merupakan seorang dokter terkenal di Malaysia, membuka banyak cawangan hospital di seluruh negeri. Namun di sebabkan faktor usia, dia terpaksa bersara dan posisinya sekarang di gantikan dengan anak tunggalnya iaitu Harith Lee merupakan pewarisnya.
.................
Seketika di ruang tamu, terlihat Dr Hasrul bersama isterinya sedang menikmati teh sambil menonton televisyen sementara menunggu anak bujangnya itu.
"Mana Harith ni?. " Soal Dr Hasrul, kepada isterinya.
"Mungkin sekejap lagi. Sabarlah bang."
"Maaf terlambat." Sapa seorang pemuda, berjalan menghampiri mereka.
"Tu dia bang !, panjang umur."
"Maafkan Harith sebab membuatkan papa dan mama menunggu." Ujar Harith dengan bersalaman dengan kedua orang tuanya. Lalu melabuhkan punggungnya pada sofa berhadapan ibu dan ayahnya.
"Kamu dari mana Harith?." Soal Puan Khadijah.
"Harith dari hospitallah ma. So kenapa papa nak jumpa Harith ni?. Ada masalah ke?."
"Kenapa tanya?. Papa tak boleh jumpa kamu ke?." Soal Dr Hasrul yang memandang Harith seakan-akan sesuatu.
"Boleh tu boleh, tapi sekarang Harith sibuk. Banyak pesakit yang memerlukan Harith."
"Jangan risau, banyak yang akan gantikan kamu dekat sana. So yang penting sekarang Ain dah melahirkan anak kamu. Jadi papa nak kamu berdua segera di satukan. Papa tak nak nanti orang tahu yang kamu mempunyai bayi di luar nikah, maka reputasi kamu dan keluarga kita terjejas. Papa tak nak perkara ni berlaku."
"Betul tu Harith. Kamu kena pujuk si Ain tu untuk kahwin dengan kamu. Mudah bukan." Tambah Ibunya.
"Masalahnya sekarang dia tak nak jadi isteri Harith, dah berbuih mulut ni cakap perkara yang sama. Lagipun Harith tak perduli dengan apa yang orang kata. Harith janji, jika media tahu kebenarannya maka Harith sendiri yang bertanggungjawab tanpa melibatkan mama dan papa."
"Papa tak setuju !." Bantah Dr Hasrul.
"Why?."
"Papa nak kamu ada isteri dan anak kamu nanti ada keluarga sendiri. Well macam ni jelah, papa dan Uncle Amran dah bincang lama tentang perkara ni. So papa nak kamu kahwin dengan Aisa anak dari uncle Amran."
"Aisa !, budak mentah tu. Tak naklah pa." Bantah Harith.
"Apa cakap macam tu, sekurang-kurangnya dia tak buat benda keji macam kamu ni. Papa yakin yang Ain tak nak jadi isteri kamu, maka dari itu papa nak Aisa jadi ibu kepada anak kamu nanti dan tak akan ada lagi rumor tentang kamu."
"Mama pun dah tengok si Aisa tu. Cantik, manis juga cerdik orangnya. Mama sukalah dia jadi menantu mama." Puji Puan Khadijah.
"Harith tak setuju !. Mama, papa dia masih muda lagi kot. Pandai ke jaga anak Harith dan diri Harith ni nanti. Ye pun nak cari calon isteri untuk Harith, carilah yang matang sikit. Dia tu anak manja, kang marah sikit nanggis. Jadi Harith tak nak dia jadi isteri Harith."
"Pantas ke kamu berkata begitu kepada Aisa. Hei !, cerminlah diri tu sikit. Kalau di katakan tentang matang, maka sudah tentu Aisa lagi matang dari kamu. Papa dah cukup baik tau cuba untuk terima Ain sebagai menantu papa, namun malah dia tengking papa dan mama. Itu yang kamu banggakan?. Perempuan yang takda sopan santunnya dengan orang tua. Ingat !, umur tak menentukan kedewasaan seseorang."
Seketika Harith terdiam,
"Keluarga Aisa banyak bantu kita. Jika takda mereka, kita takda dekat sini. Di rumah megah ni, hidup serba mewah dan banyak lagi. Keluarga mereka banyak berjasa, jangan di sebabkan kamu persahabatan kami terputus. Dia percayakan kamu untuk jaga Aisa. Maka dari itu kamu kena pegang amanah ni. Papa tak pernah mintak apa-apa pun dari kamu selama ni, jadi untuk kalini tolong terima perkahwinan ini." Mohon Dr Hasrul kepada anak bujangnya itu.
"Terima jelah Harith. Aisa anak yang baik, mama yakin yang dia akan jadi isteri terbaik buat kamu."
Harith menarik nafas panjang sebelum beri jawapan kepada ayahnya,
"Baiklah, Harith setuju dengan apa yang papa dan mama mahukan. Harith setuju !. Tapi ingat, jangan harap untuk mempunyai cucu dari kami berdua kerana Harith tak nak anak dari dia. Well Harith anggap perkahwinan ini hanya sebatas bisnes. Faham !." Lalu melangkah pergi.
Dr Hasrul hanya mendiamkan diri, menahan amarahnya. Hanya mempunyai satu putra namun sukar untuk mengawal sikap keras kepala anaknya itu.
Datanglah assistantnya, dengan menunduk hormat kepada bossnya,
"Maaf menggangu tuan, puan."
"Ya, nak apa ?."
"Saya kemari membawakan berita duka dari keluarga Tuan Amran."
"Keluarga Tuan Amran ?. Kenapa ?." Soal Dr Hasrul.
"Isteri Tuan Amran terbabit dalam kemalangan dan di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian."
Membuatkan Dr Hasrul dan isterinya terkejut berat, sedangkan baru semalam mereka sekeluarga berjamu selera bersama dan tidak meyangka bahawa itu adalah yang terakhir.
"Baiklah jom kita kesana. Sediakan kereta sekarang." Arah Dr Hasrul.
"Baiklah tuan !."
.............................................
Di bilik mewah milik seorang gadis kaya, di katakan bahawa gadis itu adalah pewaris harta kekayaan keluarganya. Gadis itu di beri nama Aisa Qistina, yang berusia 21 tahun. Walaupun dia di lahirkan dari keluarga yang berada, dia tetap rendah hati dan tidak menunjukkan kekayaannya malah sekarang dia berkerja di sebuah restorant sedangkan papa dan atoknya mempunyai pelbagai jenis bisnes hanya sahaja menunggu Aisa bersedia mengambil alih semua bisnes keluarganya itu.
Namun sekarang jiwanya hilang separuh oleh di sebabkan dia kehilangan ibu tersayang tepat di hari jadinya. Selepas sahaja dari perkuburan dia terus mengurungkan diri di dalam biliknya tanpa sebarang cahaya yang menerangi ruangan itu.
'Mama !, kenapa harus mama tinggalkan Aisa dalam keadaan Aisa memerlukan mama sekarang." Ujar Aisa dengan memeluk erat gambar ibunya. Sekarang otaknya tidak menentu rasa sedih terus menyerang hingga tatapannya beralih pada keluar jendela. "Patut ke Aisa ikut mama."
Sementara di ruang tamu, terlihat pembantu rumah sibuk menguruskan rumah untuk kenduri tahlil malam ini.
"Mana Aisa?." Soal Tuan Amran kepada pembantu rumahnya selepas sahaja menguruskan kes isterinya. Ya, isterinya kemalangan dan orang yang melanggarnya melarikan diri. Sepatutnya hari ini adalah pesta ulang tahun anaknya, namun bertukar menjadi majlis duka. Dia berharap agar anak gadisnya itu tidak trauma dengan apa yang terjadi dan tersenyum semula seperti selalu, walaupun dia sendiri sukar untuk menerima kematian isterinya. Namun takdir, tiada siapa yang dapat menolaknya. Dia berjanji akan memberikan kebahagiaan juga menjaga Aisa lebih dari nyawanya sendiri. Itu janjinya.
"Cik Aisa ada dalam bilik, katanya dia nak bersendiri. Jadi kami biarkan dia tenangkan diri dia." Jawab wani.
"Kenapa korang biarkan dia sendiri?. Kamu tahukan yang dia tengah sedih sekarang ni. Jika dia buat benda yang tak elok macam mana !. Korang ni hanya suruh jaga satu orang pun susah belum lagi 100 orang. Oi !." Lalu bergegas pergi untuk memastikan yang anaknya baik-baik sahaja, namun belum sempat dia menghabiskan langkahnya untuk ke bilik Aisa, dia mendengar keriuhan di luar rumah membuatnya tidak sedap hati.
Datanglah Pak Rahmat iaitu tukang kebunnya, yang terlihatnya panik menghampiri Tuan Amran.
"Tuan !."
"Kenapa bising-bising dekat luar tu?." Soal Tuan Amran.
"Tuan !. Cik Aisa. Dia...,"
"Cik Aisa kenapa ?."
"Cik Aisa jatuh dari tingkat atas."
"Apa !. Ya Allah Aisa." Dengan pantas dia pergi untuk melihat keadaan anaknya. Sampai sahaja di sana, betapa luluh hatinya apabila melihat Aisa terbaring lemah, dengan badan berlumuran darah. Dengan pantas, dia berlari ke arah anak perempuannya itu.
"Nak !. Ya Allah, kenapa buat macam ni?. Tak sayang papa ke?." Soal Tuan Amran dengan memeluk erat anaknya yang kelihatan lemah sahaja.
"Cepat panggil ambulans !." Arah Tuan Amran.
"Baiklah tuan !."
"Bertahanlah sayang. Jangan tinggalkan papa. Papa takut, jika kehilangan Aisa. Bertahanlah." Ujar Tuan Amran dengan masih memeluk erat anaknya. Dia tidak pernah menyangka bahawa anaknya berani berbuat demikian. Apa yang merasuki pikiran anaknya sehingga berfikir untuk mengakhiri hidupnya. Adakah dia akan kehilangan Aisa ?.
..................................................
Di taman bunga yang penuh dengan kenangan. Kini menjadi tempat perpisahan antara dua insan yang dulu saling mencintai dan saling menyayangi. Namun rasa itu telah hilang, yang kini hanya tinggal kebencian yang semakin dalam. Untuk bersama, itu perkara yang mustahil untuk di pertahankan kerana lelaki itu telah merosakkan impiannya.
"Nah ambil anak you ni !, i tak nak jaga dia." Ujar wanita itu dengan menyerahkan bayi ke pangkuan Harith.
"Ain !, I dah cakap untuk kahwin dengan i supaya kita sama-sama jaga anak kita ni. I janji akan beri you segala-galanya. Tak kesian ke tengok anak kita ni."
Ya, wanita itu adalah Ain ibu kepada anaknya. Dia berjanji akan bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan, namun Ain tidak bersetuju untuk berkahwin dengannya dan menjadi ibu kepada anaknya. Sebelumnya Ain matian-matian ingin mengugurkan kandungannya namun dicegah oleh Harith dan berjanji akan menjaga anak dari kandungannya selepas sahaja Ain melahirkan. Well Ain bersetuju dengan janjinya dan sekarang dia di sini untuk menuntut janji Harith untuk menyerahkan anak yang dia lahirkan.
"Dah cukup untung i nak lahirkan dia dalam dunia ni, kalau di ikutkan hati dah lama i gugurkan je anak you ni. Menyusahkan betul !. So i tak nak jadi ibu untuk anak you kerana i, nak fokus pada karir i yang telah you hancurkan." Jawab Ain.
"Sampai hati you berbicara seolah-olah tak pernah belajar."
"Semua ni takkan terjadi jika you guna perlindungan, ingat i tak tahu ke yang you sengaja mengandungkan i supaya kita kahwinkan?."
"Ya !. Sejujurnya i sengaja bagi you mengandungkan anak i, kerana i mampu bagi you segala-galanya sebab tu i berani. I nak you jadi milik i untuk selama-lamanya, tapi tengok dari perangai you macam ni membuatkan i menyesal sebab dah jumpa perempuan yang bodoh macam you."
"I lagi menyesallah sebab dah jumpa lelaki yang hanya modal kaya dan kacak, tapi tak takda otak macam you. So terima kasihlah untuk semuanya, i harap kita takkan pernah bertemu lagi." Lalu melangkah pergi.
Betapa kesalnya Harith sekarang ni dengan wanita yang takda hati perut seperti Ain. Namun di sebalik kesalnya dia turut bahagia apabila melihat anak kandungnya sendiri di pangkuannya, membuatkan senyuman Harith kembali terukir.
"Nak !, maafkan daddy sebab membuatkan sayang lahir di dunia ni tanpa kasih sayang seorang ibu. Tapi sayang jangan risau, daddy di sini akan menjaga sayang lebih dari nyawa daddy sendiri. Izyan !." Guman Harith, lalu mencium dahi anak perempuannya itu berkali-kali.
Tiba-tiba deringan phone berbunyi menandakan ada yang menhubunginnya, namun siapa?.
"Hello pa, ada apa?."
"Kamu dekat mana ni?." Soal papanya seakan-akan panik.
"Papa, boleh tak bawa bertenang."
"Papa dah tak dapat bertenang, ni kecemasan. So papa nak kamu selamatkan anak kawan papa sekarang jugak. Papa sekarang dah tunggu depan pintu hospital. Kamu kena datang sini sebelum sampainya anak kawan papa tu."
"Tapi pa, bukan Harith sorang je dokter dekat sana banyak kot, lagipun papa pun dokterkan. Kenapa harus Harith?. Sekarang ni pun Harith busy, jadi tak dapat nak datang hospital."
"Busy tentang apa?. Busy tentang Ain tu ke?."
Seketika Harith terdiam,
"Kita dah bincang tentang perkara ni yang papa nak Aisa jadi isteri kamu dan papa hanya terima Aisa jadi menantu papa. Tak nak orang lain dan kamu setuju dengan apa yang papa inginkan." Tegas Dr Hairul. "So macam ni jelah, jika kamu pilih papa maka datanglah sini dan selamatkan Aisa, bakal isteri kamu. Namun jika kamu pilih Ain maka jangan anggap papa ni keluarga kamu, papa takda anak yang tak dengar cakap macam kamu ni." Lalu menamatkan perbualannya.
"Hello pa, papa !." Panggil Harith namun.., "Ish padam pulak. Terpaksalah aku pergi hospital, tak mungkin kot aku pilih Ain. Perempuan yang tak guna tu." Guman Harith lalu melangkah pergi bersama anaknya.
Share this novel